Saturday, September 22, 2012

PERMOHONAN DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF AMBILAN TAHUN 2013

Tags


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.

1. NAMA PROGRAM: Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF
2. MOD LATIHAN: Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
3. TEMPOH PENGAJIAN : 18 BULAN

4. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
Calon-calon hendaklah:
4.1 Warganegara Malaysia.

4.2 Sihat fizikal dan mental.

4.3 Berumur tidak melebihi 35 tahun  pada 1 Januari  2013 iaitu lahir pada atau selepas       
1 Januari 1978.

4.4 Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian  Islam  atau  
Pengajian  Bahasa  Arab  atau  al-Quran  atau bidang  yang  berkaitan yang setaraf 
dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam  (IPTA)  atau Institusi  Pengajian  
Tinggi  Swasta    (IPTS)    tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan 
Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat 

4.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan 
atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM. 

5. KEUTAMAAN
5.1 Calon yang memiliki  Ijazah Sarjana  Muda dengan  PNGK 2.75  ke atas.
5.2 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
5.3 Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
5.4 Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5.5 Calon  yang bersedia  dilatih di  mana-mana  kampus  IPG, KPM dan  bersedia 
ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara. 

6. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
6.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda 
dengan Pendidikan, Diploma  dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma  Perguruan atau Sijil Perguruan.

6.2 Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk 
yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus 
Dalam Cuti (KDC)  atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan 
Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.3 Calon yang diisytihar bankrap.

6.4 Calon yang  dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan  tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.

6.5 Calon yang pernah  mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam 
peperiksaan dan ditamatkan daripada program.

6.6 Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah 
atau jenayah.

7. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan 
Berasaskan Sekolah (LPBS)
7.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(i) Bahasa Arab
(ii) Pendidikan Islam
(iii) Pendidikan Khas j-QAF

8. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
8.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman 
sesawang  Kementerian  Pelajaran  Malaysia di alamat :   http://www.moe.gov.my  mulai 26 September 2012 (Rabu) jam 9.00 pagi.

8.2 Permohonan  dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan  Nombor Pengenalan  Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai   
26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja)  melalui saluran kaunter,  mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem  Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, 
Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah 
bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

8.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi 
mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

8.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

8.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran  dalam borang e-permohonan. Borang  tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila  masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.  Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

8.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan 
ditolak.

9. TARIKH TUTUP PERMOHONAN  : 3 OKTOBER 2012 (RABU),  JAM : 11.59 MALAM

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03-88841260/1230/1249/1253/1259/1280

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No Telefon : 088-236804

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93259 Kuching, Sarawak.
No Telefon : 082-258045