Thursday, August 30, 2012

Jawatan Kosong Di UNISEL September 2012

Tags


Universiti Selangor atau UNISEL merupakan sebuah Universiti swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1999, dan sehingga kini menawarkan pelbagai kursus di bawah graduan dan pasca siswazah yang terletak di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. Lokasinya yang strategik, secara tidak langsung  memainkan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negeri. 

Jawatan : Juruteknik Komputer (FT17)

PENEMPATAN JAWATAN : KAMPUS BESTARI JAYA

Syarat Kelayakan :
a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta lulus subjek Elektrik atau Elektronik atau Teknologi Maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
b) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
c) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d) Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat atau prosesan data yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
e) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (komputer) yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
f) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara memohon :
a) Pemohon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan beserta sijil-sijil berkaitan. Borang permohonan boleh dimuat turun DISINI
b) Subjek (tajuk) email adalah mengikut jawatan yang dipohon. Contoh : Juruteknik Komputer (FT17)
c) Borang permohonan boleh dihantar ke email perjawatan@unisel.edu.my
d) Permohonan juga boleh dihantar terus ke alamat seperti yang dinyatakan.
e) Status jawatan adalah KONTRAK.
f) Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 30 September 2012.

Alamat Permohonan :
Pengurus Besar,
Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia,
Universiti Selangor,
Kampus Bestari Jaya,
Jalan Timur Tambahan,
45600 Bestari Jaya,
Selangor.
U/P : Unit Perjawatan & Khidmat Sokongan

Tel : 03-3280 5058 /5077
Fax : 03 - 3289 7335 

Sila tulis nama jawatan dipohon dibahagian atas sebelah kanan sampul surat.

Catatan Am :

a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.