Thursday, November 24, 2011

Aktiviti Cuti Sekolah Budak² Dulu dan Budak² Sekarang

Tags

Cuti sekolah kembali lagi, dan apa perancangan anda untuk anak-anak anda?, atau pon perancangan anda untuk diri anda sendiri. Kepada semua guru, selamat bercuti tetapi sebelum balik kampung tu, setelkan la dulu kerja-kerja yang berlambak tu... setelkan semua sebelum balik. Jangan dah sampai kat kampung, sekolah call suh datang siapkan kerja, kang xpasal plak kena datang balik. kalau kampong dekat xpe...kalau jauh yang memakan masa sehari perjalanan tu..haru le jadinye.

Berbalik kepada tajuk diatas, Budak² Dulu dan Budak² Sekarang, apa yang diorang buat eh masa cuti sekolah camni. Kalau lah pada zaman aku dulu, macam-macam boleh buat, yerlah, budak kampung, kompem macam-macam benda boleh buat. Tetapi budak-budak sekarang ni camne plak eh...ape dorang buat masa cuti sekolah camni. Ni aku listkan beberapa aktiviti yang biasa dilakukan oleh budak-budak dulu dan budak-budak sekarang. Ni hanya daripada pemerhatian aku je..kalau tak betul, jangan percaya.
#Budak² dulu..
1) Kalau yang tinggal kat kolompo nu, diorang biasanya akan balik kampung. bila balik kampung, biasa la. Pastu g zoo, g pantai, g air terjun, mandi sungai, mandi tali air,berkelah dan sebagainya. Mungkin ada gak yang tengok TV..kalau dulu ada citer "Alam Ria Cuti Sekolah", sekarang ni banyak cite kartun je aku tengok.
2) Kalau budak-budak kampung, biasanya dorang akan main sorok-sorok, main wau, main batu serenban, main baling tin, main polis sentri dan macam2 lagi. 
3) Kalau hari hujan, mandi air hujan..yeah.. itu yang paling seronok. Mungkin ada juga ke sawah tangkap ikan, memancing pakai buluh kat belakang rumah, atau main congkak bawah rumah gali lubang .tak pakai guli tapi biji getah, main batu tujuh.

#Budak² sekarang
1) Pertama sekali, dengan kemudahan internet yang sediakan oleh mak bapak, kompem la kegemaran diorang adalah melayari internet. Mungkin mereka berfesbuk, bertwitter dan berblog, atau segalanya mungkin. Main game kat komputer dan sebagainya.
2) Main ps3, xbox,psp dan mungkin juge bershuffle. Tambahan pula, banyak henpon skrg ni menyediakan game2 yang best, so budak2 sekarang ni banyak meluangkan masa dengan bermain dengan henpon mereka.

## Jadi, budak2 sekarang ni jadi kurang bergaul dengan masyarakat atau lebih tepat rakan sebaya mereka. Jika zaman dulu-dulu, budak yang tahun 1 hingga tahun 6 akan berkawan rapat, tetapi budak2 sekarang lain, akan ada jurang pemisah antara mereka (peh ayat, jurang pemisah xtahan tu)...

Kepada anda semua, jika ada pengalaman yang best zaman kanak-kanak dulu, share2 la eh..sekian dulu dari saye...

5 comments

Budak dulu tak kira kat kampung ke kat bandar, ada banyak aktiviti nak buat. Main sampai tak ingat dunia. Sampai kena bebel mak sebab tak balik2 waktu maghrib. Bila dah besar, rasa happy imbau kenangan lama.

Budak sekarang mana sosial sangat. Setakat kawan "hai" dan "bye" and the rest is to be done in facebook. Agak2 bila diorang dah besar, apa je kenangan yang diorang nak ingat?

mengapa tidak:)

setuju bro.. nice entry.. aku separa bandar n separa kampung... hehe

meh aku tulis jdual cuti skolah aku dulu.

bgn pg pegi ngaji
blik ngji tgk alam ria hehe(dulu pernah ada citer harbie ke ape..kete yg berperasaan tu =p
pkul 12 lunch.pkul 2 gi ngji lg.blik ngji dh pakat2 ngn geng2 ngji gi mndi sungai x pn main2 sperti yg mu sebut tu.main smpai ptg.mlm tdo awl.sebab lengoh sgt2.sgguh indah zaman tu.laki perempuan bebas bgaul(msa tu xde aurat2 lg =p)
tp kanak2 zaman skrg sgguh pasif.anti sosial.budak kcik pn dh ade hnepon canggih.xbest lgsung!