IKLAN JAWATAN JURULATIH SAMBILAN KURSUS KOKURIKULUM
PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH (PPKI)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
“Menjana Trasformasi Graduan Holistik”
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) Universiti Sains Islam Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai jurulatih sambilan (JS) bagi Kursus Kokurikulum di Universiti Sains Islam Malaysia.
JAWATAN:
1) Jurulatih
2) Penolong Jurulatih
3) Pembantu Jurulatih
KURSUS KOKURIKULUM
Teras Kebudayaan : Teater, Koir, Kompang, Nasyid, Seni Khat Arab, Seni Lukis serta Seni
Suara Islam : Tarranum Berzanji Dan Marhaban.
Teras Sukan : Silat, Golf, Memanah, Tenis, Tenpin Boling, Bola Sepak, Boling Padang, Bola Tampar, Bola Jaring, Bola Baling, Futsal, Taekwondo, Takraw, Badminton, Catur, Kayak, Renang Dan Penyelamat serta Ping Pong.
Teras Kesukarelawanan: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Teras Kepimpinan : Transformasi Kepimpinan Mahasiswa Muda, Kepimpinan Holistik Mahasiswa Muslim Dan Integrasi Komuniti 1Malaysia.
Teras Pengucapan Awam : Debat (Bahasa Malaysia), Pidato (Bahasa Melayu), Debat (Bahasa Inggeris), Public Speaking, Debat (Bahasa Arab) dan Al-Khitabah Al-Arabiyyah
Teras Daya Usaha Dan Inovasi : Penulisan Esai Kreatif, Penyelesaian Masalah TRIZ, Penerbitan Video Kreatif, Pembangunan Laman Web serta Kemahiran Fotografi.
Teras Khidmat Komuniti : Baktisiswa serta Program Pengurusan Masjid
Teras Keusahawanan: Agrosis : Usahawan Tani
SYARAT KELAYAKAN
1. Mempunyai sijil pengiktirafan/perakuan sebagai Jurulatih/pengajar dalam bidang berkaitan dari badan/organisasi berkaitan.
2. ATAU memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun sebagai jurulatih/pengajar dalam bidang berkaitan yang diperaku oleh badan/organisasi terlibat.
ELAUN DAN KEMUDAHAN
Bayaran Jam Pengajaran:
Jurulatih
i. Sesi pengajaran - RM 60.00/ jam - had maksimum : 2 jam (kursus) dan 3 jam (badan beruniform)
ii. Kerja kursus/ Latihan luar - RM 12.00/ jam - had maksimum : 8 jam
Penolong Jurulatih
i. Sesi pengajaran - RM 40.00/ jam - had maksimum : 2 jam (kursus) dan 3 jam (badan beruniform)
ii. Kerja kursus/ Latihan luar - RM 8.00/ jam - had maksimum : 8 jam
Pembantu
i. Sesi pengajaran - RM 20.00/ jam - had maksimum : 2 jam (kursus) dan 3 jam (badan beruniform)
ii. Kerja kursus/ Latihan luar - RM 6.00/ jam - had maksimum : 8 jam
Elaun Perbatuan
RM 0.50 /Kilometer
BIDANG TUGAS
1. Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pengajaran kursus kokurikulum selaras dengan modul dan silibus serta kaedah yang ditetapkan bagi tempoh 14 minggu pengajaran (setiap sesi akademik) iaitu satu (1) sesi setiap minggu selama 2 jam setiap sesi pengajaran.
2. Membuat penilaian dan pemarkahan prestasi pelajar serta penentuan gred pencapaian bagi Kursus Kokurikulum yang ditetapkan.
3. Melaksanakan tugas dan arahan yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah.
TEMPOH PERLANTIKAN
Tempoh perlantikan sebagai Jurulatih Sambilan ini adalah selama dua (2) semester akademik atau satu (1) tahun.
KAEDAH PERMOHONAN
1. Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Jawatan Sambilan seperti yang dilampirkan bersama-sama iklan ini dengan lengkap dan menyertakan salinan dokumen yang telah disahkan.
2. Borang Permohohonan Jawatan Sambilan yang telah dilengkapkan hendaklah di hantar kepada alamat berikut:
Pengarah
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan
3. Permohonan hendaklah dihantar menggunakan sampul bersaiz A4 dan menuliskan nama jawatan bagi kursus kokurikulum yang dipohon di penjuru atas sebelah kanan sampul berkenaan.
4. Pemohon yang berjaya disenarai pendekkan akan dihubungi dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan jawatan ini.
TARIKH TUTUP
Permohonan hendaklah diterima Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) selewatnya pada 21 Julai 2012.