Saturday, February 8, 2014

JAWATAN KOSONG MBSA FEBRUARI 2014

Tags
Jawatan Kosong MBSA Februari 2014


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. Pegawai Tadbir
2. Arkitek Landskap
3. Pegawai Penilaian
4. Pembantu Awam
5. Pemandu Kenderaan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
i) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;

iii) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;

iv) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;

v) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;

vi) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;

vii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN

Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah. Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor
Tarikh iklan dikeluarkan : 27.01.2014
Tarikh tutup permohonan adalah pada : 10.02.2014

JAWATAN KOSONG DI UMT FEBRUARI 2014

Tags
Jawatan Kosong Di UMP Februari 2014


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong berikut

1. Pegawai Sains
2. Pegawai Keselamatn
3. Penolong Pegawai Keselamatan

tarikh tutup 6 Februari & 30 Mac 2014

JAWATAN KOSONG MPM FEBRUARI 2014

Tags
Jawatan Kosong MPM Februari 2014


Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tetap/kontrak.  seperti yang berikut:

(1) Pegawai Peperiksaan (Tetap/Kontrak) DG41
(2) Penolong Pegawai Peperiksaan (Tetap) DG32
(3) Pembantu Tadbir [Perkeranian/Operasi] (Tetap/Kontrak) N17
   
Iklan Jawatan Kosong: Sila Klik Sini
Borang Permohonan Jawatan: Sila Klik Sini
    
Tarikh tutup permohonan ialah pada 11 Februari 2014 (Selasa).

JAWATAN KOSONG DI UTHM HOLDINGS FEBRUARI 2014

Tags
Jawatan Kosong Di UTHM Holdings Februari 2014


UTHM Holdings ingin menjemput warganegara Malaysia yang layak dan dinamik untuk mengisi kekosongan jawatan di UHSB Travel and Tours Sdn. Bhd. (Syarikat Subsidiari UTHM Holdings Sdn. Bhd.)

Jawatan Kosong Di UTHM Holdings Februari 2014

1. Pengurus Operasi
2. Pegawai Tempahan Dan Tiket

Maklumat jawatan 

1.  Pengurus Operasi

TARAF JAWATAN : Kontrak / Tetap

KELAYAKAN & SYARAT-SYARAT :

• Warganegara Malaysia.
• Pemegang Ijazah / Diploma.
• Minimum 6 tahun pengalaman di Industri Pelancongan (termasuk 3 tahun di peringkat pengurusan).
• Kemahiran:
• Kemahiran berkomunikasi dengan baik dan jelas.
• Fasih dalam Bahasa Inggeris.
• Kemahiran pengurusan dan organisasi yang cemerlang.
• Penguasaan komputer / Perisian Perakaunan.
• Keupayaan membentuk dan menguruskan pasukan.
• Berdaya tahan menghadapi tekanan pada masa-masa puncak.

BIDANG TUGAS :

• Membantu pengurusan syarikat dengan menyelia dan memberi motivasi kepada kakitangan selaras dengan prosedur 
syarikat dan memastikan pematuhan dengan dasar syarikat secara keseluruhan.
• Antara tanggungjawab termasuk
- Pembangunan jualan
- Pengurusan kewangan
- Pengurusan kakitangan
- Pengurusan operasi harian 
• Mempromosi dan memasarkan perniagaan.
• Mengurus peruntukan dan rekod kewangan.
• Menyelia jualan produk pelancongan dan pakej pelancongan.
• Menyusun atur cara dan destinasi bagi memenuhi permintaan pelanggan.
• Menangani pertanyaan pelanggan dan berusaha untuk memenuhi jangkaan mereka.
• Berurusan dan bekerjasama dengan pihak dalam dan luar bagi mewujudkan hubungan perniagaan jangka panjang.
• Menyelia perniagaan secara efektif dan cekap.
• Merunding perjanjian dengan rakan perniagaan.
• Menganalisis pasaran dan pelan perniagaan mengikut perubahan pasaran.

2. Pegawai (Tempahan dan Tiket)

TARAF JAWATAN : Kontrak / Tetap

KELAYAKAN & SYARAT-SYARAT :

• Warganegara Malaysia.
• International Airlines Travel Agent (IATA) atau Diploma yang sama.
• 2 hingga 4 tahun pengalaman kerja dalam agensi pelancongan, syarikat penerbangan atau agensi penerbangan
(bahagian jualan).
• Pengalaman bekerja dalam semua sistem tempahan.
• Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, kemahiran berkomunikasi dan penyampaian / pembentangan.

