Sunday, September 29, 2013

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Oktober 2013

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Oktober 2013

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong Di Jabatan Akauntan Negara Negeri Pahang seperti berikut :

1. Pemandu Kenderaan R3

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengemukakan “Resume” yang mengandungi butiran berikut:

a) Gambar berukuran pasport

b) Maklumat Peribadi :

i) Nama
ii) No.Kad Pengenalan
iii) Jantina
iv) Umur
v) Status
vi) Agama
vii) No. Telefon
viii) Nama Waris terdekat / yang boleh dihubungi
x) No. Telefon Waris
xi) Lesen Memandu

c) Kelayakan Akademik

d) Pengalaman

e) Kemahiran

f) Sijil-sijil

Semua salinan Sijil-sijil Akademik, Lesen memandu, Kad Pengenalan hendaklah disahkan.
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :

PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA
MALAYSIA NEGERI PAHANG
TINGKAT 4, BANGUNAN BSN
JALAN BANK
25000 KUANTAN

Tarikh Tutup Permohonan : 02 OKTOBER 2013

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Jawatan kosong Pembantu Penyelidik (Malaysian Cohort)

Jawatan kosong Pembantu Pembantu Penyelidik (Malaysian Cohort)


Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut: PEMBANTU PENYELIDIK (KELAYAKAN IJAZAH) 

Gaji bulanan : RM1800.00 
Taraf jawatan : Sementara 
Tarikh tutup iklan : 2 Oktober 2013 

Syarat-syarat : 
i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains pemakanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

(Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemakanan & Kesihatan Komuniti atau Dietetik akan diberi keutamaan) 

ii. Lulus dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

Syarat Tambahan : 
iii. Memiliki pengalaman dalam bidang penyelidikan dan analisis makanan. 
iv. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta mampu menjalankan tugasan lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. 
v. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan. 
vi. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 
vii. Bersedia untuk bekerja di lapangan atau luar bandar. 

Cara memohon: 
1. Calon-calon yang berkelayakan dan berminat dikehendaki menghantar perkara-perkara berikut: 
a. Resume (CV) lengkap 
b. Salinan Transkrip Akademik Ijazah (telah disahkan) 
c. Salinan Sijil Pengurniaan Ijazah / Surat Pengesahan Tamat Pengajian Ijazah (telah disahkan) 

ke alamat: 
Sekretariat The Malaysian Cohort 
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) 
Tingkat 7, Blok Klinikal 
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia 
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak 
56000 Cheras, Kuala Lumpur 
(u.p Bahagian Pentadbiran/ Perjawatan) 

ATAU 

Emel : the_malaysian_cohort@yahoo.com.my 

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Sekretariat The Malaysian Cohort di talian 03-91710415 

** Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga

Thursday, September 26, 2013

Isteri Mat Yo mohon maaf


Isteri Mat Yo mohon maaf

Siti Aisya memohon maaf penyebaran rakaman video pergaduhan dengan pengawal keselamatan tersebar luas sejak Selasa lalu.

Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

gambar tambahan, BH tidak menyiarkan gambar ini.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman


Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia oktober 2013

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia oktober 2013


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang tersebut di bawah:-

1. Arkitek Gred J41 
2. Jurutera Awam J41
3. Penolong Pegawai Senibina
4. Penolong Jurutera Awam

Cara memohon: Permohonan hendaklah mengemukakan resume dan dokumen seperti di bawah kepada Seksyen Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Pelajaran, KPM

  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan sijil-sijil;
  • Salinan Diploma atau Ijazah;
  • Lain-lain dokumen; dan
  • Sekeping gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan)

Permohonan yang dipertimbangkan: 

i) Hanya calon-calon yang mematuhi syarat akan dipertimbangkan
ii) Hanya Calon yang memenuhi syarat asas tapisan akan dipanggil temuduga

Tarikh tutup 3 Oktober 2013

Jawatan Kosong IT Technical Support Executive

Jawatan Kosong IT Technical Support Executive


1. IT Technical Support Executive

Responsibilities

1. To support the Technology function on a day to day operational basis and ensuring System & Network is in optimal performance
2. Install all new hardware, printer and software.
3. Install and configure wireless network for clients
4. Issue new smart card for student and staff.
5. Install and maintain projector and interactive white board at classroom
6.Perform daily monitoring of wireless network, internet speed and smart card system.
7. Perform 1st level troubleshooting support for problems related to computer/hardware/software and VLE.

