Thursday, October 20, 2011

Hargailah Dia

Tags

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata..
Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas.

Hidup terlalu singkat.
Hidup hanya sekali. 
Yang pergi tak kan kembali.
Yang hilang, mungkin tumbuh lagi...

Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula.
Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti?
Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula?


Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada.
Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman.
Mungkin esok, kita tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu.
Mungkin kita 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta.

Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!..

2 comments

tie yang comel lagi kiut.. delete October 21, 2011 at 6:14 AM

yolo doh tu mie..mcm org skrg ni..yg penting kehidupan kami berdua..dgn tingkatkan lagi ketaqwaan n keimanan kami suami isteri padaNYA..malas dah nk dengar cakap2 org..tak kiralah dari segi apa sekalipon...huhu..

yezza...btol tu tie...yang penting...kite bahagia...hihihi..