BIDANG TUGAS :

• Menjawab panggilan & e-mel daripada orang ramai.
• Membuat tempahan jualan khusus berkenaan agensi-agensi pelancongan, akaun perdagangan, kumpulan dan 
pelancongan.
• Menyampaikan maklumat kepada pelanggan mengenai tambang, kadar, jadual, perjalanan, atur cara, dokumen 
perjalanan (Visa, Pasport dan lain-lain), ketibaan penerbangan dan masa berlepas, dan perkhidmatan lain yang 
berkaitan dengan cara yang menyenangkan, dan sopan.
• Menyelesaikan konflik pelanggan dengan pengendalian yang berhemah.
• Memaklumkan kepada kepada pelanggan perubahan penerbangan dan jadual.
• Membantu kakitangan syarikat dalam mengatur dan merancang perjalanan (urusan peribadi atau perniagaan).
• Mengira dan memberikan kadar dan peraturan tambang.
• Mengeluarkan tiket, pertukaran atau pengesahan semula yang dijana daripada komputer.
• Mengira dan mengeluarkan pembayaran balik untuk pembelian tiket.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 8 Dan 15 Februari 2014 (Borang permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan dilayan).

TARIKH LANTIKAN : 16  Februari 2014

BORANG PERMOHONAN : Klik Untuk Muat Turun

DOKUMEN SOKONGAN : Curiculum Vitae (CV), Salinan Kad Pengenalan & Salinan Sijil Berkaitan (DISAHKAN)

STATUS PERMOHONAN : Pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi oleh syarikat untuk proses temuduga. Pemohon yang tidak mendapat sebarang maklum balas selepas 1 bulan daripada tarikh permohonan ditutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

PENGHANTARAN DOKUMEN : Dokumen yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut:

BAHAGIAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN
UTHM Holdings Sdn. Bhd.
Blok C, UTHM (Kampus Bandar),
Jalan Cempaka 1, Taman Bunga Cempaka Biru,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

JAWATAN KOSONG PERBADANAN LABUAN FEBRUARI 2014

Tags
Jawatan Kosong Perbadanan Labuan Februari 2014


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Labuan seperti berikut:-

1. JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR

GRED : N27

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

TARAF JAWATAN : KONTRAK

BILANGAN KEKOSONGAN : 1 KEKOSONGAN

JADUAL GAJI:

Gaji Minimum RM1,362.00 
Gaji Maksimum RM5,092.00 
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM145.00

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [Gaji Permulaan : RM1,362.00] 

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [Gaji Permulaan : RM1,362.00


(iii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau [Gaji Permulaan : RM1,661.95]


(iv) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada insitusi-insitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,737.15]

(v) Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan
bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran
pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan
Undang-Undang. 

JAWATAN KOSONG UTM FEBRUARI 2014

Tags


Iklan Kekosongan Jawatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi jawatan Pengurusan Profesional dan Pelaksana akan dibuka mulai 5 Februari hingga 18 Februari 2014. Pemohon perlu mengisi borang secara online melalui capaian seperti berikut : 


  1. Senarai jawatan yang akan diiklankan adalah seperti berikut :
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N17)
  3. Pembantu Perpustakaan (Gred S17)
  4. Pembantu Tadbir (Kewangan) (Gred W17)
  5. Penolong Pegawai Tadbir (Gred N27)
  6. Penolong Juruaudit (Gred W27)
  7. Penolong Pegawai Senibina (Gred J29)
  8. Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Gred J29)
  9. Setiausaha Pejabat (Gred N27)
  10. Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F41)
  11. Arkitek Landskap (Gred J41)

JAWATAN KOSONG MRSM MAC 2014

Tags
Jawatan Kosong MRSM Mac 2014


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untumngisi jawatan kosong di MRSM Pengkalan Chepa seperti berikut :

Butiran Kekosongan
Nama Jawatan :
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41
Keterangan Kekosongan :
Permohonan Guru Sambilan(Sejarah).Tuliskan Surat Permohonan berserta Resume kepada: PENGETUA, MRSM PENGKALAN CHEPA, 16100 KOTA BAHRU, KELANTAN.Hantarkan bersama salinan fotostat sijil dan kad pengenalan serta sekeping gambar terbaru ukuran paspot.Harap maklum.

Tarikh tutup 13 Mac 2014