Monday, November 19, 2012

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) November 2012


REALISTIC ATTRACTION SDN. BHD. Permohonan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut dengan syarat-syarat seperti di bawah :

1) Pembantu Eksekutif Pemasaran

Jadual Gaji 
Gred C2 - RM500.00 - RM1,573.00

Syarat-syarat :

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan berkomunikasi di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) 

2) Pembantu Am/Pemandu

Jadual Gaji 
Gred D1 - RM450.00 - RM1,000.00

Syarat-syarat :

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer serta bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik)
4. Memiliki Lesen Memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
5. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor. 

3) Pengawal Keselamatan

Jadual Gaji 
Gred D1 - RM450.00 - RM1,000.00

Syarat-syarat :

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

4) Penenun 

Syarat-syarat :

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Tamat Darjah Enam. 

4. Golongan ibu tunggal, komuniti setempat dan Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah digalakkan untuk memohon.

5. Pemohon yang mempunyai kelulusan Sijil atau Diploma di dalam bidang tenunan adalah di pelawa untuk memohon.

6. Elaun bulanan disediakan. Penginapan disediakan dengan kadar bayaran yang minima.

CARA MEMOHON:

1. Pemohonan boleh dibuat secara online melalui laman web PKNP www.pknp.gov.my atau mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di pejabat Realistic Attraction Sdn. Bhd. 

2. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada: 

Ketua Pegawai Operasi, 
Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja
Sultan Haji Ahmad Shah
Jalan Kempadang Perdana 1
25150 Kuantan Pahang
Tel. & Faks. - 09-5341736

3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2012. 

4. Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga bulan daripada tarikh tutup iklan ini dianggap tidak berjaya.

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Kelantan Nov 2012


IKLAN JAWATAN KOSONG 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut: 

1. PEGAWAI TADBIR NEGERI GRED N41 


CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP :

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat lantikan, taraf jawatan dan lain-lain lagi, sila layari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan : www.spn.kelantan.gov.my 


Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang SPN KN. 1 yang boleh didapati di pejabat ini dengan harga RM1.00. Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:-

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI
KELANTAN
TINGKAT BAWAH, BLOK 6 KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU. 


Sebelum atau pada : 02 DISEMBER 2012

C. UMUR :
1. Calon-calon lantikan terus tidak kurang dari 18 tahun.
2. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D. AM : 
1. Pegawai-pegawai Kerajaan yang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2009 dan pastikan dihantar bersama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi 2011. Borang permohonan yang dikemukakan tanpa Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan ditolak.

2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Paspot, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah, Diploma dan Sijil-sijil Persekolahan atau Dokumen /testimonial yang berkaitan. 

3. Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas tidak akan dilayan.

4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

5. Sebarang pemberitahuan mengenai urusan seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Tiada Surat akan dihantar.

6. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Jawatan Kosong Pengajar Di K-UTECH November 2012


K-UTECH Edu Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat milik penuh UTHM Holdings Sdn. Bhd., bertanggungjawab menjalankan program latihan dan pendidikan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). K-UTECH Edu menawarkan kepelbagaian program latihan dalam semua bidang professional untuk memenuhi pengalaman individu dalam pengetahuan dan pencarian maklumat. Program utama K-UTECH Edu, iaitu PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM adalah sebuah program khas yang diwujudkan oleh UTHM bertujuan untuk memberi pengukuhan asas sains yang merangkumi komponen Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains Kejuruteraan.

1. PENGAJAR PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA 2013 UTHM

K-UTECH Edu mempelawa mana-mana calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara KONTRAK selama 4 bulan seperti berikut: 
a. Kejuruteraan Elektrik 
b. Kejuruteraan Mekanikal 
c. Kejuruteraan Awam 
d. Teknologi Maklumat 
e. Sains Kejuruteraan 
f. Matematik 
g. Bahasa Inggeris

TANGGUNGJAWAB / SKOP TUGAS

a. Memberi kuliah dan mengurus kerja-kerja amali / tutorial berdasarkan amanah tugas yang ditetapkan. 
b. Mengendalikan kuliah / tutorial / makmal sesuai dengan silibus yang ditetapkan. 
c. Merekodkan kedatangan dan melaporkan ketidak hadiran pelajar kepada bahagian Hal Ehwal Pelajar. 
d. Menyediakan nota kursus kepada pelajar mengikut silibus yang ditetapkan. 
e. Memeriksa memberi markah dan mengembalikan kepada pelajar - ujian, kuiz, tugasan amali, kertas projek dan mempamerkan markah kerja kursus. 
f. Mengendalikan segala urusan berkaitan peperiksaan akhir : menyediakan kertas soalan, mengesahkan soalan, mengawas peperiksaan, memeriksa kertas jawapan dan mengurus segala urusan pemarkahan.

