Amaran keras, ini adalah entri berbentuk tulisan sahaja, agak membosankan.
Hari ni 29/11/2011, genap 11 tahun abang tinggalkan kami. Memang setiap tahun mie akan ingat tarikh ni, tarikh abang pergi buat selama-lamanya. Mungkin pada orang lain, ini adalah tarikh biasa, tapi bagi keluarga kita, ini adalah tarikh kami kehilangan abang. Mie rindu sangat kat abang, rindu sangat-sangat.
Abang,
Sejak kecil, memang kita berkawan baik, yelah kan, sebab kita beza umur setahun je, adik yang lain beza umur 4 dan 10 tahun. memang kira rapat sejak kecil lg. Abang ingat tak, dulu kita selalu gaduh sebab berebutkan sesuatu. penah sekali ayah beli bola sebiji, tapi kita tak nak kongsi main, kita gaduh-gaduh, last2 ayah belah bola tu..bagi sebelah sebelah tuk kita... kalo mie ingatkan balik kisah tu, memang mie gelak sorang2..
Abang,
Abang ingat tak, masa umur kita 5,6 tahun, kita selalu duduk kat umah nenek. kita selalu tolong atuk bela lembu, bg makan kat lembu, sampai atuk nk jual lembu tu pon kita tak bagi. pagi2 lagi kita dah bawa lembu tu keluar ragut rumput, petang pegi amik lembu tu...memang banyak sangat kenangan dengan abang.
Abang,
Dulu kalau musim hujan, kita selalu mandi air hujan, kita mandi kat talir air, sampai satu hari, masa kita tengah mandi mandi kat dalam tali air tu masa hujan, atuk kejar kita dan sebab takut sangat, kita berlari bogel sebab tak sempat nak pakai seluar. entah dalam hutan mana kita menyorok masa tu. tapi last2 kita balik rumah, kita kena rotan dengan mak, tapi memang kita selalu pon kene rotan dengan mak sebab kita degil.
Abang,
kalau nak diceritakan, memang banyak sangat kenangan mie dengan abang, sejak dari kecil, sekolah rendah dan sehinggalah sekolah menengah, semua tu masih lagi mie ingat. tapi semua tu hanya tinggal kenangan sekarang, kenangan untuk mie kenang sorang sorang.
Abang,
Masa tu abang ikot kawan abang pergi kerja kat KL, mie baru lepas SPM masa tu. mie ingat lagi, abang balik kampong tuk menyambut awal ramadhan bersama keluarga kita, memang mak hepi sangat masa tu. kita dapat bersahur, berbuka bersama-sama. Mie ingat lagi, malam terakhir sebelum abang bertolak ke KL, masa mie tidur, abang masuk bilik, lepas tu abang usap2 kepala mie, dan itulah sentuhan kasih sayang terakhir yang abang berikan pada mie. malam besok tu abang bertolak ke KL, dan malam itu lah abang pergi buat selama-lamanya.
Abang,
malam tu, dalam pukol 1 pagi, mak kejut mie. pihak hospital telefon dan bercakap dengan ayah. masa tu mak dah tak keruan, bertanya ayah apa yang jadi, masa tu ayah senyap dan tak bagitau apa2 pada mak. Tapi ayah pon tak mampu nak menahan semua tu, bila dia bagitau mak abang dah xde lagi, mak terus terduduk dan menangis, air mata mie terus mengalir, mak bagaikan nak meraung, mie hanya mampu terduduk. mie dah kehilangan abang, kehilangan kawan baik mie sejak kecil lagi. Ayah telefon semua saudara kita, malam tu jugak ayah pergi tuntut jenazah abang kat hospital.
Abang,
mungkin ayah seorang yang tabah, dia dapat sembunyikan kesedihan dia, tapi bukan mak, mie tak sanggup melihat mak. mak bagaikan hilang arah, tak henti henti menangis. Pagi tu, akak terus balik umah kita, mie dan akak bacakan yasin tuk abang, sambil membaca, air mata mie terus mengalir, masa tu akak terus peluk mie, dan akak pon tak dapat menahan kesedihan tu. Besok tu, ramai kawan-kawan abang dapat melawat abang, semua bersedih dengan pemergian abang.
