Friday, November 15, 2013

Cara Mudah Memulakan Bisnes Online

Tags

Ramai diantara kita sudah tahu tentang bisnes online atau pun perniagaan atas talian. Kepada yang belum memahami tentang perniagaan atas talian ini, saya akan terangkan. Perniagaan diatas talian merupakan perniagaan yang tidak memerlukan kedai. Anda hanya menggunakan medium laman sosial untuk memaparkan produk anda dan seterusnya membuat pemasaran.

Sedikit pemerhatian saya berkaitan trend bisnes online ini, ramai rakyat malaysia yang memulakan bisnes online sangat-sangat mengharapkan produk yang dijual laris dipasaran. Disini saya kongsikan kata-kata kawan saya yang sangat hebat dalam bidang bisnes, walaupun beliau tidak menjalankan bisnes online, tetapi marketing yang hebat dilaksanakan secara online. Kawan yang saya maksudkan adalah Encik Helmi, ceo kepada syarikat XeemX Sdn Bhd yang bertapak di sabah. 

Kata-katanya sangat senang " Jangan fikir hari ini buka bisnes, esok boleh untung sejuta"... anda fahamkan kata-kata ini.. ia akan membantu anda memahami konsep bisnes online mahupun offline.


Juga disini saya selitkan sedikit tips daripada saya walaupun saya bukan lah seorang bisnesman online yang hebat.


1. Pilih Produk.. pemilihan produk ini bermaksud kesesuaian produk yang anda ingin jual. Produk yang baik adalah produk yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Sebaik baiknya adalah produk yang digunakan setiap hari oleh pelanggan. Contohnya anda ingin menjual tudung. Kuasa membeli adalah wanita wanita berkerjaya ataupun suri rumah yang mempunyai kuasa wang. Memandangkan sudah banyak tudung yang dijual secara offline di pasar pasar malam ataupun supermarket, namun trend membeli secara online menjadi pilihan pada masa sekarang. Ramai wanita lebih berminat untuk melihat koleksi koleksi tudung didalam katalog online semasa waktu rehat atau pun masa terluang mereka. Jadi pastikan bahawa produk anda mempunyai daya penarik yang tinggi. Elakkan menjual barang barang yang tidak akan mendapat sambutan. Contohnya anda ingin menjual gula secara online, dan sudah semestinya produk anda tidak akan mendapat sambutan.


2. Kurangkan modal.. Terdapat banyak bisnes online yang tidak memerlukan modal seperti dropship dah sebagainya. kurangkan modal disini bukan bermaksud anda tidak memerlukan modal langsung, maksudnya cuba cari produk atau bisnes yang memerlukan modal yang kecil untuk dilaksanakan.  contohnya seperti anda boleh mencuba untuk menjual air ditepi jalan, atau juga buah-buah potong. anda jangan fikir perniagaan ini tidak akan membuatkan anda kaya.. 


cuba anda bayangkan jika anda menjual air,  Harga bagi 1 plastik air = RM1, katakan anda berjaya menjual air sebanyak 200 plastik sehari..setakat 200 plastik tu apa lah sangat, kalau hari panas, 500 plastik pon boleh laku kalau lokasi anda sangat baik. jadi sehari anda berjaya mengumpul RM200..tolak modal perasa air, ais, straw, plastik sume RM50. jadi untung anda RM 150 sehari, hanya menjual air. sebulan 30 hari = RM4500.. katakan pula anda ada 5 cawangan kedai jual air ni.. anda kirakan sendiri berapa keuntungan anda. Mungkin angka yang dinyatakan kadang-kadang tidak releven jika lokasi perniagaan anda hambar dan tidak menjadi tumpuan orang ramai. Cuma jangan terlalu taksud mengejar keuntungan, fikir bahawa bisnes adalah salah satu cabang rezeki dan rezeki itu datangnya dari Allah SWT. pelanggan-pelanggan anda yang membeli produk anda hanyalah perantaraan untuk anda mendapatkan rezeki.


3. Elakkan membuat pinjaman..  ini sangat penting kepada anda. anda harus ingat, lebih baik mulakan perniagaan kecil kecilan daripada terus membina empayer perniagaan yang besar dan kemudian anda kecundang dengan modal yang besar. Contohnya anda membuat pinjaman bank 100,000 ... sudah semestinya anda mendapat kedai yang besar. namun dengan pengalaman dan ilmu perniagaan yang cetek, sudah semestinya tidak sampai 6 bulan anda akan kecundang dan terpaksa pula menanggung beban hutang. Jika perniagaan kecil kecilan anda maju, boleh lah pula dikembangkan dengan hasil keuntungan tadi.


4. Bersedia untuk gagal.. ini berkait rapat dengan perkara no.3 di atas. apabila anda memulakan perniagaan, anda adalah ceo dan penggerak dan penjana duit kepada bisnes anda. jadi jika produk anda tidak mendapat sambutan daripada pelanggan, sudah semestinya anda akan berada pada titik bahaya. ramai peniaga akan kecundang seawal sebulan memulakan perniagaan, ini kerana mungkin produk yang dijual tidak mempunyai sifat unik. contohnya terlalu ramai yang menjual produk yang sama secara online dan produk anda tidak mempunyai keunikan tersendiri atau mungkin produk yang dijual disesuai dijual secara online. Namun jangan takut untuk mencuba, jatuh bangun adalah perkara biasa dalam perniagaan.


