Sunday, March 31, 2013

Jawatan Kosong Di ASWARA april 2013

Tags


ASWARA memerlukan kumpulan baru yang terdiri daripada individu yang dinamik, kreatif, inovatif, bermotivasi tinggi untuk bekerja dengan semangat berpasukan dan meminati serta menghargai bidang seni budaya dan warisan bagi merealisasikan misi dan visi penubuhan ASWARA.
Warganegara Malaysia yang mempunyai tahap keyakinan serta berintegriti tinggi, bersedia menghadapi cabaran untuk menyertai dunia pendidikan seni budaya dan warisan adalah dialu-alukan untuk mengisi jawatan berikut:-

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
2. Penolong Pegawai Tadbir
3. Juruteknik Komputer

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu www.aswara.edu.my

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 5 APRIL 2013.

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel: 03-2697 1777 / 5258 / 1149