Tuesday, April 26, 2016

Pemeriksaan Ujian Fizikal Bagi Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel Wanita PDRM 2016

Tags

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pemeriksaan ujian fizikal bagi eksesais pengambilan jawatan Konstabel Wanita di Semenanjung Malaysia mulai 15 Mei 2016 hingga 8 Jun 2016. Pemeriksaan ujian fizikal ini adalah bagi CALON-CALON YANG TELAH MENJALANI URUSAN DOKUMENTASI PADA 1 FEBRUARI 2016 HINGGA 8 MAC 2016 LALU SAHAJA. Semakan status boleh dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM di http://sso.rmp.gov.my mulai 22 April 2016.

Calon-calon perlu menyemak nama, nombor kad pengenalan, tarikh serta pusat pemeriksaan ujian fizikal dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berikut semasa menghadiri ujian fizikal:

1. Cetakan surat panggilan ujian fizikal yang boleh dimuat turun dari SSO PDRM;

2. Surat Sokongan daripada pegawai di jabatan masing-masing (untuk kakitangan kerajaan sahaja);

3. Salinan dokumen-dokumen yang belum diserahkan (untuk calon-calon yang tidak membawa dokumen pada peringkat dokumentasi).

Pemeriksaan Ujian Fizikal Bagi Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel Wanita PDRM 2016


Senarai tarikh dan pusat pemeriksaan ujian fizikal bagi setiap lokasi adalah seperti di Lampiran “A” yang mana juga boleh disemak melalui Portal Rasmi PDRM di pautan www.rmp.gov.my atau Facebook Rasmi PDRM di pautan www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.

Calon-calon dikehendaki membaca surat yang telah dicetak melalui SSO sebagai panduan dan persiapan sebelum menghadiri pemeriksaan ujian fizikal. Calon-calon yang gagal menghadiri pemeriksaan ujian fizikal pada tarikh yang ditetapkan adalah dianggap tidak berminat dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Unit Pengambilan PDRM melalui talian 03-2266 8347 / 8349 / 8350 / 8351.

Info jawatan selanjutnya disini