Thursday, November 14, 2013

A to Z : Puluhan Ribu Ringgit Dengan Blog dan Nuffnang

Tags

Seperti anda semua tahu, mungkin juga ada yang belum tahu, Nuffnang merupakan satu syarikat Pengiklanan dalam internet. Jadi kepada sesiapa yang mempunyai blog, anda boleh mendaftarkan blog anda di Nuffnang dan sekurang-kurangkan anda akan mendapat secebis rezeki hasil daripada penulisan anda di blog.

Berbalik kepada cerita Nuffnang, sudah agak lama saya mempunyai blog dan mendaftarkan nya di Nuffnang, namun hasilnya adalah tidak seberapa. Sepadanlah dengan usaha saya menulis blog yang hanya mungkin 2,3 entri seminggu.

Namun bagi blogger tegar diluar sana, tersangat ramai daripada mereka sudah merasai pendapatan sampingan daripada blog ini. Nilainya bukan lah kecil, ada diantara daripada mereka sudah menjangkau pendapatan belasan malahan ribuan ribu ringgit Malaysia. Bagi blogger tegar seperti redmummy, tidak hairan lah beliau mendapat pendapatan yang sangat hebat daripada blog kerana beliau sangat aktif meng'update' blog. 

Berbeza dengan blog saya yang hanya mempunyai UV 100-300 je sehari, tidak hairan lah pendapatan blog saya sangat kerdil jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai ribuan UV sehari. Jadi dipendekkan cerita, mari kita tengok apa yang anda perlu tahu tentang blog, Nuffnang dan duit ini.


Apakah Nuffnang?
Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan Internet di Malaysia.Nuffnang menawarkan perkhimatan menyewa tempat iklan di blog-blog kita(Kita ini dinamakan publisher).Nuffnang akan meletakkan iklan mereka di blog kita dan kita akan mendapat duit sekiranya visitor blog kita klik pada iklan berkenaan.(penjelasan mudah)

Adakah Kena Bayar Untuk Join Nuffnang?
Tidak,anda tidak perlu membayar apa-apa pun untuk menyertai Nuffnang ini.Ini kerana mereka menggunakan khidmat kita untuk mempromosikan iklan mereka, jadi mereka harus berikan duit kepada kita bukannya kita yang bagi duit kepada mereka. Boleh dikatakan kita ini adalah promoter bagi syarikat Nuffnang. Kerja yang perlu kita buat adalah mempromosi iklan Nuffnang di blog kita.

Adakah Nuffnang Memerlukan Akaun Bank Untuk Mendaftar?
Tidak. Ini kerana setelah duit simpanan anda mencukupi RM50,Nuffnang akan menghantar cek ke rumah anda. Selepas menerima cek berkenaan bolehlah anda masukkan duit berkenaan ke akaun bank anda sendiri.

Macam Mana Nak Dapatkan Duit Dari Nuffnang?
Terdapat 3 jenis pengiklanan yang disediakan oleh Nuffnang iaitu Campaign (CPC), Buffered Earnings dan Advertorials .

CPC (Cost per click)
  • Earning anda adalah berdasarkan click visitor anda kepada iklan anda… Iklan nie selalu ade pukul 12 tengah malam dan 12 tengahari… Pukul 4-6 petang pon ade jugak…
CPM (Buffered earnings)
  • Earning ini adalah bagi blogger yang mempunyai unique visitor yang maintain 200+ sehari… Earning ini dimana advertiser akan berurusan dengan pihak Nuffnang untuk menyewa tapak di blog anda dengan mengikut bilangan unique visitor anda…
  • "Katakan Celcom tertarik dengan blog anda dan ingin menyewa untuk 200 UV sehari selama seminggu… Jadi tiap -tiap hari bermula pukul 12 tengah malam iklan nie akan muncul di blog anda dan akan hilang apabila UV anda mencecah 200 UV pada hari tersebut…
  • Iklan ini selalu berlangsung selama 1 minggu…
  • Jika ada visitor yang mengclick iklan ini anda juga akan mendapat earnings untuk CPC bagi iklan ini secara automatik… Ianya akan dikira sekiranya iklan yang diklik melebihi 0.2% daripada nilai keseluruhan BE anda…
  • Jika tidak earning untuk CPC tersebut akan burn…
Advertorials
  • Ini merupakan earnings yang sangat advance di dalam Nuffnang… Earning ini merupakan sesuatu yang confidential dimana mereka yang mendapat earning ini tidak boleh mereveal nilai earnings mereka…
  • Format earnings ini pula adalah di mana jika ada Advertiser yang tertarik dengan blog anda dan anda mempunyai bilangan UV yang tinggi maka mereka akan beriklan dengan anda…
  • Caranya ialah anda dikehendaki menulis 1 post berkenaan produk terbaru mereka ataupon berkenaan website mereka…
  • Earnings ini paling masyuk sebab nilainya boleh menjadi beratus-ratus satu post dan mungkin menjadi beribu-ribu satu post…
  • Untuk medapat iklan ini anda perlulah mempunyai UV yang sangat tinggi dalam masa sehari dan mempunyi content blog yang menarik…
  • Contoh iklan advertorials ini anda boleh tengok post berkenaan Jipaban di blog Beautifulnara dan Hanis Zalikha nie…  [Sumber:Jenis-Jenis Pengiklanan Di Nuffnang oleh Blur]
Apakah Buffered Earnings Dan Metered Earnings
Buffered Earnings biasanya anda akan dapat sekiranya visitor anda melebih 100 uv-200 uv sehari.Pihak pengiklanan akan memberi ruang iklan di blog anda menerusi Nuffnang dan iklan berkenaan akan sentiasa terpapar di blog anda sehinggalah habis page impression yang diberikan oleh pihak pengiklanan.
Contohnya,Celcom memberikan ruang iklan anda dengan harga RM50 untuk 10000 page impression, jadi anda akan dapat RM 50 setelah page impression blog anda melepasi 10000.Bagi memudahkan anda dapat duit hari-hari,jadi pihak nuffnang akan membahagikan page impression dengan jumlah harga iklan itu supaya akaun anda akan mendapat duit setiap hari. Iklan Celcom itu akan bertukar menjadi Metered Earnings setelah blog anda melepasi page impression yang dibeli oleh pihak Celcom.

