Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman,
Persoalan utama yang selalu bermain di fikiran kita apabila segala usaha dan doa telah dilakukan, namun apa yang kita impikan tidak menjadi kenyataan ialah KENAPA? KENAPA? Allah SWT tidak mahu menunaikan segala permintaan kita, segala kemahuan kita. Kita telah banyak berusaha dan berdoa untuk mencapai sesuatu yang dihajati, namun ia tetap tidak berhasil.
Para pembaca sekalian, ketahuilah sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita, apa yang direncana untuk kehidupan kita. Kita sebagai umat Islam seharusnya bersangka baik terhadap Allah SWT disamping kita terus berusaha untuk mencapai sesuatu perkara. Jika kita masih tidak berjaya mendapatkannya, percaya lah ada sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Kita sebagai insan, kita selalu lupa dan alpa. Kita mendapat banyak rezeki dari Allah SWT namun kita tidak sedar kewujudannya. Antara rezeki yang kita kurang sedar itu ialah rezeki nyawa, pancaindera, kesihatan, Ibu bapa yang menyayangi kita sejak dari kecil hingga akhir nafas mereka, anak- anak dan isteri yang baik, rakan-rakan yang selalu memberi sokongan kepada kita dan banyak lagi jika kita mahu rungkaikan satu persatu. Namun, masyarakat kita pada hari ini kebanyakkan nya hanya menganggap rezeki itu hanyalah DUIT, WANG semata-mata. KENAPA INI TERJADI? Ya, kerana sejak dari kecil lagi pemikiran kita telah dipasak oleh kuasa duit, kuasa wang yang dikatakan mampu membeli apa sahaja.
Para pembaca sekalian, Apa guna nya kita mempunyai banyak wang jika rezeki kesihatan kita sudah tiada, Apa guna nya kita mempunyai banyak wang dan kesihatan yang baik jika rezeki pancaindera kita sudah tiada, Apa guna nya kita mempunyai banyak wang, kesihatan yang baik dan cukup sifat pancaindera jika kita telah hilang keberkatan DOA daripada Ibu Bapa kita.
Ketahuilah bahawa keberkatan hidup kita, keredhaan hidup kita adalah dengan ada nya Redha Ibu Bapa kita. Doa Ibu Bapa adalah doa yang terbaik, doa sentiasa didengar oleh Allah SWT. Namun harus diingat, kita sebagai anak juga haruslah berdoa untuk Ibu Bapa kita. Sesibuk mana pon kita, selepas solat seharusnya kita mendoakan kesejahteraan Ibu Bapa kita samada mereka masih bernafas di bumi Allah SWT ini mahupun yang telah pergi meninggalkan kita.
Para pembaca sekalin, Rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Dia yang mengaturkan segala perjalanan hidup, jodoh, ajal maut dan juga rezeki kita. Percaya lah, Bersedekah mampu untuk menambahkan rezeki kita. Bersedekah tidak akan membuatkan anda miskin, bahkan Allah SWT akan memberikan ganjaran yang lebih baik untuk kita.
Bila kita berbicara tentang sedekah, kita mungkin hanya akan terfikir bahawa sedekah hanya dalam bentuk wang ringgit. Kenapa? Ya kerana kita selalu berfikir tentang wang wang wang. Memang itu lumrah manusia, selalu berfikir tentang wang. Sedekah bukan hanya dalam bentuk wang ringgit, ianya juga sedekah jika kita menolong membuang sesuatu yang menghalang lalu lintas seperi paku, kayu , atau ranting pokok yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada orang ramai. Ianya juga sedekah jika kita membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Dan banyak lagi contoh-contoh sedekah jika kita ingin kupas satu persatu.
Akhir sekali, pesan saya kepada semua pembaca, hormati dan sayangilah kedua ibubapa kita. Jika tidak mampu untuk melawat mereka di kampung, doa kan lah untuk kesejahteraan mereka. Gembirakan lah mereka sedaya mampu selagi mereka masih ada.
Segala salah silap saya didalam coretan ini harap dimaafkan. Saya juga manusia biasa, manusia yang banyak melakukan kesilapan. Sekian dulu untuk kali ini, harap kita dapat bertemu dalam coretan akan datang.
Coretan Sepi