Wednesday, November 2, 2011

5,000 mahasiswa UPSI tuntut jaminan, Mahasiswa berdemo tuntut jaminan penempatan

Tags

5,000 mahasiswa UPSI tuntut jaminan

NORAINI Idris (tengah) menerima memorandum daripada Afiq Mislan yang ditemani oleh sebahagian daripada 1,000 penuntut UPSI di UPSI Tanjung Malim, semalam.

sumber dari utusan online

TANJUNG MALIM 2 Nov. - Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, graduan UPSI telah dilatih untuk menjadi guru sebenar, sekali gus mengurangkan isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

"Mengapa kekosongan jawatan guru diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyerahkan memorandum tuntutan penempatan pemegang ijazah itu kepada Timbalan Naib Canselor UPSI, Profesor Dr. Noraini Idris di sini hari ini.

Tuntutan tersebut turut disokong oleh Gabungan Graduan ISMP Malaysia, Legasi Mahasiswa Progresif UPSI dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UPSI.
Dalam memorandum setebal lima muka surat itu, mereka turut menggesa Kementerian Pelajaran menghentikan pengambilan GSTT sebagai guru tetap kerana golongan tersebut sepatutnya menjadi sokongan dan bukan pilihan utama.

Ahad lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong memberitahu, kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 GSTT.

Afiq Fikri berkata, pihaknya berharap UPSI akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.
"Kami menuntut agar kementerian tidak menawarkan pelan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan ijazah bukan pendidikan kerana ia mampu membunuh usaha melahirkan guru profesional.

"Kementerian juga perlu mengeluarkan unjuran penempatan yang lebih tepat dan telus agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah graduan yang mencukupi," katanya.
Mengulas lanjut, Afiq Fikri berkata, tuntutan itu dibuat bagi menjamin masa depan mahasiswa dan graduan UPSI.
"Kebanyakan graduan UPSI menganggur kerana mereka tidak diterima bekerja di sektor lain atas alasan ijazah pendidikan yang dimiliki tidak menepati kehendak mereka.

"Justeru, peluang graduan ini untuk bekerja hanyalah dalam bidang pendidikan tetapi hak kami sebagi guru telah dinafikan oleh golongan GSTT tersebut," ujarnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber dari malaysia kini
Mahasiswa berdemo tuntut jaminan penempatan
Hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

NONE
Piket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.

Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".

Beliau juga mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT

NONE
Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan.

Menurutnya lagi, pengambilan graduan UPSI akan sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

NONE
Piket tengah hari semalam anjuran Gabungan Bertindak Mahasiswa itu dicetus oleh wakil LMP,sebuah front Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ia turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta front-front mahasiswa UPSI yg lain.

Piket ini kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh Afiq Fikri yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan dan inovasi universiti itu.

NONE
Antara tuntutan mereka, termasuklah mendesak Muhyiddin menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan universiti itu, mengurangkan pengambilan guru GSTT serta DPLI, dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.

Gabungan mahasiswa ini juga berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan kepada Muhyiddin dalam masa terdekat.

33 comments

gstt gaji skit ne byr..cikgu terlatih kene byr full..so nk penjimatan..hehehe..

sapa sekat periuk nasi sapa??
cara ni nampak sgt nak sekat periuk nasi org lain..

"Kami menuntut agar kementerian tidak menawarkan pelan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan ijazah bukan pendidikan kerana ia mampu membunuh usaha melahirkan guru profesional.

pd hemat sy GSTT sepatutnya tak wujud dr awal kalu GST dah berlambak2..bg je GST POSTING..tp msaalahnya kehadirn GSTT membantu menutup kekosongan jwtn sb itu diwujudkan...dan GSTT hanya menuntut hak untuk diberi perhatian untuk ke KPLI atau DPLI berbanding mengambl graduan yg tiada berpenglamn itu saja...GSTT jg menuntut keadilan bukan untuk menutup periuk nasi graduan pendidikan seperti UPSI...siapa tak relaven dan releven sekarang...pk pk lah...semua sy pasti terpelajar atau terlebih ajar...wallahualam...

dorang ni ckp GSTT xlayak mengajar... ingat Gstt ni lepasan SPM ke? time nk jd gstt pon still ade interview.... cube bandingkan Gstt yg dh lame mengajar... xkan still xlayak lg? rase lg better kalo nk compare budak bru nk posting..... beza budak upsi ni ade toeri la... amali belum teruji......

