Tuesday, September 4, 2012

Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia - September 2012


Permohonan jawatan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh iklan ditutup.

1. Pegawai Undang Undang
2. Pegawai Teknologi Maklumat

Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat http://ejawatan.llm.gov.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 September 2012

Jawatan Kosong Di FINAS - September 2012


Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

PENGAMBILAN SECARA KONTRAK
(Kontrak For Service - Melalui satu Perjanjian/Kontrak dari setahun ke setahun berdasarkan keperluan)

1. PENOLONG PENGARAH GALAKAN PENGGAMBARAN 1
2. PENOLONG PENGARAH GALAKAN PENGGAMBARAN 2

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Permohonan juga boleh dihantar melalui e-mail: sabariah@finas.gov.my atau nurhidayah@finas.gov.my. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan resume & dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan.Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan.

Tarikh tutup permohonan: 14 September 2012 (Jumaat)

Jawatan Kosong Di Perbadanan Hang Tuah Jaya-September 2012


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Perbadanan Hang Tuah Jaya :-

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
2. Pembantu Setiausaha Pejabat
3. Pemandu Kenderaan

Borang permohonan boleh dicetak melalui laman web www.phtj.gov.my

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil kelayakan atau dokumendokumen
berkaitan dan hendaklah diakui sah sepertimana syarat yang ditetapkan dan dihantar ke alamat berikut :- />

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Hang Tuah Jaya Aras 3,
Wisma Negeri, Bandar MITC, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka.
(U.P : BAHAGIAN PENTADBIRAN)

Tarikh Tutup permohonan ialah pada 7 SEPTEMBER 2012

Jawatan kosong di perbanan stadium johor- September 2012


Permohonan adalah di pelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. (a)        JAWATAN                                        :           PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
(b)        GRED                                                      :           W17
(c)        KLASIFIKASI PERKHIDMATAN      :           SOKONGAN II
(d)        TARAF JAWATAN                               :           KONTRAK
(e)        JADUAL GAJI                                       :           RM 928.74 -  RM 2,527.73
(i)         Imbuhan Tetap Khidmat Awam               RM 115.00
(ii)        Imbuhan Tetap Perumahan                      RM 180.00
(iii)       Elaun Sara Hidup                                        RM 300.00
(iv)       Elaun Kewangan                                         RM   40.00 (tidak mempunyai sijil)
                                                                                   RM   80.00 (mempunyai sijil)

*Sijil dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara

(Gaji Permulaan ialah pada Gred W17 : RM 928.74)

SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a)   Warganegara Malaysia
(b)   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) :
(i)         Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan  serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(ii)        Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(iii)       Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(iv)       Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh kerajaan
(v)        Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(vi)       berkebolehan bertutur,membaca dan menulis Bahasa Malaysia dengan baik.

CARA MEMOHON:

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang diperolehi daripada Perbadanan
Stadium Johor dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat atau menghantar sampul surat berukuran 10cm X 23cm bersetem dan alamat sendiri dengan mencatat  " MOHON BORANG PSJ " di sudut sebelah kiri sampul surat tersebut.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau
pada tarikh tutup permohonan.

Bagi pemohon-pemohon yang masih berkhidmat di mana-mana Jabatan Kerajaan perlulah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2011 serta Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.

PENGURUS BESAR
PERBADANAN STADIUM JOHOR
ARAS 1, STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS,
80350 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TA'ZIM.

TARIKH IKLAN            :           30 OGOS 2012
TARIKH TUTUP           :            30 SEPTEMBER 2012

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sah dokumen-dokumen berikut:

(i)            Sijil Kelahiran
(ii)           Kad Pengenalan
(iii)          Sijil Berhenti Persekolahan
(iv)          Lain-lain Sijil Kelayakan / Surat Akaun berkaitan

CATATAN AM

(a)   Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga
(b)   Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
(c)   Segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri

Sumber iklan : http://www.stadiumjohor.com/kerjaya.html

Jawatan Kosong di Lembaga Tabung Haji - September 2012

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Tabung Haji. Jawatan kosong yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Setiausaha


Klik untuk Maklumat lanjut

Jawatan Kosong di lembaga minyak sawit malaysia (MPOB) pelbagai jawatan-September 2012


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) :

1. PEGAWAI PENYELIDIK
2.AKAUNTAN
3. PEGAWAI TADBIR
4. PEN. PEG. TEKNOLOGI MAKLUMAT
5.PENOLONG AKAUNTAN
6. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
8. PELUKIS PELAN
9. PEMBANTU PENYELIDIK
10.PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
11.PEMBANTU TADBIR (P/O)
12.PEMBANTU AM PEJABAT
13. PEMANDU KENDERAAN
14.PEKERJA AWAM

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Secara Online yang boleh diperolehi dari Laman Web MPOB di alamat : http://www.mpob.gov.my

Tarikh tutup permohonan jawatan pada 24 September 2012.

Jawatan kosong FELDA (September)


Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PEGAWAI BELIA & SUKAN GRED S41
2. PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN GRED S27
3. PEMBANTU BELIA & SUKAN GRED S17

Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan perkhidmatan secara online melalui sistem e-jobs  dengan melayari laman web www.felda.net.my

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 September 2012