Friday, July 1, 2011

Tip Melayan Karenah Anak

Tags

sumber dari sini


Rasuah atau tidak: ‘‘Jika kamu mandi sekarang, awak boleh tengok televisyen nanti.” Rasuah sentiasa berjaya untuk setiap keadaan dan anda tertanya-tanya sama ada ia masih boleh digunakan ketika di meja makan.

Tawar-menawar: Rasuah mungkin berkesan dengan anak anda yang cerewet makan untuk tmpoh yang singkat tetapi apa yang anak anda pelajari ialah ganjaran yang akan diterimanya adalah begitu mengasyikkan dan makanan yang perlu dihabiskannya untuk menerima ganjaran tersebut contoh lazimnya sayur-sayuran, akan nampak lebih tidak menarik. Di mata anak anda, waktu makan adalah satu tugas yang perlu diselesaikan.

Penyelesaian Pediamom untuk anda: Seperti anda, anak anda akan melakukan sesuatu sekiranya diberi ganjaran. Daripada menyajikan makanan yang tidak berkhasiat, cuba berikannya sesuatu yang positif dan tidak berkaitan dengan makanan seperti bercerita sebelum tidur atau balik kampung. Jika gagal, cuba ini, ‘‘Memandangkan awak tak mahu makan nasi, boleh emak bagi pada kakak?'” Kadang-kadang, ia berkesan untuk sesetengah kanak-kanak. Mungkin ia juga berkesan untuk anak anda.

Pesanan yang bercelaru: Pernahkah anda berkata, ‘‘Sebelum makan, tak boleh minum susu kocak,” yang akan dibalas oleh suami anda, ‘‘Boleh minum tapi tiga teguk sahaja.” Apabila salah seorang tegas dan seorang lagi sebaliknya, anak anda tidak akan mendengar cakap anda. Mereka mungkin menggunakan keadaan ini untuk mendapat apa yang mereka mahukan.

‘‘Mak, saya keliru!”': Apabila anda dan suami menggunakan kuasa masing-masing, anak anda akan menjadi keliru dan tidak akan menghiraukan arahan yang diberikan. Dia juga menghadapi kesukaran untuk memahami apakah kelakuan yang baik di meja makan.

Penyelesaian PediaMom anda: Jadi konsisten. Antara anda dan suami anda, pastikan anda berdua mencapai kata sepakat tentang kelakuan yang diterima ketika waktu makan dan sebaliknya. Pastikan anda mematuhinya tidak kira apa jua keadaan (contoh, berlari dengan makanan di dalam mulut adalah berbahaya dan tidak dibenarkan sama sekali tidak kira makan di rumah atau di luar). Anda dan suami anda mungkin boleh menyuapkan anak anda secara bergilir-gilir.

Sakit tapi masih cerewet: Ia sukar apabila anak anda mendapat selesema dan batuk. Dia mahukan lebih perhatian dari biasa dan menggandakan tekanan anda kerana anda akan berasa bimbang tentang kesihatannya, perlu menjaganya dan masih perlu menunaikan tanggungjawab yang lain.

Cepatlah sembuh: Kanak-kanak selalunya tidak berselera ketika mereka demam, sudah tentu ia bukanlah berita yang baik untuk para ibu yang mempunyai anak yang cerewet makan walaupun ketika mereka masih sihat. Pada saat inilah badan anak anda amat memerlukan khasiat pemakanan tetapi bagaimana dia boleh sembuh sekiranya dia tidak mahu makan?

Penyelesaian PediaMom anda: Beri anak anda makanan yang lembut dan berkhasiat serta air yang banyak. Galakkan dia untuk makan. Direka khas untuk kanak-kanak yang tidak sihat dan memerlukan khasiat pemakanan, PediaSure Complete berkesan untuk memberikan nutrisi lengkap dan membantu anak anda sembuh dengan cepat dan menjadi lebih sihat pada masa akan datang. Tidak lagi ketinggalan dalam kelas!

Siapakah bos?: Adakah anda selalu melayan kerenah dan kehendak anak anda? Tiada ibu bapa yang suka mengatakan tidak kepada anak-anak mereka. Tetapi mengatakan ya setiap masa mungkin akan mendatangkan masalah kerana anak anda akan mula meminta dengan lebih banyak!

Apa yang saya mahu, saya akan dapat: Kajian telah menunjukkan bahawa daripada 41 peratus ibu merasakan anak mereka cerewet makan, hampir satu dari setiap tiga ibu-ibu tersebut akan mengalah kepada anak mereka dan membiarkan mereka makan apa yang mereka kehendaki. Jadi, sama ada mereka mula merengek, keras kepala atau bijak berunding, anak anda sememangnya tahu cara terbaik dalam mendapatkan apa yang diinginnya (atau mengelakkan diri mereka melakukan sesuatu yang tidak dikehendakinya)!

Penyelesaian PediaMom anda: Ingat: Anda adalah bos. Anda boleh menjadi fleksibel ketika waktu makan tetapi terdapa sesetengah keadaan yang tidak boleh dibawa berunding. Oleh itu, anda perlu menjadi tegas dan yakin yang anda lakukan perkara ini untuk kebaikan dirinya. Pokok pangkalnya, anda adalah ibu dan ibu selalunya betul. Dia mungkin akan menangis sekuat hati

dan ia adalah keadaan yang sukar (dan juga amat bising) pada mulanya, tapi

jangan sesekali menyerah kalah.