akim gstt

Sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan gstt saya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mengambil langkah yang baik untuk menyersap gstt ini ke jawatan yang tetap. kapada adik-adik daripada UPSI sabarlah kerana satu hari nanti ada juga pelung anda untuk menjadi seorang pendidik. Saya harapkan adik-adik daripada UPSI faham kerana penderitaan dan kesusahaan yang telah dihadapi oleh abg-abg dan kakak-kakak GSTT ni dah bertahun-tahun dan mereka juga ada yang sempat menjadi cikgu kepada adik-adik sehingga adik-adik berjaya menjadi mahasiswa hari ini. Contonya macam saya yang pernah berkhidmat sebagai GSTT selama 5 tahun dan ada lagi kawan-kawan saya yang lebih daripda itu. Saya harapkan adik-adik dapat menghormati kami, jangan jadikan kami sebagai alasan kepada nasib anda yang tidak baik itu. Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa tahu.

ingat gstt ni lepasan SPM ke weii..kpda bakal2 guru terutamanya dr UPSI tu, jgn nk bangga sgt dgn teori yg tersemat dlm kepala otak tu, selamat menempuh dunia pendidikan yg sebenar..selama 3 tahun aku jd gstt, yg aku tgok ckgu yg benar2 terlatih ni yg plg byk buat hal dan kurang menggunakan "keterlatihan" mereka tu..Allah telah menetapkan rezeki seseorg itu..

kowang ni dak2 upsi berdemo mcm owg xde pendidikan..xtimbul isu gstt tutup periuk nasi korang...kiter semuer mmg layak jadi cekgu & bersbr la..gesa la pihak yg berkenaan & jgn la nk kondem gstt sampai suruh hentikn pengambilan gstt plak ke jawatan tetal


= gstt bkn akn diposting terus..yg kpm nk wt kitowg diberi kursus blaja pendidikan dulu slama setahun stgh
= gstt berpengalaman 2-6 tahun mengajar...lebih lagi pengalaman dari kowang yg hny blaja teori pendidikan..& jgn nk ek sgt sbb kat skola ble golongan kowang diposting..kitowang gstt ni yg jd mentor kowang
= kowang graduan upsi mmg layak menjadi pendidik sbb ader ijazah pendidikan..& risau xdipostingkn & ini bkn slh gstt..sbb gstt juga layak menjadi guru krn pengalaman kami yg lame menjadi guru

"jgn la ikot perasaan kay..bersabar.."

Kesian kat adik2 graduan UPSI nih...semuanya bakal GURU..tapi sayang pemikiran,perbuatan dan perkataan tidak sehaluan untuk menceburi bidang keguruan. Sedih!

Km menuntut hak.salah ke?skrg ni sp yg xdk pendidikan. nk senyap ke kalo org merampas hak kita.mmg la korang bersyukur sbb korang xrs apa yg bdk upsi rs.diorg dr kcil bercita2 utk jd guru.tba2 dgr brita pnempatan mngajar diberi keutamaan kpd gstt.korg hanya nk jd guru smntara kn?so...jd la slama2nya.xpyh dk mnx utk diserap seiring dgn org yg amik bidang PENDIDIKAN n jgn mrh kalo bdk upsi wt demo sbb 2 mmg hak mereka.Lulu Kalakaua:wt pngetahuan awk..UPSI xsama dgn u lain krn ia hanya menawarkan bidang Pendidikan shj.kalo bidang lain kna amik KPLI n DPLI dl utk jd guru.bdk2 upsi tahu bhwa guru2 gstt dh brpngalaman mngajar d sek agk lama tp bknnya smo brpngalaman n berminat utk menceburi bdang pendidikan slama2nya. sbb da gk org kt sek yg sy praktikal merungut ttg guru gstt yg mngajar sambil lewa.hanya mnx guru gstt sbb nk da duit.mnx maaf kalo mngguris hati kata2 sy ni.tp cuba faham situasi km :-)

ko salahkan aku, aku salahkan ko...last2 dua2 pihak saling tunding jari... mcm ni la...kite tukar je kerajaan...kerajaan dah nazak dah xde duit dah skrg... yela belanja xigt...membazir no1....undi PR la sonang cito....byk sgt dah isu yg timbul..sape yg susah?kite rkyat gak... so fikir2kanlah...

gstt..

