Tuesday, June 26, 2012

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (KONTRAK : KEKOSONGAN 1)

Tangga Gaji P1 RM1,687.59 (Minimum) - RM3,599.85 (Maksimum)
P2 RM1,391.91 (Minimum) - RM3,851.11 (Maksimum)
P3 RM1,475.66 (Minimum) - RM4,073.20 (Maksimum)

Kelayakan:
(a) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29:P1 RM1,687.59); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Lantikan Tambahan
Bagi jawatan yang ditawarkan di Pusat Kesihatan Pelajar, Kampus Gambang dan Kampus Pekan.
Keutamaan kepada calon :
(a) bersedia menjalankan tugasan on-call dan medical standby team untuk program-program Universiti.
(b) kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

 2. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 (KONTRAK : KEKOSONGAN 2)

Tangga Gaji P1 RM952.66 (Minimum) - RM2,722.67 (Maksimum)
P2 RM1,012.48 (Minimum) - RM2,866.28 (Maksimum)
P3 RM1,074.01 (Minimum) - RM3,014.86 (Maksimum)

Kelayakan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1 RM952.66); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1 RM1,010.77); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1 RM1,068.89); atau
(iv) sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1 RM1,243.24); atau
(v) sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1 RM1,417.59);dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Lantikan Tambahan
Bagi jawatan yang ditawarkan di Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi Kampus Gambang dan Kampus Pekan.

Keutamaan kepada calon :
(a) kelayakan dalam bidang Pengkomputeran & Audio Visual dan Pengkomputeran & Rangkaian.
(b) mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menyelenggara peralatan dan perisian komputer, audio dan visual serta rangkaian komputer.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

SYARAT-SYARAT UMUM
Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

TARAF JAWATAN
Jawatan akan dilantik secara kontrak.

CALON-CALON YANG MEROKOK TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat. Permohonan yang lengkap beserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada :

PENDAFTAR,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

CATATAN AM
(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Pada atau sebelum 29 Jun 2012.  Tarikh akhir penerimaan dokumen permohonan setelah mengisi maklumat di laman web rasmi UMP, http://www.ump.edu.my adalah pada 6 Julai 2012.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA CALON-CALON WARGANEGARA MALAYSIA (KEUTAMAAN KEPADA WARGA SELANGOR) BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERTARAF KONTRAK / TETAP SEPERTI BERIKUT DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG. 
1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (U41)
2. PENOLONG JURUTERA (J29
3. JURUTEKNIK ELEKTRIK (J17)
4. JURUTEKNIK MEKANIKAL (J17) 

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 9 Julai 2012

Saturday, June 23, 2012

Jawatan Kosong Di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

LHDN merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai LHDN

1. Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41 Kontrak
Kekosongan : 5

Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan)hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my .

Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.

Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup 26 Jun 2012

Friday, June 22, 2012

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan adalah dipelawa untuk memohon pelbagai jawatan seperti berikut:


1. Pemandu Kenderaan Bermotor R3
2. Pekerja Awam Khas R3
3. Pekerja Awam (Tukang Kebun) R1
4. Pekerja Awam R1
5. Pekerja Awam (Drebar Enjin Motor Sangkut) R1
6. Pekerja Awam (Pembersih Pejabat) R1
7. Pekerja Awam (Buruh) R1
8. Pekerja Awam (Penjaga Pintu Tali Air) R1
9. Pekerja Awam (Penarik Rantai) R1
10. Pembantu Kesihatan Awam, U11
11. Pengawal Keselamatan KP11
12. Pembantu Am Rendah (Atendan Pejabat) N1
13. Pembantu Am Rendah (Penghantar Saman) N1
14. Pembantu Am Rendah N1
15. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Jun 2012

Jawatan Kosong Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTG)

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan untuk mengisi jawatan perkhidmatan kontrak berikut di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTG) : 

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
3. JURUUKUR BAHAN
4. PEGAWAI PENILAIAN
5. PENOLONG PEGAWAI TANAH

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN JAWATAN 

Tarikh Tutup Permohonan: 6 Julai 2012

Jawatan Kosong Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)

Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pegawai Teknologi Maklumat F41
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
3. Pembantu Penyelidik – Diet
4. Pembantu Penyelidik – Teknologi Maklumat
5. Pembantu Penyelidik 

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Jun 2012

Wednesday, June 20, 2012

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak di Kampus Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
2. JURURAWAT MASYARAKATU19
3. PEMBANTU PERPUSTAKAAN
4. PENGAWAL KESELAMATAN

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN JAWATAN 1

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN JAWATAN 2-4

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 2 Julai 2012