Friday, June 29, 2012

Jawatan Kosong Di Uitm Perlis Sebagai Pembantu Makmal

Tags

Universiti Teknologi MARA (Perlis) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara. 


1) PEMBANTU MAKMAL (GRED C17)


Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut; dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM (Perlis) di http://www.perlis.uitm.edu.my atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA (Perlis), Kampus Arau.

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 JULAI 2012 .



Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERLIS)
02600 ARAU
PERLIS



NO.TEL: (04-9882000 / 2005 / 2200 / 2207)


Untuk maklumat lanjut,sila muat turun maklumat dibawah :-

1) Iklan [muat turun]
2) Borang [muat turun]