Yup, sy setuju dgn komen2 di ats.. jgn nk slhkan sesape.. kene tuding pd diri sendri.. rezeki masing2.. jgn nk berebut rezeki yg Tuhan dh tentukan,.. kan xbersyukur namanya tu,..sy fikir gstt ada jugak layak tuk jd cikgu tetap..even korg ada ilmu dlm pendidikan tp masih belom boleh nk dilawan ngn gstt yg dh bertahun2 timba ilmu menjadi guru secara praktikal.. ari2 duk ngadap murid, berhadapan dgn kerenah murid yg mcm2 kedegilannya,kene herdik ngn parents mane2 yg tidak berpuas ati if kita termarah anak dorg yg memg xnk belaja lgsung kt sekolh kononnya anak dorg baik,kene calar kete akibat dendam murid biler kiter marah xsiapkan keje@bising ketika P&P,dan mcm2 lg,.. tu belum plus ngn kerenah rakan sekerja lg yg bergelar TETAP! lg byk songel nyer,.. berlagak mcm dh bagus tp biler ditenung2 ader juga yg xbetulnyer..pentadbir lg 1 hal,,, korg hanya ada ilmu saja xde amali pon so sama jerk tarafnyer ngn kami gstt ni,..pokok pangkalnyer jgn asyik nk mengejar sesuatu yg belum pasti hak sendiri.. igt, Allah Maha Adil,.. Dia tahu di mana letaknyer seseorang manusia yg diciptakanNya untuk mencari rezeki.. jgn nk menidakkan ketentuanNya,..

Simpati ngan nasib adik2 dr UPSI. Tp alangkah baiknya kalau adik2 juz perjuangkan nasib adik2 saja tanpa perlu mengaitkan n menyalahkan pihak lain dlm perjuangan adik2. GSTT mmg tiada iktisas utk menjd pendidik yg sejati tetapi dgn usaha KPM yang akan memberi latihan perguruan kpd GSTT akan bisa melahirkan guru yg berkualiti kelak. Adik2 perlu peka akan perkara ini n jgnlah melebelkan guru gstt sbg guru yg tidak berkelayakan kerana realiti tidak seindah teori yg adik2 pelajari d universiti. Gstt sudah berdepan dgn senario sebenar dunia pendidikan. So mereka lebih layak diberi perhatian sama seperti adik2. Juz have faith in Allah n juz pray harder. Juz like them (gstt)

perhatian:
sile komen secara berhemah...dilarang untuk tuduh menuduh diantara satu sama lain. ini medan perbincangan, bukan medan percakaran..

sekian..
admin.

A = graduan UPSI
B = graduan DPLI/KPLI/GSTT

A = boleh jadi cikgu saja
B = boleh jadi cikgu dan profesion lain

A = tidak dijamin jadi cikgu
B = dijamin jadi cikgu

adakah ini persaingan yang “ADIL”?

jup salah konsep tu Encik aman_arab..
ni mesti ckp ikut perasaan, mcm ni sbnrnya...

A = graduan UPSI
B = graduan DPLI/KPLI/
C = GSTT

A = boleh jadi cikgu saja
B = boleh jadi cikgu dan profesion lain
C = boleh jadi cikgu dan profesion lain

A = tidak dijamin jadi cikgu
(ops slh tu DIJAMIN jadi cikgu cuma lambat atau cepat proses posting dibuat mengikut kritikal subjek yang diperlukan di sekolah-sekolah )
B = dijamin jadi cikgu( same as A)
C = dijamin jadi cikgu JIKA diberi peluang mengikuti KPLI / DPLI

masih tak faham kah???
hidup mesti RESPECT EACH OTHER..
no maki maki k..wallaualam

>>me anonymous #2

perkara ni berbincang la secara profesional. x da guna tuduh menuduh, masing2 ada kelebihan. igat UPSI bertaraf universiti, jd sama je dgn graduan universiti lain.

graduan universiti lain pn mengalami perkara yg sama. cuma bidang sahaja yg berbeza. jgn lupa, bukan UPSI sahaja yg menawarkn bidang pendidikan, universiti lain pn ada menawarkan bidang pendidikan.

sekiranya graduan UPSI begitu berminat menjadi guru, jgn la hanya tertumpu pd sek dibwh kementerian. sek swasta@kolej swasta ada. bnyak saluran lain lg yg ada. luaskn skop pemikiran.

gstt pula perlu sentiasa beringat, jawatan gstt bertaraf kontrak. jd perlu bersedia sekiranya kontrak boleh ditamatkn pada bila2 masa, sekiranya khidmat tidak diperlukan.

jgn anggap jawatan gstt tu mcm jawatan tetap dan jgn mudah terlalu selesa.

isu mengenai penyerapan gstt ni juga ada prosedur dan penilaian tersendiri. mereka juga akn diberi kursus perguruan. bukan terus diserap jd guru.

oleh itu jgn mudah mengatakn layak@x layak antara stu sama lain, kerana ia akan menyerlahkn lg kelemahan antara satu sama lain.

