Thursday, July 19, 2012

Jawatan Kosong ASWARA (PENSYARAH)

Tags

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ( ASWARA)  adalah  sebuah institusi pengajian tinggi di bawah  Kementerian Penerangan,  Komunikasi dan Kebudayaan M alaysia ( KPKK)  yang  diwujudkan untuk menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat professional dalam bidang seni, budaya dan warisan

ASWARA memerlukan kumpulan baru yang terdiri daripada individu yang dinamik, kreatif, inovatif, bermotivasi tinggi untuk bekerja dengan semangat  berpasukan dan meminati serta menghargai bidang seni budaya dan warisan bagi merealisasikan misi dan visi penubuhan ASWARA. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan mempunyai tahap keyakinan serta  berintegriti tinggi, bersedia menghadapi cabaran untuk menyertai dunia pendidikan seni budaya dan warisan adalah dialu-alukan untuk  mengisi jawatan berikut :

1) PENSYARAH, PEGAWAI KEBUDAYAAN



DESKRIPSI TUGAS PENSYARAH, PEGAWAI KEBUDAYAAN
Bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab sebagai pensyarah program pengajian yang ditawarkan di ASWARA.

KELAYAKAN
-Ijazah Sarjana dalam bidang teater, penulisan kreatif, filem, animasi, pengurusan seni dan berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
-Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
-Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 5 tahun.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang 
berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON
a)Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut 
di laman Web ASWARA iaitu di www.aswara.edu.my
b)Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan sijil kelahiran, 
salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan dan sijil-sijil yang berkaitan yang 
telah disahkan.
c)Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan 
hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini  dan Laporan Nilaian Prestasi untuk tempoh 3 (tiga) tahun berturut-turut yang telah disahkan.
d)Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm. Di sudut atas sebelah kiri 
sampul surat hendak ditulis nama jawatan dipohon.
e)Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 30 Julai 2012.

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 03-2697 1777 / 03-2697 1128 / 1149 / 5448 / 5258

CATATAN AM
-Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
-Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon
-Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/makluman selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan anda TIDAK BERJAYA.

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Julai 2012