Tuesday, July 3, 2012

Jawatan Kosong di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

Tags


Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh  kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan  antarabangsa. Kami menyediakan program pelajaran kepada anggota-anggota koperasi disamping  menyediakan khidmat keusahawanan dan perkhidmatan potongan gaji kepada kakitangan kerajaan untuk  tujuan koperasi, kelab, kesatuan dan syarikat berkepentingan kerajaan.  Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil  dan berdaya-saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan di  Ibu Pejabat, Pusat Dialisis MyANGKASA di Temerloh, Pahang dan Bagan Baru, Pulau Pinang seperti berikut : 


1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG ( KONTRAK ) 
Kelayakan dan Pengalaman
• Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian  atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
• Berpengalaman bekerja 5 tahun dalam bidang Pengurusan. 
• Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination) 
  
Bidang Tugas
• Mewakili ANGKASA dalam perbicaraan mahkamah melibatkan kes-kes pekerjaan.. 
• Bertanggungjawab menyedia, mengkaji, menasihat perundangan kepada Pengurusan dan 
Jawatankuasa ANGKASA, begitu juga dalam kontrak-kontrak ANGKASA dengan mana-mana pihak luaran dan dalaman. 
• Bertanggungjawab merangka tindakan dalam kes-kes melibatkan sebarang pertikaian 
ANGKASA dengan mana-mana pihak. 
• Bertanggungjawab sebagai Pegawai Pendakwa untuk kes-kes Penyiasatan Dalam Jabatan.


2. JURUPROGRAM 
Kelayakan dan Pengalaman
• Sekurang-kurangnya Diploma Sains Komputer / Teknologi Maklumat atau kelayakan yang 
diiktiraf setaraf dengannya. 
• Berpengalaman bekerja 1 tahun dalam susun atur laman web / merekabentuk. 
• Berkemahiran dalam membangunkan aplikasi web / windows dalam VB.NET, C++, HTML, 
JavaScript & SQL 
• Berpengetahuan melaksanakan projek ICT yang berskala sederhana dan secara berkumpulan. 
• Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 
• Bersedia untuk melakukan tugasan di luar kawasan Kuala Lumpur termasuk bertugas pada 
hujung minggu. 
  
Bidang Tugas
• Mengendalikan latihan dalam pembangunan sistem kepada semua pelanggan ANGKASA. 


3. SETIAUSAHA 
Kelayakan dan Pengalaman
• Diploma dalam Sains Kesetiausahaan / Kesetiausahaan Eksekutif atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf dengannya. 
• Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai Setiausaha dan berkebolehan 
mengambil trengkas dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah satu 
kelebihan. 
• Perwatakan menarik dan bersikap profesional. 
  
Bidang Tugas
• Menjalankan kerja-kerja kesetiausahaan kepada Pengurusan Kanan dan Pengurusan 
ANGKASA. 
• Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am pejabat. 


4. KERANI  
Kelayakan dan Pengalaman
• Sekurang-kurangnya SPM / SPMV atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
• Berpengalaman dalam penggunaan komputer. 
  
Bidang Tugas
• Menjalankan tugas-tugas perkeranian. 


5. STAFF NURSE RENAL ( KONTRAK ) 
Kelayakan dan Pengalaman
• Diploma Kejururawatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
• Sijil Post Basic Renal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KPJ atau  NKF. 
• Berpengalaman bekerja melebihi 3 tahun di pusat rawatan dialisis yang berdaftar dengan 
Kementerian Kesihatan Malaysia. 
• Telah menghadiri kursus Graduate Certificate In Nursing dari mana-mana universiti dan kolej 
dari dalam dan luar negara selama 6 bulan dengan telah dilengkapkan pengetahuan dan 
kecekapan berkeyakinan mengendalikan pesakit dengan permasalahan buah pinggang. 
  
Bidang Tugas
• Bertanggungjawab menjalankan pelbagai tugasan operasi rawatan pesakit (mengawas 
prosedur rawatan, penggunaan dialyzer, mengawas kualiti air rawatan RO, menambah baik 
kualiti perkhidmatan dan rawatan pusat dialisis) secara langsung dengan setiap pesakit dan  
operasi harian pusat rawatan dialisis. 


6. PEMBANTU DIALISIS ( KONTRAK ) 
Kelayakan dan Pengalaman
• Sekurang-kurangnya SPM / SPMV / Sijil Kejururawatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf 
dengannya. 
• Berpengalaman bekerja 2 tahun dalam mengendali pesakit di Pusat Dialisis. 


Bidang Tugas
• Membantu menjalankan pelbagai tugasan operasi rawatan pesakit dan operasi harian pusat 
rawatan dialisis.


Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan berserta butiran 
peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, 
kualiti personal,  gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru 
berukuran pasport kepada : 


Ketua Pegawai Eksekutif 
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD 
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor 
atau e-mel : sumber@angkasa.coop 
selewat-lewatnya pada 7 Julai 2012 
Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.