Monday, May 27, 2013

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Jun 2013

Tags


Pemohon-pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut bagi kursus kokurikulum yang disenaraikan seperti berikut:

1. Pensyarah Sambilan
2. Jurulatih Sambilan 
3. Demonstrator Sambilan

Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi dalam 2 (dua) salinan berserta:

i. Resume/Curriculum Vitae (CV) yang terkini.

ii. 2 (dua) gambar berukuran Pasport.

iii. Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

- Salinan Sijil yang berkaitan/Diploma / Ijazah
- Salinan Transkrip
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Kelahiran

Pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai-pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Pemohonan yang tidak mengikut prosedur tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada:

PENOLONG PENDAFTAR
PUSAT KOKURIKULUM & PEMAJUAN PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
ARAS 2, DEWAN CANSELOR
JALAN UMS, 88400 KOTA KINABALU, SABAH
NO TEL: 088-320000 (EXT: 4106/4108)
NO FAKS: 088-320885

Tarikh tutup permohonan 23 Jun 2013