Friday, June 29, 2012

Jawatan Kosong Di Uitm Perlis Sebagai Pembantu Makmal

Tags
Universiti Teknologi MARA (Perlis) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara. 


1) PEMBANTU MAKMAL (GRED C17)


Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut; dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM (Perlis) di http://www.perlis.uitm.edu.my atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA (Perlis), Kampus Arau.

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 JULAI 2012 .



Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERLIS)
02600 ARAU
PERLIS



NO.TEL: (04-9882000 / 2005 / 2200 / 2207)


Untuk maklumat lanjut,sila muat turun maklumat dibawah :-

1) Iklan [muat turun]
2) Borang [muat turun] 

Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor

Tags
Mereka yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut :


1. Penolong Pengurus / Eksekutif Pertanian
2. Penolong Pegawai Tadbir

Tarikh tutup permohonan 13 julai 2012 


Iklan Jawatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Tags
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.


1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
3. PENOLONG JURUTERA GRED J29 

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di bawah bidang kuasa
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi secara PERCUMA melalui
laman web.: www.mainpp.gov.my.

PERMOHONAN HENDAKLAH DISAMPAIKAN KEPADA;

Setiausaha,
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 8 & 9, Menara UMNO,
No.128, Jalan Macalister,
10400 PULAU PINANG.

pada atau sebelum 15 Jun 2012



Thursday, June 28, 2012

Jawatan Kosong Di Universiti Sains Islam Malaysia

Tags


sumber iklan : http://www.usim.edu.my
Maklumat lanjut dan borang sila klik sini

Jawatan Kosong (Pensyarah) Di kolej Komuniti Kok Lanas

Tags
Kolej Komuniti Kok Lanas mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan/sementara 


Jawatan: Pensyarah Sambilan Harian (Bahasa Inggeris) 

Syarat-syarat: 

a) Ijazah Sarjana Muda TESL yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

b) Calon-calon hendaklah mengemukakan resume dan permohonan tersebut hendaklah sampai ke Kolej Komuniti Kok Lanas pada atau sebelum 5/7/2012. 

Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga. 

Sebarang pertanyaan, sila berhubung Puan Shuhaila Ibrahim di talian 097880400.

sumber iklan :  http://www.kkklk.edu.my

Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri Johor

Tags
Rakyat Negeri Johor Darul Takzim dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan sebagaimana berikut: 


Skim Perkhidmatan : PEGAWAI TADBIR
Klasifikasi : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Taraf Jawatan : Kontrak Gred : N41

CARA-CARA MEMOHON :

Sila muat turun borang iklan jawatan kosong Pegawai Tadbir untuk maklumat lanjut. KLIK SINI

 Tarikh tutup permohonan ialah 13 Julai 2012. 

Jawatan Kosong Di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang

Tags
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang sedang mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan bagi jawatan seperti berikut:


1 Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17


KAYAKAN MINIMUM



1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam subjek Agama Islam;
4. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



SENARAI TUGAS



1. Menyelaras dan menyampaikan ceramah/kuliah atau syarahan agama kepada pelatih-pelatih dalam aktiviti kokurikulum.
2. Memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal agama kepada pelatih-pelatih.
3. Membuat penilaian kerohanian di kalangan pelatih.
4. Menyediakan program penerapan Islam di kalangan pelajar dan kakitangan.
5. Menyelaras urusan mendapatkan penceramah-penceramah dari luar.
6. Membantu dalam tanggungjawab di atas kebajikan pelatih.
7. Menjalankan kuliah/kelas Pendidikan Islam kepada pelatih-pelatih Sijil Kemahiran Malaysia.



BAGAIMANA UNTUK MEMOHON:



Pemohon yang berminat bolehlah menghantar “Soft-Copy” ke email: khairil@kbs.gov.my dan “Hard-Copy” “RESUME” yang lengkap gambar berukuran passport beserta dokumen-dokumen yang berkaitan sebelum 18 Julai 2012 kepada:



PENGARAH,
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA SEPANG SEPANG,
BANDAR BARU SALAK TINGGI,
43900 SEPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN



sumber iklan dan maklumat lanjut : http://www.iktbnsp.gov.my

Tuesday, June 26, 2012

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Kerian

Tags
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan


1. PEGAWAI PENILAIAN (W41)
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (U29)
3. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA (N27) 

(i) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.

(ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

(iii) Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

PERMOHONAN:
(i) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi MDK 1 (PKDM) yang boleh diperolehi di Pejabat Majlis Daerah Kerian atau dimuat turun melalui laman web: www.mdkerian.perak.gov.my dengan bayaran proses sebanyak RM 2.00 untuk satu borang. Bagi permohonan secara pos, sampul surat beralamat sendiri (saiz A4) dan bersetem RM 0.50 perlu dikemukakan bersama bayaran RM 2.00 (Wang Pos) (Atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Kerian).

(ii) Borang Rasmi MDK 1 (PKDM) boleh diperolehi di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan (Tingkat Bawah), Majlis Daerah Kerian.

(iii) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah/Diploma/Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan dan gambar berukuran pasport serta dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KERIAN
NO 1 WISMA MDK
JALAN PADANG
34200 PARIT BUNTAR
PERAK DARUL RIDZUAN

(iv) Tarikh tutup permohonan ialah pada 04 JULAI 2012.


Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Tags
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara Kontrak/Tetap di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) seperti berikut:-


1. Pegawai Pertanian
2 Pegawai Tadbir
3. Pegawai Penerangan
4. Penolong Jurutera (Jentera/Awam)
5. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
6. Penolong Akauntan
7. Pembantu Ehwal Ekonomi
8. Juruteknik Awam
9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
10. Pembantu Tadbir (Kewangan)
11. Pemandu Kenderaan
12. Pekerja Awam

Cara memohon:

1) Semua permohonan hendaklah menggunakan borang KEDA AM 1/2011 yang boleh didapati melalui laman web www.keda.gov.my. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir.

2) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:
a) Salinan sijil atau keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan;
b) Salinan sijil kelahiran, kad pengenalan dan sijil-sijil persekolahan.

3) Permohonan berikut akan ditolak:
a) Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
b) Tidak lengkap atau tidak terang;
c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
d) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
e) Tidak ditandatangani; dan
f) Diterima selepas tarikh tutup permohonan.

4. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Peti Surat 195
05720 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN



Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang dimohon.

5. Tarikh tutup permohonan: 1 Julai 2012.

6. Catatan Am:
a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
c) Permohonan yang lewat dan sebarang tuntutan perjalanan menghadiri temuduga jawatan ini tidak akan dilayan.

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Tags
1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (KONTRAK : KEKOSONGAN 1)

Tangga Gaji P1 RM1,687.59 (Minimum) - RM3,599.85 (Maksimum)
P2 RM1,391.91 (Minimum) - RM3,851.11 (Maksimum)
P3 RM1,475.66 (Minimum) - RM4,073.20 (Maksimum)

Kelayakan:
(a) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29:P1 RM1,687.59); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Lantikan Tambahan
Bagi jawatan yang ditawarkan di Pusat Kesihatan Pelajar, Kampus Gambang dan Kampus Pekan.
Keutamaan kepada calon :
(a) bersedia menjalankan tugasan on-call dan medical standby team untuk program-program Universiti.
(b) kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

 2. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 (KONTRAK : KEKOSONGAN 2)

Tangga Gaji P1 RM952.66 (Minimum) - RM2,722.67 (Maksimum)
P2 RM1,012.48 (Minimum) - RM2,866.28 (Maksimum)
P3 RM1,074.01 (Minimum) - RM3,014.86 (Maksimum)

Kelayakan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1 RM952.66); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1 RM1,010.77); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1 RM1,068.89); atau
(iv) sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1 RM1,243.24); atau
(v) sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1 RM1,417.59);dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Lantikan Tambahan
Bagi jawatan yang ditawarkan di Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi Kampus Gambang dan Kampus Pekan.

Keutamaan kepada calon :
(a) kelayakan dalam bidang Pengkomputeran & Audio Visual dan Pengkomputeran & Rangkaian.
(b) mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menyelenggara peralatan dan perisian komputer, audio dan visual serta rangkaian komputer.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

SYARAT-SYARAT UMUM
Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

TARAF JAWATAN
Jawatan akan dilantik secara kontrak.

CALON-CALON YANG MEROKOK TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat. Permohonan yang lengkap beserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada :

PENDAFTAR,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

CATATAN AM
(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Pada atau sebelum 29 Jun 2012.  Tarikh akhir penerimaan dokumen permohonan setelah mengisi maklumat di laman web rasmi UMP, http://www.ump.edu.my adalah pada 6 Julai 2012.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)

Tags
PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA CALON-CALON WARGANEGARA MALAYSIA (KEUTAMAAN KEPADA WARGA SELANGOR) BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERTARAF KONTRAK / TETAP SEPERTI BERIKUT DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG. 
1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (U41)
2. PENOLONG JURUTERA (J29
3. JURUTEKNIK ELEKTRIK (J17)
4. JURUTEKNIK MEKANIKAL (J17) 

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 9 Julai 2012

Saturday, June 23, 2012

Jawatan Kosong Di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Tags
LHDN merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai LHDN

1. Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41 Kontrak
Kekosongan : 5

Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan)hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my .

Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.

Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup 26 Jun 2012

Friday, June 22, 2012

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Tags
Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan adalah dipelawa untuk memohon pelbagai jawatan seperti berikut:


1. Pemandu Kenderaan Bermotor R3
2. Pekerja Awam Khas R3
3. Pekerja Awam (Tukang Kebun) R1
4. Pekerja Awam R1
5. Pekerja Awam (Drebar Enjin Motor Sangkut) R1
6. Pekerja Awam (Pembersih Pejabat) R1
7. Pekerja Awam (Buruh) R1
8. Pekerja Awam (Penjaga Pintu Tali Air) R1
9. Pekerja Awam (Penarik Rantai) R1
10. Pembantu Kesihatan Awam, U11
11. Pengawal Keselamatan KP11
12. Pembantu Am Rendah (Atendan Pejabat) N1
13. Pembantu Am Rendah (Penghantar Saman) N1
14. Pembantu Am Rendah N1
15. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Jun 2012

Jawatan Kosong Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTG)

Tags
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan untuk mengisi jawatan perkhidmatan kontrak berikut di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTG) : 

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
3. JURUUKUR BAHAN
4. PEGAWAI PENILAIAN
5. PENOLONG PEGAWAI TANAH

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN JAWATAN 

Tarikh Tutup Permohonan: 6 Julai 2012

Jawatan Kosong Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)

Tags
Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pegawai Teknologi Maklumat F41
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
3. Pembantu Penyelidik – Diet
4. Pembantu Penyelidik – Teknologi Maklumat
5. Pembantu Penyelidik 

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Jun 2012

Wednesday, June 20, 2012

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Tags
Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak di Kampus Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
2. JURURAWAT MASYARAKATU19
3. PEMBANTU PERPUSTAKAAN
4. PENGAWAL KESELAMATAN

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN JAWATAN 1

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN JAWATAN 2-4

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 2 Julai 2012