Thursday, November 22, 2012

Jawatan Kosong Di Yayasan Islam Kelantan Disember 2012


Permohonan adalah diperlawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada Rakyat Kelantan:-

1. PENYELIA ASRAMA

Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Pejabat Yayasan Islam Kelantan pada waktu pejabat atau dengan menghantar sampul surat berukuran 32cm x 23cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 dengan bayaran RM3.00 bagi setiap borang permohonan menggunakan wang pos atas nama PENGARAH, YAYASAN ISLAM KELANTAN mulai 20 November 2012.

atau

Layari portal Yayasan Islam Kelantan untuk muat turun iklan dan borang jawatan. (Permohonan menggunakan borang yang dimuat turun melalui portal perlu disertakan wang pos bernilai RM3.00).

ii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantarkan ke alamat berikut:-

Pengarah
Yayasan Islam Kelantan
Peti Surat 248
15730 Kota Bharu
Kelantan.
(u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan pada 01 Disember 2012.

Jawatan Kosong Di PNMB Disember 2012


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di PNMB, jawatan kosong adalah seperti berikut

1. Pemandu
2. Juruteknik (Pra-cetak)
3. Juruteknik (Jilid)
4. Penyelia Pengeluaran

Jawatan Kosong Di PKNS Disember 2012


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai badan korporat dan agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio- ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi Negara. Sikap optimis in direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan
untuk memohon jawatan berstatus kontrak seperti berikut :

1) Setiausaha Syarikat
2) Pegawai Keselamatan & Kesihatan Alam Sekitar
3) Pegawai Tadbir Gred N41
4) Pegawai Undang-undang Gred L41
5) Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29
6) Penolong Pegawai Senibina Gred J29
7) Penolong Jurutera Awam Gred J29
8) Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
9) Setiausaha Pejabat Gred N27
10) Tukang K2 Gred R11

Permohonan hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) dihttp://www.jobsmalaysia.gov.my

Tarikh tutup pada atau sebelum 10 Disember 2012

Jawatan Kosong Pensyarah Di Akademi Al Baghdadi Disember 2012


Akademi Al Baghdadi dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.

Jawatan : Pensyarah Sambilan ( 7 kekosongan )

Kelayakan
  • Kelulusan minimum Ijazah Sarjana Muda dalam bidang al-Quran dari universiti-universiti
  • tempatan dan luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan kecuali dinyatakan keperluan kelulusan lain; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Berpengalaman di dalam pengajaran dan pembelajaran akan diberi keutamaan.
  • Syarat- syarat umum di atas adalah diperlukan mengikut bidang kecuali ia dinyatakan secara spesifik di dalam kolum tertentu. 


Cara Memohon:

1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

2. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

3. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan Pensyarah Sambilan yang boleh diperolehi dengan melayari laman web ini.

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Sila kemukakan permohonan kepada:

PENGARAH AKADEMI AL BAGHDADI
NO. 2-86, JALAN PRIMA SG 3
TAMAN PRIMA GOMBAK,
68100 BATU CAVES, SELANGOR D. EHSAN. 

TEL : 03-6186 5616 / FAX : 03-6185 7790
WEBSITE : www.akademialbaghdadi.my

Tarikh Tutup Permohonan Pada 18 Disember 2012 (SELASA)

Jawatan Kosong Di MUIP Disember 2012


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Pahang untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

1. Guru Hafiz Al-Quran Masjid

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MUIP yang boleh didapati di Ibu Pejabat MUIP Pekan, Pejabat Saham Wakaf Pahang, Kuantan dan Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan. Atau di laman web rasmi : http://www.muip.gov.my

Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :-

TIMBALAN YANG DIPERTUA,
MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM
MELAYU PAHANG,
KOMPLEKS ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH (KISHAS),
26600 PEKAN

Tarikh Tutup Permohonan : 20 Disember 2012

Wednesday, November 21, 2012

Showme Graduate Employability Program untuk graduan lepasan IJAZAH


Showme Graduate Employability Program untuk graduan lepasan IJAZAH
(Pointer : 2.3 - 3.5) anjuran Showme International College, Kuala Terengganu, Terengganu.

Tempoh Program : 6 minggu sahaja

Elaun : RM 800 (akan diberikan kepada peserta selepas tamat program)

Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Jika berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak pengurusan di talian 09 - 6227525 atau di laman sesawang www.showme.com.my atau menghantar RESUME dijobs@showme.com.my atau berkunjung terus ke Showme International College di Tingkat 1, Wisma KOKITAB, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Monday, November 19, 2012

JAWATAN KOSONG DI PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA)


JAWATAN KOSONG DI PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA)

1. PENOLONG PENGURUS

TARIKH TUTUP PERMOHONAN TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 23 NOVEMBER 2012