Monday, November 19, 2012

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) November 2012

Tags


REALISTIC ATTRACTION SDN. BHD. Permohonan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut dengan syarat-syarat seperti di bawah :

1) Pembantu Eksekutif Pemasaran

Jadual Gaji 
Gred C2 - RM500.00 - RM1,573.00

Syarat-syarat :

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan berkomunikasi di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) 

2) Pembantu Am/Pemandu

Jadual Gaji 
Gred D1 - RM450.00 - RM1,000.00

Syarat-syarat :

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer serta bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik)
4. Memiliki Lesen Memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
5. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor. 

3) Pengawal Keselamatan

Jadual Gaji 
Gred D1 - RM450.00 - RM1,000.00

Syarat-syarat :

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

4) Penenun 

Syarat-syarat :

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Tamat Darjah Enam. 

4. Golongan ibu tunggal, komuniti setempat dan Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah digalakkan untuk memohon.

5. Pemohon yang mempunyai kelulusan Sijil atau Diploma di dalam bidang tenunan adalah di pelawa untuk memohon.

6. Elaun bulanan disediakan. Penginapan disediakan dengan kadar bayaran yang minima.

CARA MEMOHON:

1. Pemohonan boleh dibuat secara online melalui laman web PKNP www.pknp.gov.my atau mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di pejabat Realistic Attraction Sdn. Bhd. 

2. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada: 

Ketua Pegawai Operasi, 
Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja
Sultan Haji Ahmad Shah
Jalan Kempadang Perdana 1
25150 Kuantan Pahang
Tel. & Faks. - 09-5341736

3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2012. 

4. Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga bulan daripada tarikh tutup iklan ini dianggap tidak berjaya.