SYARAT LANTIKAN

a. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.00 ke atas daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diiktiraf oleh Lembaga Akredetasi Malaysia (MQA); dan
b. Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya setahun (1 tahun) di peringkat pengajian tinggi / sekolah menengah adalah diberi keutamaan ; atau,
c. Mereka yang mahir dalam bidang Kejuruteraan, Matamatik, Sains Kejuruteraan, Bahasa Inggeris, dan Teknologi Maklumat (IT).
d. Kredit Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
e. Permohonan adalah terbuka kepada seluruh Warganegara Malaysia.CARA MEMOHON

•- Muat turun Borang Permohonan --> KLIK SINI.

•- Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat di bawah :

K-UTECH EDU SDN BHD
Pejabat Am
Blok C, Kampus Bandar UTHM
Jalan Chempaka 1, Taman Chempaka Biru
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Takzim

•Tarikh tutup: 26 November 2012

•- Borang permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan dilayan. Sebarang pertanyaan sila hubungi: 

MOHD RAFEE BIN NAYIM
Tel : 07 453 1334
Fax : 07 453 1650
E-mel : rafee.uhsb@uthm.edu.my



Jawatan kosong Di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) November 2012


PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARI WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DAN BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERIKUT:

No.Nombor IklanJawatanTarikh IklanTarikh Tutup
1.S44B2012PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J2914-11-201228-11-2012
2.S45C2012JURUTEKNIK (KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL)14-11-201228-11-2012
3.S46C2012PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N1714-11-201228-11-2012
4.T35A2012PEGAWAI PERUBATAN GRED UD4314-11-201228-11-2012
5.T36A2012PEGAWAI VETERINAR GRED G4114-11-201228-11-2012
6.T37A2012PEGAWAI PENGUATKUASA GRED N4114-11-201228-11-2012
7.T38B2012PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U2914-11-201228-11-2012
8.T39B2012PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N2714-11-201228-11-2012
9.T40D2012PEMANDU KENDERAAN GRED R314-11-201228-11-2012
10.T41C2012PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N1714-11-201228-11-2012
11.T42C2012PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U1714-11-201228-11-2012



Jawatan Kosong Di JAIS November 2012


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
2. PENOLONG PEGAWAI HAL ISLAM S27
3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17
4. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
5. PEMBANTU TADBIR (KEW) W17
6. JURUTEKNIK AWAM J17
7. PEMBANTU RENDAH AWAM R1

Semua permohonan hendaklah melengkapkan Borang Permohonan (JAIS – BPN.1). Borang permohonan tersebut boleh diperolehi dan hendaklah dikembalikan seperti di alamat berikut:
(Borang Permohonan juga boleh diperolehi di www.jais.gov.my)

Permohonan hendaklah sampai kepada :

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM.

Sebelum atau pada 23 NOVEMBER 2012 



Jawatan Kosong Di MAIPk November 2012


Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan beragama Islam yang berkelayakan, untuk memohon kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPK) bagi jawatan berikut:

 1. Akauntan
 2. Penolong Jurutera
 3. Penolong Pegawai Tadbir
 4. Pembantu Hal Ehwal Islam
 5. Pembantu Tadbir (Kew)
6. Juruteknik Komputer

Pemohon hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk Pind 1/2007) yang boleh didapati melalui laman web http://www.maiamp.gov.my atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan atau mengirim sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm beralamat sendiri bersetem 0.80 sen.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 23 November 2012 (Jumaat) ke
alamat berikut:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan



Friday, November 16, 2012

Jawatan Kosong Di LHDN November 2012


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai kami.

1. Penolong Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 31 (3 Kekosongan)
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian) Gred 21 (24 Kekosongan)
3. Pembantu Am (Pengawal Keselamatan) Gred 1 (6 Kekosongan)

Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) dihttp://www.jobsmalaysia.gov.my .

Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf Sambilan) hendaklah dibuat melalui melalui sistem yang boleh dicapai melalui URLhttp://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya

Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan melalui dua kaedah iaitu:-

* Paparan di Laman Web Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”); dan
* Melalui Surat

Pemohon juga dinasihatkan sentiasa menyemak Laman Web Rasmi LHDNM untuk mengetahui sebarang perkembangan maklumat terkini berhubung tawaran jawatan berkenaan

Tarikh Tutup Permohonan Jawatan 19 November 2012