Tuesday, July 3, 2012

Jawatan Kosong di Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

PDRM kini mempelawa mereka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)

Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i)
yang boleh diperolehi melalui pautan ini :

Jawatan Kosong Di Lembaga Lada Malaysia (MPB)

Warganegara Malaysia Yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong berikut : 


1. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (E27)
2. Pembantu Ehwal Ekonomi (E17)
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N17)
4. Pemandu Kenderaan (R3)
5. Pekerja Awam (R1)

Taraf jawatan : kontrak

Tarikh tutup permohonan 17 julai 2012

Jawatan Kosong Di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) 2 Julai 2012

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Terengganu yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut :- 


A) Pegawai Tadbir Gred N41 - ( 4 kekosongan )
B) Kaunselor Gred S41 - ( 1 kekosongan )
C) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 - ( 4 kekosongan )
D) Ahli Fotografi Gred B27 – ( Lelaki sahaja ) - ( 1 kekosongan )
E) Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 - ( 2 kekosongan )
F) Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 - ( 2 kekosongan )
G) Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 - ( 1 kekosongan )
H) Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 - ( 1 kekosongan )
I) Juruteknik Gred J17 - ( Lelaki sahaja ) - ( 2 kekosongan )
J) Pemandu Kenderaan Gred R3 - ( 4 kekosongan )

PERMOHONAN

Semua calon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.

Permohonan dikemukakan beserta ‘resume’, salinan sijil bagi kelayakan yang disyaratkan, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan gambar warna ukuran passport. Permohonan hendaklah sampai kepada :-

Pengarah
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
Jalan Sultan Omar,
20300, Kuala Terengganu

Tarikh tutup permohonan 12 Julai 2012

Sunday, July 1, 2012

Jawatan Kosong Di MIROS

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa caloncalon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL
2. JURUTEKNIK


PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan atas lantikan tetap dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Saluran Tertentu di jabatannya dan menyertakan Laporan Penilaian Prestasi terkini.

(b) Borang permohonan yang lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil akademik
hendaklah dihantar melalui pos ke alamat kami seperti berikut:

Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,

43000 Kajang, Selangor.

(c) Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS: www.miros.gov.my

(d) Tarikh tutup permohonan pada 16 Julai 2012.

(e) Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.


Jawatan Kosong Di Pusat Perubatan UKM (PPUKM)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :


1. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD53/UD51/UD47/UD43
2. PEGAWAI PERGIGIAN U41
3. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
4. PEGAWAI TADBIR N41
5. PEGAWAI DIETETIK U41
6. PEGAWAI FARMASI U41
7. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
8. JURURAWAT PERGIGIAN U29
9. JURUTEKNIK J17
10. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
11. PEMBANTU KESELAMATAN KP17
12. PEMBANTU KESELAMATAN KP11

CARA MEMOHON 

(a) Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01) boleh didapati daripada Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Cetakan Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01) boleh dibuat melalui laman web jabatan ini di alamat http://jsm.ppukm.ukm.my 

(b) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berja 

(c) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses. 

(d) Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01) yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada: 

Ketua 
Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1 
Kompleks Pendidikan Perubatan 
Canselor Tuanku Ja'afar 
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia 
Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak 
56000 Cheras, Kuala Lumpur 

Tarikh Tutup Iklan : 18 Julai 2012 

Sila tulis nama jawatan pada sampul surat di bahagian atas sebelah kiri. 

(e) Permohonan daripada Pegawai Sedang Berkhidmat di Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan: 

- Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini; 
- Salinan Laporan Nilaian Prestasi yang terkini; dan 

(f) Semua permohonan hendaklah disertakan bersama salinan dokumen berikut yang telah disahkan (mengikut jawatan dipohon):- 

- Sijil Kelahiran 
- Kad Pengenalan (depan/belakang) 
- Sijil Berhenti Sekolah 
- Sijil Rendah Pelajaran/Penilaian Menengah Rendah (SRP/PMR) 
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 
- Diploma/Ijazah (beserta Penyata Keputusan Peperiksaan) 
- Dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon serta lain-lain dokumen sokongan. 

sumber iklan :  http://www.ppukm.ukm.my

Jawatan Kosong Di Lembaga Air Perak (LAP)

Warganegara Malaysia Terutama rakyat negeri Perak dipelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut:


1. Pegawai Tadbir Gred N48
2. Jurutera Gred J41
3. Pegawai Sains Gred C41
4. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
6. Penolong Pegawai Sains Gred C27
7. Juruteknik Komputer Gred FT 17
8. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
9.  Penjaga Jentera Elektrik Gred R17
10. Pekerja Awam Gred R1

tarikh tutup permohonan 10 julai 2012


sumber iklan : http://www.lap.com.my/

Jawatan Kosong Di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS)

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor merupakan sebuah badan berkanun di Negeri Selangor Darul Ehsan dan ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut:- 


1. Arkitek 

2. Penolong Jurutera (Mekanikal) 
3. Penolong Juruukur Bahan 
4. Juruteknik (Awam)



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.



i. Iklan kekosongan jawatan [Tarikh Tutup: 6 Julai 2012] 
ii. Borang (LPHS 1/PSM)



PENTING 



Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak. 
Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan. 
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk sesi temu duga. 
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan adalah dianggap tidak berjaya.