Requirement.

1. Candidate must possess a Diploma or Degree in Computer Science/Computer Networking technology/Information Technology
2. Fresh Graduates are encouraged to apply.
3. Possess a good communication skills and good team player
4. Good analytical skill and able to work independently

Interested candidates are welcome to submit updated resume together with relevant certificates directly to Human Resources Department

Cempaka Schools
Persiaran Awana Taman Cheras Permata 2,
Cheras
43200 Selangor
Tel: 03-90768400
Fax: 03-90768194

or email the soft copy to mar_e@cempaka.edu.my

For any further inquiries please contact En Mar'e or Cik Farah at 03-90768400 extension 24

Closing date 5th October 2013

Wednesday, September 25, 2013

JAWATAN KOSONG Pusat Rehabilitasi PERKESO MELAKA

Pusat Rehabilitasi PERKESO

Pusat Rehabilitasi PERKESO merupakan sebuah projek yang telah bermula sejak tahun 2008 lagi dan setelah bertahun dalam proses perancangan dan pembinaan, akhirnya Pusat Rehabilitasi PERKESO ini semakin nyata. Pusat Rehabilitasi ini dibina dengan motif yang murni; iaitu untuk membantu orang berinsurans PERKESO ataupun pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan vokasional dan akhirnya kembali ke alam pekerjaan.


Jawatan Kosong di Pusat Rehabilitasi PERKESO Melaka :

• Pengarah Pusat Rehabilitasi
• Timbalan Pengarah
• Pegawai Perubatan
• Pegawai Psikologi
• Pengurus Kes
• Akauntan
• Pegawai Pengurusan
• Pembantu Perubatan
• Jururawat
• Pegawai Jurupulih Kerja
• Pegawai Jurupulih Anggota
• Dietetik
• Optometris
• Audiologis
• Ahli Pertuturan
• Pegawai Teknologi Maklumat
• Pegawai Pelatih Kemahiran
• Penolong Akauntan
• Pegawai Eksekutif
• Pegawai Kerani
• Warden
• Pembantu Akauntan
• Pegawai Pembantu Khidmat Pelanggan
• Penolong Jurupulih
• Pemandu
• Pembantu Am Pejabat
*permohonan adalah secara online di laman web http://rehab.perkeso.gov.my/

Tarikh tutup permohonan ; 11 Oktober 2013

Jawatan Kosong KOSMA September 2013

Jawatan Kosong KOSMA September 2013


Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) merupakan koperasi yang berwibawa, berdaya maju dan terkenal di kalangan Koperasi di Malaysia Bergiat aktif dalam pengurusan terutamanya perladangan kelapa sawit. KOSMA ingin mempelawa kepada anggota, anak-anak anggota dan warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan (Pelaksana) di syarikat kami :

1. EKSEKUTIF TELNOLOGI MAKLUMAT
2. PEMBANTU EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
3. PEGAWAI OPERASI AR-RAHNU
4. KERANI AR-RAHNU
5. PEMBANTU AM PEJABAT/DESPATCH CUM OFFICE BOY
6. PENYELIA LADANG

Calon-calon yang berminat diminta menghantar permohonan dengan menyertakan resume, salinan kad pengenalan, sijil-sijil & transkrip akademik yang disahkan, gambar berukuran passport dan mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati di pejabat Koperasi Serbausaha Makmur Berhad atau dicetak di laman web www.kosma.com.my dialamatkan kepada:

Pengurus Besar
Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA)
B8032, Sri Kuantan Square, Jalan Teluk Sisek
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur
(U/P: Pentadbiran Sumber Manusia)
Tel: 09-5177977 / 09-5177980 Fax: 09-5137190 / 09-5162116

Tarikh tutup 30 September 2013