Monday, March 11, 2013

Iklan Jawatan Kosong Di ILP Kuala Lumpur Mac 2013

Tags


Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di ILPKL.

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Guru Pendidikan Agama Islam) 

Kementerian/Jabatan/Badan : Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional/Khidmat Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Penempatan : Kuala Lumpur

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Ijazah Sarjana Muda/ Diploma dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh
kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ( Kadar Upah : RM 100/ sehari ) atau,
(b) Diploma dalam bidang Pengajian Islam.( Kadar Upah : RM 72.00/ sehari )dan
(c) Lulus SPM dan keutamaan Kepujian dalam Bahasa Melayu , dan

2. Warganegara Malaysia

(d) Bersedia untuk memulakan kerja segera
( Jangkaan pengambilan perjawatan April 2013 )

Cara-cara Permohonan:

Sila hantar surat permohonan dan resume beserta sijil-sijil kelayakan kepada
Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur,
Jalan Kuchai Lama,
58200, Kuala Lumpur.

No Telefon: 0379817495 No Faks: 0379832987

Tarikh tutup permohonan: 20 Mac 2013.

Sebarang pertanyaan berkenaan jawatan ini , sila hubungi Timbalan Pengarah Pengurusan
Latihan, Encik Abd Halim bin Ali Mohammed atau Puan Gayathri a/p Sunarun, Ketua Jabatan
Pengajian Am, di talian 03-79817495 sambungan 103/118.