Monday, April 11, 2016

Jawatan Kosong di TEKUN Nasional - 30 April 2016

Tags

Jawatan kosong terkini di Tabung Ekonomi Kumpulan Usahaniaga (TEKUN Nasional) April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada waganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong Tabung Ekonomi Kumpulan Usahaniaga (TEKUN Nasional) sebagai :

1. AUDITOR
2. JURUAUDIT

Tarikh tutup permohonan 30 April 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan


TEKUN Nasional telah diwujudkan hasil daripada resolusi Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada tahun 1994 yang mencadangkan agar satu sistem penyaluran modal tambahan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan dilaksanakan bagi mengatasi masalah akses usahawan kecil Bumiputera kepada pembiayaan perniagaan. Dalam tahun 1995, Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan projek perintis Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Pulau Pinang. Seterusnya projek perintis ini dikembangkan ke Jeli, Kelantan pada tahun 1996 dan ke Besut, Terengganu pada tahun 1997. Selaras dengan kemajuan dan arus pemodenan, penjenamaan semula dan hala tuju baru Yayasan TEKUN Nasional pada 12 Februari 2008 telah memperlihatkan Yayasan TEKUN Nasional telah diberi nama baru iaitu TEKUN Nasional yang berperanan bukan hanya sekadar sebagai agensi memberi pembiayaan bahkan turut memainkan peranan dalam pembangunan keusahawanan dan memberikan perkhidmatan sokongan.