Wednesday, February 29, 2012

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu peluang kedua diberi kepada kakitangan awam untuk memilih opsyen melanjutkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun, walaupun tarikh penyerahan borang bagi tujuan itu berakhir 31 Disember lalu. 
Gesaan itu dibuat Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berikutan masih ramai lagi penjawat awam berminat untuk memilih opsyen terbabit, tetapi terlepas peluang berbuat demikian sebelum ini.

“Saya dapat tahu ramai penjawat awam berminat selepas mendapat tahu kelebihan memilih opsyen terbabit yang ditawarkan melalui pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

“Namun, disebabkan kurangnya kefahaman terhadap opsyen terbabit ketika ia mula ditawarkan, termasuk faktor tempoh masa singkat diberikan kepada penjawat awam untuk memikirkannya sebelum ini, menyebabkan ramai yang terlepas peluang berbuat demikian. 

“Justeru, saya harap ketua jabatan dapat memberi sedikit kelonggaran di peringkat dalaman kepada kakitangan masing-masing untuk menyertai skim terbabit. 

“Ia terbukti membawa banyak faedah kepada penjawat awam dan saya sendiri percaya ia dapat dilakukan tanpa menjejaskan ketetapan sedia ada,” katanya di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Seminar Pengurusan Kesatuan Pekerja anjuran bersama Kesatuan Pekerja Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di sini, semalam. 
Hadir sama, Presiden KPKSM, Ibrahim Ahmad. 

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Januari, tetapi mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Disember lalu. 

Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi membuat pilihan sama ada memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan lama. 

Dalam skim baru berkenaan, hiraki perkhidmatan awam dibahagikan kepada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.
(sumber dari sini)

1 comments:

Anonymous said...

Tarikh hantar borang opsyen persaraan yg ditetapkan oleh JPA pada 30 Disember 2012, dibuat secara tergesa2, geroh gerah, kelam kelibot. Taklimat terperinci tidak diberikan secukupnya serta meragukan. Hinggakan ada yg terpangkah bersara umor 58 tahun, sedangkan ada kakitangan dimana khidmatnya maseh diperlukan. Diharap CEUPACS meneruskan perjuangan dan rayuan, hingga berjaya. Supaya kakitangan diberi peluang kali kedua untuk mereka, samada memilih bersara 58 atau 60..?? Itulah baru adil dan saksama namanya..

Nota Penting !

Peringatan kepada semua pembaca !

Pihak admin blog ini tidak mempunyai sebarang ikatan untuk memberikan jawatan kerja kepada pihak pembaca dan tidak bertanggungjawab di atas segala kesulitan yang bakal timbul.

Pihak admin blog ini hanya berkongsi iklan jawatan kosong kepada semua pembaca untuk memudahkan pihak pembaca dan pencari kerja untuk mendapatkan informasi terkini dan terbaru mengenai sebarang jawatan kosong.

Justeru itu, pihak admin blog ini juga tidak bertanggungjawab jika terdapat kesilapan diatas segala iklan jawatan kosong yang diiklankan.

Jadi, Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan jawatan kosong yang diiklankan, sila hubungi pihak yang menawarkan jawatan kosong tersebut. Kebanyakan iklan jawatan kosong yang dipaparkan di laman blog ini di salin dari portal informasikerjaya dan portal Jobs Malaysia Iskandar Malaysia.

Pihak admin blog juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca kerana terus menyokong blog ini. Sekian, Terima Kasih.