A = dijamin jadi cikgu (cuma kena tunggu turn ja)
hat tu memang betul keadaan sebenar sebelum ni...aku pun tau sebab aku pun bekas graduan ISMP..tu la status kami masa tu...masalahnya untuk junior ISMP sekarang ni...keadaan dah berubah akibat daripada penyerapan GSTT yang terlalu ramai..dah la dasar kerajaan sekarang adalah mengecilkan saiz penjawat awam...itu yang menimbulkan gundah gulana dalam junior ISMP ni!

Persaingan yang terlalu tidak adil..sepatutnya dalam keadaan kekurangan kekosongan jawatan cikgu yang terhad...persaingan biarlah adil...aku lebih suka kalau KPM kata semua tak dijamin jadi cikgu...graduan KPLI/DPLI ditawar pengajian ikhtisas saja tapi belum jamin jadi cikgu...graduan GSTT pun ditawar sijil ikhtisas tapi tak dijamin jadi cikgu gak..graduan ISMP pun tak dijamin jadi cikgu jugak...semua perlu melalui proses tapisan yang direka khas untuk pengisian jawatan cikgu baru...baru la adil untuk semua pihak!

di ulangi....

pd hemat sy GSTT sepatutnya tak wujud dr awal kalu GST dah berlambak2..bg je GST POSTING..tp msaalahnya kehadirn GSTT membantu menutup kekosongan jwtn sb itu diwujudkan...dan GSTT hanya menuntut hak untuk diberi perhatian untuk ke KPLI atau DPLI berbanding mengambl graduan yg tiada berpenglamn ITU SAHAJA...GSTT jg menuntut keadilan bukan untuk menutup periuk nasi graduan pendidikan seperti UPSI...siapa tak relaven dan releven sekarang...pk pk lah...semua sy pasti terpelajar atau terlebih ajar...wallahualam...

pada saya sama je setiap thn ada je pengambilan KPLI or DPLI jd apa salahnya KPLI or DPLI itu di isi oleh GSTT bkn graduan yg tiada pengalaman...disini tidak timbul sedikit pun isu graduan ISMP malah sebaliknya graduan ISMP yang menghentam GSTT...sy pun tak tahu kenapa isu ini patut berbangkit...

ini hanya perkongsian dan tidak menyalahkan mana-mana pihak...mungkin kerana KETIDAKFAHAMAN atau KETIDAKTELUSAN maklumat yang disampaikan...

gambar paling atas tu lelaki yg pakai songkok tu sedara aku..dia baru abis praktikal...blm tanam anggur setahun dh bising...dia igt dia jer bhutang kita pon bhutang gak....budak ismp ni mmg sakit ati dgn budak kpli n dpli pon sblm ni oleh itu sekarang yg jd mgsa plk gstt la...kwn sy wat dpli kt upsi mmg di anak tirikan...smpi wat sesi luahan rs...

A = graduan UPSI
B = graduan DPLI/KPLI/GSTT

A = boleh jadi cikgu saja (ye ke,awat blajar pendidikan dapat jadi cikgu je, sambung la blajar mana tau dapat jadi pensyarah..peniaga ke..penyanyi ke..penceramah terkenal ke..ahli politik ke..)
B = boleh jadi cikgu dan profesion lain

A = tidak dijamin jadi cikgu (rezeki tu di tangan ALlah, kalau dijamin pun kalau Allah kata tak boleh tak boleh juga.)
B = dijamin jadi cikgu

adakah ini persaingan yang “ADIL”?..ingat gstt tu mengajar sehari terus dapat cikgu tetap,tak da syarat lain, sebelum ni diorang tak pernah belajar dekat u, ingat diorang tak berilmu ke..adil ke kalau semua nak dijamin je.habis tu kami yang blajar bidang lain tak dapat posting mana pun,keja dengan swasta jer.lain kali jangan dok hina gstt ke, budak spm ke, kita ni satu negara bangsa dan agama, nak tuntut keadilan tak payah nak tutup rezeki orang lain.