5. Ambil gambar produk dengan cantik ..  ini sangat sesuai bagi sesiapa yang menjalankan bisnes menjual tudung, kain, pakaian dan seangkatan dengannya. Sila ambil gambar yang menarik. Kalau anda seorang penjual tudung atau baju kurung, dapatkan khidmat model (adik beradik ke, kawan ke) yang agak boleh tahan kecomelan atau kecantikkan nya. jangan ambil gambar guna patung, nampak kurang profesionalnya. Anda harus tahu bahawa pembeli wanita lebih bernafsu untuk membeli jika melihat barang-barang yang cantik dan kemas, ditambah pula dikenakan dengan model yang cantik molek, komfem terus beli. kenapa ? kerana ramai pembeli online membeli dengan menggunakan kuasa nafsu. bila melihat model memakai tudung atau pakaian tersebut, kelihatan sangat cantik, itu lah anggapan mereka apabila mereka memakai pakaian itu.


6. Bina blog. Setelah anda mendapatkan produk dan mengambil produk tersebut, anda perlu membina blog untuk produk tersebut. Kenapa perlu membina blog? Kerana ia adalah sangat penting supaya blog yang dibina akan muncul di enjin carian google. Sering kali pengguna di internet suka mencari sesuatu dengan membuat carian di google. Jadi, anda perlu ada blog supaya blog tersebut akan keluar di enjin carian google. Berbanding jika menggunakan facebook pula, carian di google sangat jarang memaparkan link facebook. Untuk membuat blog, tidaklah susah. Anda boleh mulakan dulu dengan membina blog di blogspot dan jika anda ada budget lebih, anda boleh membina blog yang berbayar.
Jika anda tidak mahir dalam pembikinan blog, anda boleh upah orang lain untuk buatkan. Anda perlu mengeluarkan sedikit modal untuk pembinaan blog supaya blog anda Nampak lebih menarik dan cantik. Ini adalah penting kerana kita perlu menarik minat pengunjung yang melawat ke blog tersebut. Jika blog tersebut suram dan serabut, mood pelawat kita akan menurun dan kemungkinan besar mereka akan terus keluar dari blog anda. Sama juga jika kita pergi ke kedai. Jika kedai tersebut menarik, sudah tentu kita akan berasa seronok untuk membeli dan akan lama dalam kedai tersebut. Manakala jika kedai tersebut suram dan bersepah, agak-agaknya kita akan duduk lama tak dalam kedai tersebut? ;)
fb
7. Buka akaun facebook. Anda perlu membina satu fanpage khas untuk menjual produk tersebut. Anda tidak boleh menjual di personal profile anda kerana kemungkinan besar akaun anda akan ditutup serta merta oleh facebook. Ini kerana facebook mempunyai terma dan syarat dimana anda hanya boleh menjual menggunakan fanpage sahaja dan bukan personal profile anda.
Kenapa anda perlu membina facebook sedangkan anda sudah membina blog untuk menjual? Dengan adanya blog, kemungkinan besar blog anda akan dapat dilihat di enjin carian kerana rata-rata pengguna internet akan menggunakan google untuk mendapatkan maklumat mengenai apa sahaja. Facebook pula, jika kita sudah ada fanpage menjual tudung sebagai contoh, maka kebarangkalian LIKE yang kita dapat di fanpage tersebut adalah mereka yang berminat dengan tudung. Jadinya anda sudah anda pembeli yang targeted untuk tudung yang anda jual di facebook.
Jika digabungkan kedua-dua cara ini, produk anda akan laku dengan pantas. Pastikan anda letakkan badge facebook anda di dalam blog dan jangan lupa juga meletakkan link blog anda didalam fanpage anda.
8. Promosi. Yang ini adalah perkara paling penting dalam perniagaan online. Bagus mana pun produk anda, secantik dan sehebat mana pun produk tersebut, jika salah cara promosinya, produk anda tidak akan terjual. Di online, kita perlu iklankan supaya orang tahu akan kewujudan blog dan facebook yang kita bina tadi. Lain jika anda mempunyai kedai yang nyata. Orang yang lalu lalang di kawasan sekitar, dapat melihat kedai anda. Jika di online, orang tak kan tahu jika kita tidak membuat promosi. Untuk membuat pengiklanan, ada cara yang berbayar dan percuma. Untuk pengiklanan percuma, anda boleh letakkan di laman web pengiklanan percuma seperti Mudah.my dan lain-lain. Untuk pengiklanan berbayar, anda boleh gunakan pengiklanan di facebook, pengiklanan di google dan menyewa slot iklan dimana-mana blog atau forum.
( Perkara no 6-8 diambil dari http://www.irfankhairi.com) 

9. Buat peraduan.. Untuk memajukan lagi page facebook anda ataupun blog anda, apa salahnya anda menganjurkan peraduan untuk menarik ramai pelanggan untuk masuk ke blog anda. Secara tidak langsung blog produk anda akan lebih dikenali dan meningkatkan kuasa membeli produk anda. Sediakan hadiah yang tidak terlalu mahal, boleh juga menggunakan produk anda sebagai hadiah.

