1. PEMBANTU PENGAJAR GRED UDP
Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan tersebut dengan syarat-syarat berikut:
Kelayakan:
(i) Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(ii) Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas.
(iii) Kepujian Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Imbuhan Bulanan: Honorarium RM2500.00
Taraf Jawatan: Kontrak (bagi suatu tempoh yang ditetapkan).
Umur Pada Tarikh Tutup Iklan: Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Penempatan: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.
Tarikh Tutup Permohonan: Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Jun 2013.
Cara Memohon:
(i) Permohonan hendaklah dibuat melalui borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) yang boleh didapati dalam laman web Pejabat Pendaftar UPM atau diperolehi dengan cara muat turun daripada laman web di http://www.eng.upm.edu.my
(ii) Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah disertakan bersama dengan Curriculum Vitae, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan (termasuk Ijazah dan Diploma jika berkaitan) dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dengan sekeping gambar berukuran pasport.
(iii) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :
Ketua,
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor.
(U.P : Cik Syaakiratul Hasanah Rossidi)
Perhatian:
(i) Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
(ii) Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemu duga.
(iii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.