Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), kekosongan jawatan adalah seperti berikut:
1. Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO' DOL SAID
78000 ALOR GAJAH
MELAKA
Tarikh tutup permohonan pada 14 September 2012