Wednesday, November 13, 2013

Jawatan Kosong UPSI November 2013

Tags

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat adalah dipelawa untuk mengisi jawatan berikut

1. Pembantu Peperiksaan Sambilan

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

SKOP KERJA :

1) Membuat persiapan dan persediaan peperiksaan.

2) Membantu Ketua Pengawas dan Pengawas mengawasi peperiksaan.

3) Mengedar bahan-bahan peperiksaan kepada pelajar.

4) Menyediakan alatan dan keperluan peperiksaan di dewan/ bilik peperiksaan.

5) Membantu kakitangan Institut Pengajian Siswazah IPS) dalam urusanurusan lain yang berkaitan dengan hal ehwal peperiksaan IPS.

6) Membantu kakitangan IPS dalam urusan- urusan pejabat.

7) Menyusun dan mengemaskini fail pelajar.

8) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

TEMPOH MASA : 23 Disember 2013 – 6 Januari 2014
BEKERJA

KADAR BAYARAN : RM 35.66 Sehari (8:00 pagi – 5:00 petang) dengan Imbuhan Tetap Khidmat
Awam RM 5.00. Kadar kerja lebih masa akan dikira sekiranya waktu bertugas adalah selepas waktu pejabat.

KELAYAKAN :
Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

MEMOHON

1. Boleh membaca dan menulis dengan baik

2. Berdedikasi, bertanggungjawab dan komited terhadap tugas/amanah
yang diberikan/ diarahkan

3. Pengetahuan dan kemahiran asas komputer (MS Word, MS Excel dan
MS Power Point)

4. Bersedia untuk bertugas pada hari minggu (Sabtu dan Ahad),
sekiranya diarahkan.

TARIKH TUTUP : 6 Disember 2013

Perhatian:

Borang permohonan boleh didapati di laman web IPS http://ips.upsi.edu.my atau di Pejabat
Am IPS.

Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Semua sijil dan dokumen perlu disahkan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Unit Akademik, Institut Pengajian Siswazah di
talian 05-450 5494 (Pn. Haiza/ Pn. Farhana).

Permohonan lengkap perlu dihantar ke :
Unit Akademik (Unit Peperiksaan dan Pengijazahan)
Institut Pengajian Siswazah
Aras 1, Blok C
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak.