Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pembantu Tadbir, N17 di Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN). Berikut adalah kriteria pemilihan jawatan :
1. Berumur 18 hingga 25.
2. Memiliki kelulusan minima Sijil Pelajaran Malaysia.
3. Memiliki Sijil Memandu
4. Berkebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
5. Berkebolehan dalam Aplikasi Komputer adalah diutamakan.
Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara emel info@inspin.gov.my
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek akan dijemput ke sesi temuduga yang akan dimaklumkan kelak.
Sekiranya permohonan tidak dijawab dalam masa 3 (tiga) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup : 31 Januari 2013
Taraf Jawatan : Sementara