perhatian:
diharap semua pengomen dapat memberikan komen secara berhemah dan tidak mengikut perasaan. unsur hina menghina...salah mengalahi..tuduh menuduh adalah dilarang dalam sebarang komen..

sekian...
-tuan tanah-

saya rasa lebih baiknya kita tak perlu pun bising-bising... sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah... siapa yang terpilih itu lah yang di pilih oleh Allah yang Maha Esa... Jangan berharap pada manusia sesungguhnya manusia boleh mengubah walau sepotong ayat... tapi berharap pada Allah sesungguhnya Allah maha memberi kepada sesiapa yang di pilihnya... kita merancang wahai kawan-kawan. yang memberinya tetap DIA yang SATU... jangan lah bergaduh.kerana semuanya perselisihan yang timbul boleh menyebabkan anasir luar mengambil kesempatan terhadap kita... kata Allah KUN FA YAKUN (("Jadilah!" Lalu jadilah. Allah penentu segalanya.. sedarlah kawan2 apa yang berlaku boleh membuat perpecahan diantara kita rakyat Malaysia...

kalau gstt n diberikan kursus, maknanya ada kekosongan hampir 7000 ribu tempat di seluruh malaysia. apalah nak dibisisngkan, bukankah ini berita baik untuk pelajar2 upsi. gstt n baru nak diberikan kursus, belum pun jadi cikgu tetap. lagi satu kalau kementerian dah berikan peluang pada gstt untuk ditawarkan kursus, siapalah awk untuk mengatakan tidak layak? Awk tu baru pelajar, adakah pelajar lg bagus dr pegawai2 kementerian??? tuntut aje hak posting tp jgn salahkan gstt. KPLI/DPLI setiap tahun pun ada pengambilan kenapa pulak kali n dibesar2kan isu?

assalammualaikum semua.... saya mewakili GSTT mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar2 UPSI yg berhimpun, Ketua mahasiswa, pengomen2 diatas memberi respon yang agak pedih utk diterima.. Cuma satu je saya nak ckp, kepada semua diatas, saya haaraap kamu semua dapat melihat org2 disekiling kamu, terutama saudara-mara kamu, sbb mungkin ada dikalangan adik beradik kamu atau saudara mara kaamu yang menjadi GSTT..

This comment has been removed by a blog administrator.

minta posting kat sarawak. banyak kekosongan kat sini.. berlambak kat area ulu2 sana tu...

salam..sy adalah salah seorang gstt di ulu baram..tapi sy adalh dari semenanjung yg dekat dgn mid valley dan bandar seantara dengannya..ini membuktikan tak semua gstt nak gaji banyak..sedangkan gstt takde jaminan keje tetap..jd jgn trus tuduh melulu semua gstt nak gaji byk jer jadi gstt..bila beli tiket balik smnanjung tolak2 gaji,mmg cukup2 mkn je di sini..itu tak penting,perkra ke 2..rezeki Allah yg tentukan..yang penting buat kerana Allah SWT dan sy enjoy mengajar budak2 di sini..sedikit sebyk sy ceritakan pengalaman sy di sini..pling best,mereka tahu sy GSTT(guru semntara)..tapi mereka tetap hormat sy,minta bantuan sy ttg apa saje subjek kerana saya mampu menolong mereka..tidak semestinya 1 opsyen shj..mereka tanya maths, sains,english sejarah, bm...kerana ilmu sy dtg dari Allah..dan sy berkongsi dgn mereka..itu KEPUASAN sy sbg GSTT..UPSI dan ISMP, anda sanggup dtg sini? di Ulu Baram ini..kena dtg naik express,iaitu guna jln sungai..di Long ....kat ulu baram ni, kalau tmpt ada nama Long mmg ulu dah..nak pegi pekan pun 3 @ 4 jam ikut jln sungai..jln tar MMG TIADA..siapa sy...hanya GSTT shj..sekian..