Cara Mendapat Buffered Earnings
Untuk mendapat Buffered Earnings, blog anda perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Nuffnang. Saya pun tidak berapa tahu syarat-syarat untuk mendapatkan Buffered Earnings ini dengan tepat tetapi blog anda mesti mendapat visitor sekurang-kurangnya 100-200 uv sehari.
Selain itu, anda kena mengemaskini biadota dan survey mengenai blog anda di akaun Nuffnang anda. Pastikan anda mengambil sedikit masa untuk mengemaskini akaun anda.Ini kerana, pihak pengikanan akan melihat biodata dan survey yang anda buat sebelum memilih untuk beriklan di blog anda.
  • Mesti mempunyai visitor sekurang-kurangnya 100 uv sehari
  • Mesti mengisi dan mengemaskini biodata diri di Nuffnang(ada dibahagian Blogger Bio)
  • Mesti update blog survey di Nuffnang(ada di bahagian Manage Blog)
  • Sekiranya masih tak dapat BE,try lah hantarkan email ke Nuffnang

"Kegunaan Menu-Menu Yang Terdapat Di Nuffnang"
Getting Started
Ini merupakan menu baru yang disediakan oleh Nuffnang. Menu ini memberikan tunjuk ajar kepada blogger yang baru mendaftar dengan Nuffnang.
  1. Complete the blogger bio
    Please take a few minutes to complete the Blogger Bio, and tell us a little about yourself. This will help us know you better, and allow us to recommend you for sponsored posts.
  2. Add your blog(s) to the Blog Manager
    After you have completed your blogger profile, register your blog(s) on the Nuffnang network using the Blog Manager. Once you have added your blog to the Blog Manager, you will be prompted to fill in a survey for that blog. This survey is very important as it allows us to target ads for your blog.
  3. Add Nuffnang ad units to your blog
    Click on the “Add Ads” icon on your dashboard. Here you will find the codes to add ad units to your blog.

Analytics
Menu ini memberikan kemudahan kepada anda untuk membuat analisis mengenai pelawat yang melawat blog anda.

Earnings
Anda boleh melihat jumlah earnings/pendapatan anda di sini. Disini semua maklumat mengenai Buffered Earnings,Metered Earnings dan Campaign. Disini juga anda boleh nak cashout earnings anda.

Add Ads
Add ads ini adalah tempat untuk anda dapatkan kod untuk diletakkan di blog anda.Terdapat tiga jenis iklan iaitu :-
  1. Leaderboard

  2. Skyscraper

  3. Large Rectangle

Blog Manager
Anda boleh tambah dan buang blog anda menggunakan menu Blog Manager. Disini juga anda boleh update blog survey.[rujuk diatas]

Blogger Bio
Update biodata anda[rujuk diatas]