10. Jangan Kedekut.. perkara ini biasa terjadi, namun tidak semua manusia mempunyai sifat kedekut atau berkira. Contohnya, dikatakan lah perniagaan anda semakin maju dan mungkin anda mendapat keuntungan hampir RM10,000 sebulan atau lebih, jangan kedekut untuk mendermakan sedikit rezeki yang kita dapat kepada insan insan yang memerlukan. Percaya bahawa anda memudahkan urusan seseorang, maka Allah SWT akan memudahkan urusan anda dan melipat gandakan rezeki anda. Anda tidak akan miskin jika anda mendermakan harta anda kejalan yang baik.

Itu sahaja perkongsian tentang cara mudah memulakan perniagaan online. di harap anda mendapat sedikit sebanyak info yang berguna. Kalau ada salah silap harap dimaafkan, saya bukan berkelulusan degree, master, mahupun PHD bisnes admin.

21 comments

Thankss sgt mmbantu. Tp sy masih buntu dengan jenis produk yg hndk dijual

Terima kasi atas panduan yang diberikan.. Bersemangat rasanya...

Tahniah... sy juga menjalankan bisnes online. Jemput ziarah blog saya www.kasihummi.com

saya baru first time visit blog nie.
alhamdullilah, dapat gak ilmu melalui bacaan kat entry ni.
kalau ade tips lagi, jangan lupa share lagi yew.
bab kata orang, sharing is caring.. hihihi~
btw thanks for the tips.. :)

Sgt menarik n amat berguna untuk mereka2 yg baru nak berjinak2 dlm perniagaan online ni...mcm sy..gud job ;-)

Sgt menarik n amat berguna untuk mereka2 yg baru nak berjinak2 dlm perniagaan online ni...mcm sy..gud job ;-)

penerangan yang jelas dan sangat membantu orang baru macam saya

Tips yang baik. Boleh membantu saya yang masih baru dlm bisnes online. Akhirnya saya jumpa cara terbaik utk sy kembangkan bisnes saya.

Terima kasih.

terima kasih...saya baru nak mula buat perniagaan online ni...terima kasih kerana memberi suntikan semngat kepada saya :-)

Berniaga ni untung belum tentu. RUgi sudah pasti... Kalau tak kental hati memang sangkut ditengah jalan..

Perkongsian yang sangat bermanfaat. tq

<a href="http://beautyfatimah.com/2015/03/03/kelebihan-mendaftar-menjadi-ahli-shaklee-bersama-upline-yang-betul/>Bisnes Online Tanpa Modal </a>

Terima kasih kerana berkongsi tips perniagaan. Walaupun sudah agak lama tetapi maklumat ini masih tetap relevan. Untuk memulakan perniagaan, menjual produk atau mempromosikan laman web, banyak maklumat disini: http://www.intiha.com/dokumentasi

Terima kasih atas entry yang cukup bermanfaat.Menambah semangat kepada yang baru nak belajar berniaga mcm saya.

Info yg supperb...sgt2 bagus..tq untuk entry yg sgt membantu..

Info yg supperb...sgt2 bagus..tq untuk entry yg sgt membantu..

4 Langkah Memulakan Bisnes

1. Kenalpasti produk dan servis terbaik
Senaraikan produk yang kita guna, pakai dan suka ceritakan
kepada kawan-kawan. Malahan tengok barang dalam rumah
kita dan itulah produk yang sesuai diperdagangkan.

2. Kenalpasti peluang dan cara menjadi ejen
Jadilah ejen kepada syarikat yang kenakan kos minima.
Katakan kalau produk terjual anda dapat komisyen dan tak
terjual anda tidak rugi apa-apa. Carilah introducer atau upline
yang boleh bagi bimbingan yang betul iaitu faham dengan
produk dan ajarkan cara niagakan produk dengan betul.

3. Hadiri latihan dan jumpa orang berjaya
Jangan hanya duduk dan tunggu orang datang mencari tetapi
keluarlah untuk perjumpaan dengan orang-orang yang berjaya
dalam syarikat tersebut serta koreklah rahsia-rahsia kejayaan
mereka. At least 6 bulan bak kata Kiyosaki untuk mengubah
mindset anda untuk menjadi businessman berjaya.

4. Kongsikan keseronokan menggunakan produk
War-warkan pada kenalan anda yang anda telah menjadi ejen
syarikat tersebut dan kongsikan kelebihan produk itu. Jangan
hanya menjual tetapi BANTU kenalan anda mendapatkan
produk tersebut iaitu sebagai SAHABAT dan bukan salesman
semata-mata.

bit.ly/senibisnesstartupmeletup

no 3 dan no 4 tu saya suka. ramai orang nak ambil jalan mudah suka buat pinjaman