Saturday, June 22, 2013

Jawatan Kosong Di UITM Kelantan - Jun 2013

Tags

Jawatan Kosong Di UITM Kelantan - Jun 2013

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di UiTM Cawangan Kelantan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. Pegawai Khidmat Pelanggan

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer)

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh
tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA
yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Cawangan Kelantan, Kampus
Kota Bharu di http://kelantan.uitm.edu.my/kotabharu/

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Ahad, 30 Jun 2013.

Sila kemukakan permohonan kepada :

PENOLONG PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN
WISMA KUB, JALAN SULTAN IBRAHIM
15050 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
NO. TEL : (09) 7417700/733/709