Thursday, May 16, 2013

Jawatan Kosong Di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Mei 2013

Tags


Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara bagi jawatan-Pegawai Penyelidik Gred Q41.

1. Jawatan : Pegawai Penyelidik Gred Q41 (2 Kekosongan)

- 1 kekosongan di Pusat Benih Beseri, Perlis
- 1 kekosongan di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Ibu Pejabat LKTN, Kelantan

Taraf Jawatan : KONTRAK

Jadual Gaji : GAJI P1 2,145.88 - 6,871.56

Syarat-Syarat Lantikan :

- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

- Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan Gred Q41 : P1- RM2,145.88 ] atau;

- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan Gred Q41 : P1- RM2,249.66 ] atau;

- Ijazah Sarjana dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan Gred Q41 : P1- RM2,664.78 ] dan;

- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-Syarat Tambahan :

Bagi jawatan yang ditawarkan di Pusat Benih Beseri, Perlis.

i. Keutamaan kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Sains Pertanian, Bioteknologi dan Biokimia.

ii. Mempunyai pengalaman kerja sebagai pegawai penyelidik dalam plant breeding dan seed technology atau berkaitan.

iii. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya 6C dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

iv. Mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana muda (tertakluk kepada budibicara Jawatankuasa Pemilih)

Fungsi Bidang Tugas 

i. Mengurus dan menyelaras operasi Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf :

- Merancang dan menguruskan aktiviti pemprosesan dan pengeluaranbenih kenaf di pusat pemprosesan

- Menyediakan dan membentangkan kertas cadangan penyelidikan

ii. Merancang dan melaksanakan aktiviti penyelidikan biji benih kenaf.

- Merancang dan melaksanakan penyelidikan pembiakbakaan dan pembangunan benih kenaf bersama dengan agensi penyelidikan berkaitan seperti MARDI dan UPM

- Merancang aktiviti serta bajet projek penyelidikan

- Menilai penentuan hasil penyelidikan bagi tujuan pembangunan

iii. Mengurus dan menyelaras aktiviti dan rekod-rekod berkaitan dengan 
pengurusan makmal R&D

- Menentukan peralatan dan kemudahan makmal yang sesuai untuk 
tujuan penyelidikan

iv. Menyelia kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan oleh kakitangan bawahan

v. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

Bagi jawatan yang ditawarkan di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Ibu Pejabat LKTN Kelantan.

i. Keutamaan kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Sains
Pertanian, Bioteknologi dan Biokimia.

ii. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebagai pegawai penyelidik dalam agronomy atau berkaitan.

iii. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya 6C dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

iv. Mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana muda (tertakluk kepada budibicara Jawatankuasa Pemilih)

Fungsi Bidang Tugas 

i. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan aktiviti penyelidikan :

• Merancang dan melaksanakan aktiviti penyelidikan berkaitan 
pembangunan tanaman kenaf bersama dengan agensi penyelidikan
berkaitan

- Merancang aktiviti serta bajet projek penyelidikan

• Menyediakan dan membentangkan kertas cadangan penyelidikan

• Menilai penentuan hasil penyelidikan bagi tujuan pembangunan

• Menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki pengeluaran hasil 
tanaman.

ii. Mengurus dan menyelaras aktiviti dan rekod-rekod berkaitan dengan 
pengurusan makmal R&D

• Menentukan peralatan dan kemudahan yang sesuia bagi menjalankan 
penyelidikan

Syarat-Syarat Umum :

Pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat 
Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan 
yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Kemudahan Dan Lain-Lain Elaun :

i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00

ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM250.00 

iii) Bantuan Sara Hidup : Tertakluk kepada penempatan
pegawai

iv) Bayaran Intensif Perkhidmatan Kritikal : 5% dari gaji pokok

i) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan dengan mengisi Borang LKTN Perj. 2 (Pin.1/2011). Borang permohonan boleh diperolehi menerusi mana-mana cara berikut ; 

a) Dari Ibu Pejabat Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara, Jalan Sultan Yahya Petra, 16150 Kubang Kerian, Kota Bharu. Kelantan ; atau

b) Memuatturun dari laman web kami di www.lktn.gov.my.

ii) Borang permohonan LKTN Perj. 2 (Pin. 1/2011) yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan sijil-sijil akademik, resume, hasil penyelidikan/laporan/sumbangan dan sebagainya. 

iii) Tulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas kiri sampul surat dan satu sampul surat (9 X 4) beralamat sendiri beserta stem.

v) Alamatkan borang permohonan kepada: 

Ketua Pengarah 
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara
Peti Surat 198
15720 Kota Bharu
Kelantan

v) Tarikh iklan tutup : 21 Mei 2013 (Selasa)

vi) Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil/dokumen asal beserta salinan-salinan fotostat sekiranya dipanggil menghadiri temuduga. 

vii) Pegawai kerajaan yang dipilih untuk menghadiri temuduga hendaklah membawa bersama dokumen-dokumen berikut:

a) Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini 

b) Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Bagi Tiga (3) Tahun Terakhir 

viii) Sekiranya pemohon tidak dipanggil untuk menghadiri temuduga dalam tempoh tiga bulan dari tarikh iklan ditutup, permohonan adalah tidak berjaya.