salam..sy adalah salah seorang gstt di ulu baram..tapi sy adalh dari semenanjung yg dekat dgn mid valley dan bandar seantara dengannya..ini membuktikan tak semua gstt nak gaji banyak..sedangkan gstt takde jaminan keje tetap..jd jgn trus tuduh melulu semua gstt nak gaji byk jer jadi gstt..bila beli tiket balik smnanjung tolak2 gaji,mmg cukup2 mkn je di sini..itu tak penting,perkra ke 2..rezeki Allah yg tentukan..yang penting buat kerana Allah SWT dan sy enjoy mengajar budak2 di sini..sedikit sebyk sy ceritakan pengalaman sy di sini..pling best,mereka tahu sy GSTT(guru semntara)..tapi mereka tetap hormat sy,minta bantuan sy ttg apa saje subjek kerana saya mampu menolong mereka..tidak semestinya 1 opsyen shj..mereka tanya maths, sains,english sejarah, bm...kerana ilmu sy dtg dari Allah..dan sy berkongsi dgn mereka..itu KEPUASAN sy sbg GSTT..UPSI dan ISMP, anda sanggup dtg sini? di Ulu Baram ini..kena dtg naik express,iaitu guna jln sungai..di Long ....kat ulu baram ni, kalau tmpt ada nama Long mmg ulu dah..nak pegi pekan pun 3 @ 4 jam ikut jln sungai..jln tar MMG TIADA..siapa sy...hanya GSTT shj..sekian..

saya tidak memihak kepada sesiapa pun disini..apa yang kalian dapat dengan berbalah sedemikian? kalau betul la pelajar ismp nk tuntut isu penempatan tu, kenapa nak dikaitkan dengan GSTT, KPLI or DPLI? sedangkan masa GSTT nk tuntut supaya diserapkan jadi guru xpernah pun mereka sebut pasal pelajar ismp..masing2 sila lah guna kan saluran/channel terbaik agar tidak menutup pintu rezeki masing2..jangan suka2 menunding jari pada orang lain kerana pihak luar hanya mentertawakan kita dengan sikap kita yang mcm ni..

Pelik la manusia ni..tk boleh tgk org lain lebih sikit..tk paham konsep ke rezeki tu allah yg bg..skrg ni drpd duk bertekak duk bergaduh kenapa tidak kita berjuang supaya 2 2 pihak dapat apa yang diminta?tk perlu nk slhkan sape2..dan jaga lah perckapan kita tu supaya tidak menyinggung perasaan orang lain..bayangkan dosa yg kena tggung sbb sakitkan hati bribu-ribu org..

GSTT
Wahai adik2 di UPSI tu, sya tak salahkan graduan UPSI buat demonstrasi utk pertahankan hak korang...tp jgn lh menyalahkan mana2 pihak...kita sama2 mncari rezeki yg halal...tak semestinya GSTT tak tahu atau tak lyk mengajar...malahan ada jg GSTT yg lebih pakar dr graduan UPSI...kita adalah sama...yg penting BERSABAR coz korang akan posting jg nanti...kami GSTT ni pun dh lama bersabar sebelum ini demi mempertahankan nasib kami...Kami GSTT ni pun ada minat utk jd guru sejati..bkn sekadar utk gaji...Gaji tak akan berkat kalau kita mengajar sambil lewa...hrp fhm mksud sya....Bersabar ok...

Saya suka mengemukakan satu persoalan. Adakah profesion perguruan di Malaysia sudah dianggap satu kerjaya profesional? Mungkin ada kalangan kita termasuk saudara sendiri mengatakan 'ya' tetapi bagi saya 'tidak'.

Antara faktornya kerana kehadiran GSTT. Jika kita teliti profesion lain yang dianggap popular dan bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan, adakah akan wujud jawatan bertaraf 'sandaran tidak terlatih’?

Pernahkah kita mendengar 'akauntan sandaran tidak terlatih' atau 'doktor sandaran tidak terlatih'? Jawapannya ada pada saudara.

Menyedari realiti pada masa kini keperluan terhadap sistem pendidikan amat tinggi dan kritikal maka usaha dilakukan untuk menambahbaikan terhadap profesion dengan perguruan.
Selaras dengan itu jugalah Kementerian Pelajaran menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan satu daripada terasnya ialah 'Memartabatkan Profesion Perguruan' dan mengikut teras ini jugalah satu daripada pengisiannya 'sifar GSTT'.

Saya mengakui GSTT banyak membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke jawatan tetap bukan sesuatu yang wajar kerana masih ramai mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan.

