Jawatan kosong terkini di Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Permohonan adalaah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di SAINS sebagai :-
1. Penguatkuasa
Pengisian bagi jawatan Penguatkuasa di Unit Penguatkuasaan. Bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan penguatkuasaan berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan sebagainya.
Jawatan yang ditawarkan adalah jawatan tetap.
Syarat-syarat
* Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Diploma.
* Berkemahiran dalam penggunaan komputer: Microsoft Word,Excel dan Power point.
* Mempunyai pengetahuan berkaitan kerja paip merupakan satu kelebihan.
* Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
* Mengutamakan mutu dan hasil kerja serta boleh bekerja dalam kumpulan.
* Memiliki tubuh badan yang sihat, tahan lasak dan boleh mengikut arahan.
* Tahu seni mempertahankan diri merupakan satu kelebihan.
* Mengetahui kawasan di Negeri Sembilan adalah satu kelebihan.
* Mempunyai lesen memandu (B2, D)
Sesiapa yang berminat sila email/hubungi kami dan lampirkan butir-butir peribadi anda dengan gambar berukuran passport pada atau sebelum 15 November 2013 kepada:
Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Email : hr_sains@sainswater.com
Tarikh tutup permohonan pada 15 November 2013
Lokasi : Negeri Sembilan
Sektor : Berkanun