Cara Nak Letakkan Kod Iklan Di Blogspot
Baiklah,sekarang saya akan tunjukkan cara-cara untuk letakkan kod iklan di blogspot anda
  1. Log in Dashboard Blog Anda
  2. Pergi ke “Page Element”
  3. Klik “”Add a Gadget” dan pilih “Html/Javascript”
  4. Log in ke akaun Nuffnang dan pergi ke menu “Add Ads”
  5. Copy kod yang diberikan dan paste di widget “html/Javascript”
  6. Save
Rasanya itu sahaja yang anda perlu tahu pasal Nuffnang ini. Agak-gak dah lengkap ke info yang saya berikan kat atas tu?Kalau tak lengkap anda tolonglah tambah ye. Nanti saya letakkan dalam post ini supaya blogger-blogger baru boleh belajar dari A to Z tentang Nuffnang.
( Tips ini diambil dari blog http://amirbat46.blogspot.com/ dan di ubah sedikit-sedikit)

Sekarang anda sudah memahami apa itu Nuffnang dan cara-cara memasang iklan Nuffnang. Namun jangan terlalu gembira dengan harapan setinggi gunung, sesungguhnya bukan senang nak jadi senang, usaha amat penting memandangkan Nuffnang sangat mementingkan traffic UV ke blog anda.

Disini juga saya kongsikan antara sebab-sebab anda tidak dapat membuat duit dengan Nuffnang. Disini terdapat 7 sebab anda gagal membuat duit dengan Nuffnang yang saya ambil dari blog http://ahmadfaizal.com

1. Tak cukup trafik. Ya. Dalam bab buat duit dengan nuffnang ni, korang kena ada trafik yang cukup. Maksud cukup itu adalah tidak terbatas. Mesti banyak atau trafik yang mencurah-curah bab air hujan. Kalau sampai banjir pun tak apa. Tanpa trafik, tak ada pelawat. Tanpa pelawat, siapa nak klik iklan nuffnang kat blog korang tu, kan? Jadi, mesti ada trafik dan kalau boleh, mesti ada banyak trafik.

2. Trafik yang kurang berkualiti. Maksudnya, biarpun korang ada trafik, tapi tak ada pun seorang yang berminat nak klik pada iklan Nuffnang korang tu. Jadi, benda ni memang diluar bidang kita. Aku sendiri tak boleh nak paksa pelawat aku klik iklan Nuffnang aku. Itu kena dari hati nurani para pelawat sendiri. Ada rezeki kita, adalah orang yang baik hati akan klik.

3. Tak cukup promosi. Tanpa promosi, trafik takkan ada dengan sendirinya. Setiap perkara kat dunia ni, ada sebabnya. Begitu juga dengan trafik. Kita kena buat promosi, baru trafik datang, baru ada pelawat terhegeh-hegeh masuk dan baca blog kita. Kalau tak, jangan mimpi nak dapat cek dari nuffnang.

4. Masih akaun ordinary. Maksudnya, akan korang masih biasa-biasa aje. Bukan aku kata akaun ordinari tak boleh dapat dapat banyak income, cuma agak lambat. Nilai 1 klik untuk akaun ordinari cumalah RM0.15-RM0.20 aje. Berapa banyak klik korang kena kumpul untuk capai RM50? Cuba buat kira-kira sikit. Paling sikit pun, kena ada 334 klik, barulah cecah RM50. Banyak tu, mana nak dapat?

5. Tak dapat kempen buffer earning. Merujuk pada point ke 4 tadi, jika akaun korang masih ordinari, jangan mimpilah nak dapat kempen buffer earning dengan mudah. Beratus atau beribu blogger berstatus glitterati, jadi agaknya ada ker advertiser nak guna blog korang untuk paparkan kempen diorang? Kalau ada, blog korang memang champion. Susah nak dapat tu.

6. Tak dapat-dapat advertorial. Merujuk pada point ke 4 dan 5. Tanpa akaun glitterati, memang mustahil untuk korang dapat job ini. Tugasan ini cuma untuk akaun special aje. Akaun biasa-biasa ni, diorang tak pandang langsung korang.

7. Tentang cara baru untuk buat duit dengan nuffnang iaitu melalui CPA(Cost per action), ini lagilah susah dan aku malas nak cerita sangat bab ni sebab aku pun tak berapa faham. Dan ini pun aku rasa korang susah nak dapat income bagus dari Nuffnang.

Jadi, masih berminat dengan Nuffnang? Sila perbaiki apa yang aku katakan dalam point-point diatas. Jika korang mampu ubah apa yang aku cakap, tak mustahil income Nuffnang korang naik mencanak-canak.

sekian, terima kasih.

3 comments

Jalan-jalan ke blog ini...1st time singgah..nice blog...


p/s : jika ada yg ingin menyertai program singgah blog.. jom ke
http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/singgah-blog.html

fuh. cukup menarik. baru paham macam mana nk dapat cpuv. 100-200 uv. jumlah agak besar tu

thank you for sharing. info yang sangat berguna dan bermanfaat.