Mungkin dengan menyerap GSTT masih ramai bakal guru sukar mendapat tempat di mana-mana sekolah selepas tamat kursus kelak. Apapun, saya sendiri tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak.

Saya menyedari kecelaruan yang berlaku disebabkan tuntutan semasa dan kehendak sesetengah pihak yang kurang sedar akan tanggungjawab mereka memartabatkan profesion perguruan yang hakikatnya semakin hari semakin mencabar.

Janganlah sampai suatu ketika masyarakat mempersoalkan kelayakan seseorang guru untuk mengajar.

Harus diingat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC) mahupun kursus lain yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah untuk menindas mana-mana pihak.

Semua kursus itu adalah suatu usaha ke arah memartabatkan profesion perguruan.

Kalau ingin memandu kereta haruslah dapatkan lesen memandu terlebih dulu, begitu juga pengamal perubatan, peguam dan tidak terkecuali sebagai seorang guru.

Salam semua

Apa yang dibuat oleh KPM adalah baik untuk semua pihak.Mulai tahun hadapan GSTT dimansuhkan bagi memastikan semua guru yang mengajar mempunyai latar belakang bidang perguruan.Bukankah itu yang diinginkan?

Walaubagaimanapun terdapat guru GSTT yang mengajar,berkhidmat kepada kerajaan dan sekolah sejak sekian lama perlukah dibuang begitu sahaja sedangkan mereka ini juga menyumbang kepada kemajuan pendidikan sejak sekian lama.

Dari segi pengetahuan pendidikan yang selalu diperkatakan,GSTT tidak ada teori pendidikan adalah salah dan meleset sama sekali kecuali untuk GSTT yang baru 6 bulan mengajar.Untuk GSTT lama mereka juga agak hebat dan mereka juga mengikuti berbagai latihan perguruan melaui kursus dalaman seperti pedagogy,pengurusan bilik darjah,benkel-benkel pendidikan,tatatertip perkhidmatan awam,profesionalisme perguruan,benkel-benkel pemantapan P&P,guru tingkatan dan sebagainya menjadikan mereka memahami selok belok pendidikan dengan baik.

Dari segi tanggungan mereka ini juga ada anak,ada hutang nak dibayar,dan bermacam-macam lagi masalah sama seperti semua orang.

Utk memansuhkah GSTT ini KPM membuat keputusan tepat dengan memberikan mereka yang mempunyai pengalaman 2 tahun ketas untuk diberikan latihan perguruan sepenuh masa bagi mendapatkan sijil perguruan dan bukannya ada jaminan utk dapat guru tetap pun, cuma atas rezeki masing-masing ada yang dapat dan ada yang tidak dapat.

Dengan kursus ini maka GSTT dimansuhkan mulai tahun hadapan dan semua orang dari bidang pendidikan sahaja yang bolehlah memohon untuk GST.tidakkah ini bagus untuk semua?
dan jika ini tidak berlaku maka GSTT juga tidak akan dimansuhkan perkara yang sama sentiasa berulang.

Perubahan yang baik adalah baik untuk semua.Dan percayaah rezeki mereka ini ditentukan oleh Allah S.W.T KPM hanya sebagai perantara sahaja.Jika Allah mengkhendaki sesiapa menjadi guru maka apa pun yang berlaku mereka tetap akan menjadi guru.

Untuk menguji minda:
1.apa bezanya ijazah sarjana muda pendidikan dengan ijazah sarjana muda perguruan
2.apa bezanya ijazah sarjana muda pendidikan dengan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
3.apa bezanya ijazah sarjana muda pendidikan dengan Diploma Perguruan lepasan Ijazah

Ada ker beza pendidikan dengan perguruan ni? Kenapa tak tukar jer semua pendidikan kepada perguruan jer kan senang kalau maksudnya sama 

Melihat komen2 nie kebanyakan byk yg memihak kpd latar blkg ijazah bukan pendidikan..bg sy walopun bukan budk upsi. Sgt2 tidak adil kalo ambik gstt. Upsi dh kluarkan graduan pendidikan, ambik je lah. Kenapa bangang sangat. Lagi satu mmg krn gstt lh budak2 upsi menganggur. N lg stu..sgt2 tidak setuju bila kebanyakn universiti lain pun yg menawarkan ijazah pendidikan. Cukup kot kalo upsi je yg offer..bila kite tak byr ptptn. Kita pulk b yg salah..dh sah2 rezeki tu disekat..nmpak sgt bodoh