Monday, July 27, 2015

Eksesais Pengambilan Inspektor Polis (Lelaki/Wanita) - PDRM 2015

Tags



Dimaklumkan Eksesais Pengambilan bagi jawatan Inspektor Polis (Lelaki/Wanita) secara ‘walk-in’ akan diadakan pada 27 Julai 2015 (untuk wanita) dan 28 Julai 2015 (untuk lelaki).

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

Hanya permohonan melalui www.spa.gov.my BAGI TAHUN 2013 DAN 2014 SAHAJA yang layak untuk hadir dalam ‘walk-in’ ini.

Sesalinan permohonan SPA perlu dibawa sebagai bukti mengesahkan permohonan pada tahun tersebut.

Sila baca Lampiran Urusan Dokumentasi dan Skim Perkhidmatan untuk panduan sebelum hadir.
Borang ganti rugi perlu dicetak dan ditandatangani oleh saksi dan dibawa bersama semasa menghadiri dokumentasi ini.

Sila muat turun dokumen di bawah:


Sebarang kemusykilan, boleh hubungi talian berikut:- 03-22668350 / 8351 / 8352 / 8349 (Unit Pengambilan PDRM).