Tuesday, December 13, 2011

Hye semua,
Seperti tajuk diatas, kenapa anda nak kerja dengan kerajaan? kenapa eh?, apa jawapan anda?. Saban tahun pihak SPA menerima puluhan ribu permohonan untuk berkerja dengan kerajaan. Jika ditanya, kenapa anda nak kerja dengan kerajaan?, adakah sebab terjamin, senang nak buat pinjaman peribadi, rumah dan kereta, atau mungkin senang nk naik pangkat. Semua itu mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi anda untuk memilih berkerja dengan kerajaan.

Bila ditanya kenapa nak kerja dengan kerajaan, Adakah jawapan anda seperti ini?

” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya terjamin berbanding kerja swasta.” atau ” Saya minat kerja kerjaan ini sebab ayah saya juga kerja di sektor awam” atau ” Saya datang je temuduga kerja kerajaan ini, manatahu ada rezeki” atau ”Banyak kelebihan jika saya dapat kerja kerajaan ini. Cuti banyak!” atau ” Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja swasta tak dapat, ni saya cuba la pula di sektor awam”

Bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh calon apabila ditanya soalan cepuemas ini. Adakah salah jawapan-jawapan ini? TIDAK, ianya adalah OK, tapi kurang tepat atau kurang sesuai. Mahukah anda tahu jawapan yang sesuai bagi soalan yang ditanyakan ini?
Contoh – contoh jawapan yang disyorkan adalah seperti berikut:
”Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:”
1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti untuk negara.

3. Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.

4. Saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata ”kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini.

6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan – kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepada saya untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.

Bagaimana dengan jawapan – jawapan yang saya syorkan tersebut? Anda bersetuju? Jika
anda mahu tahu, itulah jawapan yang lebih sesuai berbanding jawapan ringkas yang diberikan sebelum ini. (sumber dari sini)

Haa, itu pasal jawapan yang mungkin anda boleh gunakan jika ditanya oleh penemuduga dalam temuduga nanti. Jom kita cakap pasal kebaikan atau kelebihan berkerja dengan kerajaan pula. Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan sebagai seorang penjawat awam ada disenaraikan di bawah..

1. Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari  iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

2.Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain – lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6.Elaun perumahan
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

7. Cuti bersalin
Usah risau lagi  jika anda perlu mengambil cuti bersalin selama 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Ya! itulah kelebihan – kelebihan bekerja di sektor awam. Maka tidak hairanlah ramai berebut – berebut untuk memohonnya.

Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini? Bukan mudah untuk memasuki sektor awam ini jika anda tidak tahu selok belok melepasi temuduganya.
Oleh itu, selamat berjaya kepada yang akan menghadiri temuduga, anda perlu yakin pada diri anda, ingat, anda perlu ikhlas dalam menjawab apa jua soalan. Sekian dulu dari saya. (sumber asal dari sini)

6 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sgt mbntu, terima kasih =)

kimiyuyun said...

Terima kasih. Sangat membantu :)

Anonymous said...

terima kasih-amat membantu

misyi rana said...

terima kasih dgn jwpn yg diberikan...amat membantu utk inteview sy esok...:D

misyi rana said...

terima kasih...sangat2 membantu...:D

asmida said...

terima kasih... wish me luck dear

Nota Penting !

Peringatan kepada semua pembaca !

Pihak admin blog ini tidak mempunyai sebarang ikatan untuk memberikan jawatan kerja kepada pihak pembaca dan tidak bertanggungjawab di atas segala kesulitan yang bakal timbul.

Pihak admin blog ini hanya berkongsi iklan jawatan kosong kepada semua pembaca untuk memudahkan pihak pembaca dan pencari kerja untuk mendapatkan informasi terkini dan terbaru mengenai sebarang jawatan kosong.

Justeru itu, pihak admin blog ini juga tidak bertanggungjawab jika terdapat kesilapan diatas segala iklan jawatan kosong yang diiklankan.

Jadi, Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan jawatan kosong yang diiklankan, sila hubungi pihak yang menawarkan jawatan kosong tersebut. Kebanyakan iklan jawatan kosong yang dipaparkan di laman blog ini di salin dari portal informasikerjaya dan portal Jobs Malaysia Iskandar Malaysia.

Pihak admin blog juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca kerana terus menyokong blog ini. Sekian, Terima Kasih.