Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong seperti berikut :
1. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
2. TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
3. SETIAUSAHA PEJABAT
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
5. PEMBANTU TADBIR(PERKERANIAN/OPERASI)
1) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang www.mosti.gov.my
2) Borang yang lengkap hendaklah sampai ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada 24 Januari 2013 dengan menyatakan nama jawatan pada atas sebelah kiri sampul surat tersebut.
3) Salinan sijil-sijil hendaklah diperakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
ALAMAT PERMOHONAN
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Bahagian Angkasa, Laut dan Atmosfera
Aras 2, Blok C4, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 Putrajaya
(u.p.: En. Mohd Yusri Bin Yusoff /Pn. Siti Asmah Binti Yunus)
Tel:03-8885 8810/8244 Faks:03-88902197
Email: yusri@mosti.gov.my
sitiasmah@mosti.gov.my