Sunday, August 7, 2016

Jawatan Kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia - 14 Ogos 2016

Tags

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermur 18 tahun keatas yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai :

1. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19 - 250 KEKOSONGAN
2. PEMERIKSA KERETA MOTOR AB19 - 24 KEKOSONGAN

Tarikh tutup permohonan 14 Ogos 2016
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu, ia juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus dan berkesan.