Wednesday, June 20, 2012

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) 

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara Kontrak/Tetap di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) seperti berikut:-

1. Pegawai Pertanian
2 Pegawai Tadbir
3. Pegawai Penerangan
4. Penolong Jurutera (Jentera/Awam)
5. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
6. Penolong Akauntan
7. Pembantu Ehwal Ekonomi
8. Juruteknik Awam
9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
10. Pembantu Tadbir (Kewangan)
11. Pemandu Kenderaan
12. Pekerja Awam

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN 

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 1 Julai 2012

Jawatan Kosong Kolej Yayasan Melaka



International College of Yayasan Melaka a was formed with the belief and understanding that higher education is visit to the progress of the nation. The institution received an auspicious start in 1997 when it was officially opened by then of Minister of education, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak and today the Prime Minister of Malaysia.

International College of Yayasan Melaka provides quality education and training to global citizens so as to enhance their competitiveness in a global market place.
In line with our expansion program, we require an energenetic and dedicate individual to apply for the following vacancies.
1. Lecturer
2. Instructor (ADC)
3. Lecturer/Coordinator (ADC)

Jawatan Kosong Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp)

Jawatan Kosong Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.Malaysia) 

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi danprogram pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

1. Penolong Pengurus (Undang-undang) Gred 8 (Gred setara L41)
2. Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 11 (Gred setara F29)
3. Pegawai Eksekutif Gred 11 (Gred setara E27)
4. Pembantu Eksekutif Gred 13 (Gred setara E17)

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Jun 2012

Mayat wanita ditemui dalam longkang

SUNGAI PETANI: Mayat seorang wanita, dipercayai dibunuh, ditemui dalam keadaan terlentang di atas sebuah motosikal dalam longkang di tepi Jalan Persiaran Ambangan Heights berhampiran Kompleks Mahkamah Sungai Petani, di sini hari ini. 
Gambar Hiasan
Mayat M Revathi, 23, pemilik butik perkahwinan Rakshata Bridal House di Taman Ria di sini, ditemui pada jam 7.30 pagi oleh orang ramai dalam keadaan lengkap berpakaian dan dengan kesan kecederaan parah di leher dan dada.

Bapa saudara wanita itu, N Subrayam, 53, berkata Revathi tidak pulang ke rumahnya di Taman Arked sejak malam tadi dan anggota keluarga melancarkan gerakan mencarinya.

"Biasanya dia akan balik ke rumah di Taman Arked kira-kira jam 10.30 malam iaitu selepas selesai mengikuti kelas andaman di Taman Sejati Indah. 

"Tapi malam tadi dia tidak pulang menyebabkan ahli keluarga keluar mencari," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. 

Subrayam yang juga Setiausaha Parti Progresif Rakyat (PPP) Negeri Kedah berkata, mengesyaki sesuatu tidak diingini berlaku, bapa Revathi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada jam 2 pagi. 

Beliau berkata, mereka menerima panggilan daripada polis pada jam 8.15 pagi ini memaklumkan mengenai penemuan mayat anak saudaranya itu. 
Subrayam berkata, setahu beliau anak saudaranya itu tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa atau terbabit dalam percintaan. 

"Dia seorang budak yang baik dan baru sahaja membuka perniagaan kira-kira dua bulan lalu," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali, mengesahkan penemuan mayat itu. 

"Berdasarkan siasatan awal, terdapat beberapa kesan luka pada leher dan dada mangsa. Siasatan akan dibuat dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya. - BERNAMA (sumber dari sini)

Saturday, June 16, 2012

Budak maut main pistol bapa saudara

KOTA BHARU: Seorang murid Tahun Satu maut selepas kepalanya tertembak ketika dia bermain-main dengan pistol jenis Walther P9S milik bapa saudaranya, seorang anggota polis, di Ketereh, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Muhammad Faris Faizal Noor Hisham, 7, dipercayai menemui pistol yang disorok di bawah meja ketika bapa saudaranya ke masjid untuk solat Isyak.

Mangsa dipercayai bermainmain dengan pistol yang disangkanya mainan sebelum meletup dan terkena kepalanya.
Pistol itu disorokkan di bawah meja tetapi mangsa terjumpa, mungkin dia beranggapan ia adalah pistol mainan. Kanak-kanak berkenaan terkena satu tembakan di kepala dan bedah siasat menyatakan dia meninggal kerana tertembak. - Datuk Jalaluddin Abd Rahman, Ketua Polis KelantanPeluru yang dipercayai menembusi kepala mangsa turut mengenai bapa saudaranya, Mohd Helmi Ghazali, 31, yang berada berdekatan. Helmi yang cedera di dada dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan keadaannya dilaporkan stabil.

Kejadian berlaku di rumah nenek mangsa, Norizan Abd Wahab, selepas majlis perkahwinan ibu saudaranya dan pada masa sama keluarga mangsa meraikan hari lahirnya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, berkata senjata berkenaan adalah milik anggota polis yang berkhidmat di sebuah negeri dan sedang bercuti untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.

“Pistol itu disorokkan di bawah meja tetapi mangsa terjumpa, mungkin dia beranggapan ia adalah pistol mainan. Kanak-kanak berkenaan terkena satu tembakan di kepala dan bedah siasat menyatakan dia meninggal kerana tertembak. 
“Kita sudah menahan anggota polis berkenaan dan menyiasatnya dari kontinjen mana. Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu cuai menyebabkan kematian,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ibu mangsa, Fadhilah Rifa'in, 27, berkata dia dan anaknya datang ke Ketereh untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya, Syakirah Rifa'in dan menyambut hari lahir arwah bersama ahli keluarga lain.

Fadhilah berkata, dia terkejut mendengar dentuman kuat ketika berada di luar rumah untuk mengemas meja dan kerusi sementara menunggu pembekal khemah datang mengambil barangan disewa.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat, saya masuk ke dalam rumah dan tergamam melihat keadaan Muhammad Faris terbaring di lantai. Keadaan lebih kelam-kabut apabila seorang lagi ahli keluarga kami meraung akibat cedera di dada,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Fadhilah, guru Yayasan Islam Kelantan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Al-Falah di Pasir Mas, berkata anaknya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Ketereh, namun meninggal dunia dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ketereh, petang semalam.

Ibu saudara arwah, Nor Ain Farhana Yasin, 15, yang ketika itu memasak gulai di dapur terkejut melihat darah memancut di kepala mangsa.

“Saya tergamam tak boleh nak kata apa sebelum ahli keluarga lain membantu abang ipar saya (Helmi) dan anak saudara saya,” katanya.
(sumber dari sini)