Thursday, September 13, 2012

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Rompin September 2012


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
4. PENOLONG AKAUNTAN
5. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
7. PEMBANTU PENILAIAN

Permohonan
hendaklah menggunakan borang MDR/P/1 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Rompin, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur dan Pejabat Cawangan Muadzam Shah, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur secara percuma.

Permohonan hendaklah sampai kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH ROMPIN
26800 KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR

Sebelum atau pada 21 September 2012

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Maran September 2012


Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur untuk mengisi jawatan berikut :- 

1. JURUTEKNIK KOMPUTER
2. JURUTEKNIK LANDSKAP

Permohonan hendaklah menggunakan borang MDM.PERJ.1 yang boleh didapati daripada Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Maran. Calon-calon yang ingin memohon borang melalui pos hendaklah mengemukakan sampul surat berukuran 11 sm x 22 sm yang beralamat sendiri, bersetem 30 sen dan perlu menyertakan wang pos bernilai RM 2.00 bagi setiap keping borang yang diperlukan.

Permohonan hendaklah sampai kepada :-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH MARAN,
26500 MARAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
Sebelum atau pada : 28 September 2012 (Jumaat)

Jawatan Kosong Di UMP September 2012


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut :

1. JURUTEKNIK LANDSKAP
2. PEMBANTU TADBIR

Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my.Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.

Tarikh tutup pada atau sebelum 24 September 2012.

Tuesday, September 11, 2012

Jawatan Kosong Di KTMB September 2012


Keretapi Tanah Melayu Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di syarikat kami.

1.  PENGURUS STESEN (PELATIH)
Kelayakan

  • Umur tidak melebihi 26 tahun pada tarikh iklan ditutup.


  •     Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


  •     Mendapat kepujian bagi pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus uijian lisan) serta lulus di dalam Matematik dan Bahasa Inggeris.


  •     Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna.


  •     Bersedia berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB.


  •     Umur tidak melebihi 26 tahun pada tarikh iklan ditutup.


  • Cara Memohon

    Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 21 September 2012 ke alamat seperti berikut:-

    Pengurus Besar
    Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi
    Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
    Jalan Sultan Hishamuddin,
    50621, Kuala Lumpur
    Tel: 0322631312/1433

    Hanya calon-calon yang berjaya di dalam temuduga akan dipanggil untuk menghadiri kursus / latihan dan mereka yang lulus dengan jayanya akan dilantik ke jawatan tersebut.

    Jawatan Kosong Di Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM) September 2012


    Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM) sebuah syarikat berkaitan kerajaan diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan dan diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa individu yang dinamik untuk jawatan berikut :

    1. Pembantu Am (Pemandu)
    2. Kerani

    Surat permohonan berserta resume dan salinan sijil hendaklah dihantar ke:

    Institut Terjemahan Negara Malaysia
    Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E
    Seksyen 10, Wangsa Maju
    53300 Kuala Lumpur
    U.P: Unit Sumber Manusia
    kerjaya@itnm.com.my

    ** Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.

    Tarikh tutup 17 September 2012

    Jawatan Kosong Di LPPKN September 2012


    Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan sambilan (PSH) di LPPKN Negeri Sembilan seperti berikut:

    1) PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
    2) PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
    3) PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

    CARA MEMOHON:

    Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui Laman Web : http://www.lppkn.gov.my

    Permohonan perlu disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap/lewat akan ditolak.

    Permohonan yang lengkap hendaklah dihantarkan kepada alamat berikut dan tuliskan nama jawatan yang dipohon pada sudut atas sebelah kiri sampul surat:

    PUSAT KELUARGA LPPKN SEREMBAN 2,
    PERSIARAN S2/B3,
    SEREMBAN 2,
    70300 SEREMBAN,
    NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
    (u.p.: Unit Pentadbiran)

    TEL     :     06-6014443
    FAKS     :     06-6014445

    CATATAN:
    LPPKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temuduga.
    Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

    TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 14 SEPTEMBER 2012 (JUMAAT)

    Jawatan Kosong Di UITM Terengganu September 2012


    Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di UiTM (Terengganu) Dungun bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

    1. PENOLONG PENSYARAH UiTM GRED DM29

    Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (Terengganu) yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM (Terengganu) di http://terengganu.uitm.edu.my dan borang juga boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Aras 2, Bangunan Integriti, UiTM (Terengganu) Dungun.

    Tarikh tutup permohonan ialah pada hari ISNIN, 17 SEPTEMBER 2012

    Sila kemukakan permohonan kepada:

    UNIVERSITI
    TEKNOLOGI MARA
    TIMBALAN PENDAFTAR
    BAHAGIAN PENTADBIRAN
    ARAS 2, BANGUNAN INTEGRITI
    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( TERENGGANU)
    23000 DUNGUN
    TERENGGANU DARUL IMAN