Monday, May 14, 2012

Peniaga burger boleh berniaga depan rumah Ambiga: Polis

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan mengambil tindakan terhadap sekumpulan peniaga termasuk yang menjual burger di depan rumah Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara baru-baru ini, kerana mereka melakukannya di tempat awam. 
Gambar Hiasan
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata peniaga boleh berhimpun dan berniaga di depan rumah ketua badan bukan kerajaan (NGO) itu, selagi mereka tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA) semua orang boleh berhimpun asalkan memberi notis dan maklumkan kepada polis di mana boleh berhimpun.

"Mereka (peniaga) berniaga di depan rumah dia (Ambiga) dan mereka buat di 'public space', mereka tidak menganggu orang awam...jadi tidak menjadi kesalahan, kecuali jika mereka menimbulkan kekacauan baru kita boleh mengambil tindakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. 

Khalid yang ditemui selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur, ditanya sama ada polis akan bertindak terhadap laporan polis yang dibuat Ambiga pada 10 Mei lalu, susulan tindakan sekumpulan peniaga berhimpun dan berniaga di hadapan rumahnya. 

Kumpulan peniaga itu termasuk seorang yang bertindak membuka gerai burger, dilapor berbuat demikian sebagai tanda marah selepas mengalami kerugian susulan perhimpunan bertukar ganas yang dianjurkan NGO pimpinan Ambiga di ibu kota pada 28 April lalu. 

Mengulas lanjut, Khalid turut mencadangkan agar Ambiga mengambil tindakan saman terhadap peniaga burger terbabit jika tindakannya mengganggu privasi. - BERNAMA
(sumber dari sini)

Sunday, May 13, 2012

Luangkan masa berkualiti bersama keluarga

Sesibuk mana pon kita, sebizi mana pon kita, takkan la tak ada masa langsung untuk diluangkan bersama keluarga. Jadi kepada ibubapa diluar sana, luangkan lah masa yang berkualiti bersama keluarga anda. Jangan sampai mereka dah tak ada baru nak cari. Kepada yang belum kahwin, luangkan lah bersama ibu dan bapa anda, kepada yang sudah bergelar suami atau isteri, luangkan lah masa bersama pasangan anda. Keluarga lebih penting dari segalanya, percaya lah.


so, Minggu lepas, 05/05/2012 lepas solat zohor, tak tahu nk buat ape plak kat rumah, maklumla ari sabtu. seperti kebiasaan, saya hanya meluangkan masa untuk bermain dengan anak saya, main kejar² ke..main sorok² ke.. asal dia seronok sudah. Memang tidak dinafikan, membesarkan anak memang cukup mencabar. Tambahan pula beliau sudah semakin besar, boleh berjalan, berlari, boleh sepahkan rumah, boleh ungkai kain, boleh koyak² kertas pastu tabur, dan yang terbaru sekali boleh menunjukkan perasaan protes beliau dengan berguling-guling sambil menangis dengan kuat, sangat mencabar dan menyerabutkkan perut. Jika saya tidak dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi setelah bergelar bapa ini, kes dera mungkin terjadi.


Jadi, dah bosan² main bagai... tak tahu nk buat ape..so plan la dengan puan aniesah nk g mane, plan punye plan, so terpikir la nk g zoo johor. Tapi, 2 minggu sebelum ni kami sekeluarga dah pergi zoo tu..tapi malangnya zoo tu tutup untuk proses pembaikan ape tah. so kami pulang dengan hampa pada masa tu. Jadi, kali ini kami pun pergi la sekali lagi, harap2 zoo tu tak tutup. siap2 bagai, kami pun bertolak la lebih kurang pukul 4.30 petang camtu..sampai2 je sane, memang tak ada tempat parking la plak. so mencari la parking, dengan harapan dapat parking dekat dengan pintu masuk zoo tu. tapi tak dapat gak, memang kena parking jauh sebab ramai sangat org.

Tiket zoo johor ni paling murah kot, RM2 sahaja untuk dewasa dan kanak2.. anak2 kecil tidak dikira. masuk je zoo, jalan2 tengok2 sekeliling, mak oiii..penat pulak rasa berjalan ke hulu hilir macam ni..agak banyak binatang dalam zoo ni, tapi gajah tak ada rasanya, binatang lain seperti buaya, rimau, unta, tapir, burung2 dan monyet, rusa dan lain2 lagi ada..  jadi pusing kami la kami 3 beranak dalam zoo tu.. dekat sejam dalam zoo tu..rasa bosan la plak.. takde la besar mana pon zoo tu..setengah jam pusing dah abis la.. amik gambar sane sini... lepak la atas kerusi untuk menghilangkan penat lelah..


Tengah2 amik gambar bagai, kiokkk, bateri kamera abis, caj kejap je tadik,huhu..so keputusan untuk pulang diambil. jadi, pulanglah kami kerumah pada pukul 5.30 petang macam tu..takpe, kejap pun takpe asalkan membawa anak bini beriadah sambil merapatkan silaturrahim.






ini saja untuk kali ini, dah lama tak menulis kisah peribadi senanye ni, salu asik kopipes artikel2 dan berita2 je..nanti lain kali saya tulis lagi..sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...