Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia. Keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus bagi memenuhi jawatan berikut:
i) PEMANDU KENDERAAN GRED R3
ii) PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
iii) PENGHANTAR NOTIS GRED N3
iv) PEKERJA AWAM KHAS GRED R3
v) PENGAWAS HUTAN GRED G11
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang SPA.1 Pin.7/91 yang boleh didapati di Laman Informasi, Tingkat G, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban.
Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:
Y.B. Setiausaha Kerajaan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan,
Negeri Sembilan Darul Khusus,
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri,
70503 Seremban.
(u.p. : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tarikh tutup permohonan ialah pada 07 SEPTEMBER 2012 (sebelum jam 5.30 petang).