Abang,
masa abang dimandikan, mie yang meriba abang, itulah jasa terakhir yang dapat mie lakukan untuk abang.selepas abang dikafankan, semua saudara mara dipanggil untuk mencium abang untuk kali terakhir, sampai giliran mie, selepas mencium abang, bilal terus menarik mie, tak mahu mie menangis depan abang. tapi di belakang, mie menangis semahu mahunya. mie tak mampu untuk menahan air mata ni abang.
Abang,
selepas jenazah abang disempurnakan, mie balik rumah, mie tengok mak masih menangis sambil memeluk adik kita yang masih kecil.masa tu adik tak paham apa2.. dan mie masih ingat, selepas abang pergi, ramadhan itu bagaikan hambar. tiada lagi keceriaan masa bersahur dan berbuka. semua bagaikan ala kadar sahaja. dan Aidilfitri tahun tu adalah yang paling sedih, abang tiada lagi untuk bersama kami. Masa hari raya, pagi raya tu, kami sekeluarga pergi menziarahi pusara abang, sampai je di perkarangan kubur, mak terus menangis, sungguh susah untuk mak menerima semua ini.
Abang,
Kini, saban tahun kami menziarahi kubur abang, dan tahun ini merupakan tahun yang ke 11. sudah 11 tahun abang tinggalkan kami, terasa masa cepat sangat berlalu. Kini, adik adik kita dah besar. taufik dah berumur 24 tahun, azri pulak dah 14 tahun.
Abang,
Mie dah kahwin, dan dah ade seorang anak perempuan. Namanya Nur Aisyah Humaira. Kalau abang masih ada, tentu abang pon dah kahwin dan dah ada anak. Walaupun abang dah tak ada, semua kenangan kita sekeluarga akan mie kenang sampai bila2.. saat bermula coretan ni mie tulis, air mata mie terus mengalir. tak mampu untuk mie tahan air mata ni.
Abang,
Mie doakan abang tenang dah sejahtera disana, dan digolongkan bersama orang-orang yang beriman. Sekarang mie hanya mampu berdoa untuk abang. Mak dan ayah pon selalu berdoa untuk abang. setakat ini saja mampu mie coretkan. InsyaAllah, balik kampung nanti mie akan menziarahi pusara abang. Akhir kata, Al-Fatihah untuk abang, dan semoga abang tenang dan bahagia disana.. Amin...Amin...Amin.. Ya Robbal Alamin..

5 comments
saye x tahu pon awok ade kesah sedih kehilangan ahli keluarga terdekat. sedihnye gitu. awok sedekah la sokmo al fatihah ke die, hok tu je hok dok putus antara org hidup dgn org yg dah pergi. semoga abg awok sentiasa dicucuri rahmat. insyaAllah.
al fatihah.
urm...saye xcite kat sape2 pon..n kalo saye cite...mmg sangat sedih..
sy ingt awk pernoh kabo ke sy msa lab mmd en hafiz msa thn 2.awk kata awk org klntn.ank no 2.tp abg dh xde..al fatihah utk abg awk.semoga beliau tergolong dlm org yg beriman..
peh...sungguh kuat daya ingatan mu pi..sampai kata2 aku masa tahun 2 pon mu masih ingat... hebat mu pi... aku pon dah lupe aku penah cite ke mu..hiuhiihi...
mie :...act mie..org pon dah tau..mie ade oyak gak dlu time blajo..tp tak cite detail la..kita senasib mie wehh...sama2 kehilangan adik beradik sbb eksiden..mie ngn abang beza setahun..org ngn adik org pon beza setahun..org lagi sedih...terlibat sekali..depan mata sendiri tengok dia hembus nafas terakhir..