Friday, March 22, 2013

Pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik 2013

Tags


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan sebaga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41. Bagi yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu untuk mendaftar kembali, namun pastikan permohonan anda masih lagi dalam tempoh sah laku.

Tarik tutup permohonan 28 Mac 2013

Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Tugas)
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional    
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam    

Gaji Minimun

RM2,252.80
RM2,361.29
RM2,474.51

Gaji Maksimum

RM5,556.62
RM5,877.24
RM6,209.12

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM225.00

Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan P1 : RM2,252.80 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan P1 : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan P1 : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan; dan
  • kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Perhatian:    
    • Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre' di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre' itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.    
    • Deskripsi Tugas:    
      • Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
      • Sumber :  http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1609