Monday, March 11, 2013

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Mac 2013

Tags


Permohonan adalah dipelawa daripada warganega Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong seperti berikut :

1. Penolong Pegawai Tadbir (Pelancongan)

Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap
Gred N27 Jadual Gaji Minimum Maksimum:
P1RM1361.14 – RM3565.62
P2RM1439.77 – RM3775.97
P3RM1521.80 – RM3992.94

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada insitusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (keutamaan kepada pemegang diploma dalam bidang pelancongan dan perhubungan awam)
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T5); atau
(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T6);
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Penolong Pegawai Penilaian

Klasifikasi : Perkhidmatan Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : KONTRAK/TETAP
Gred W27 Jadual Gaji Minimum Maksimum :
P1RM1366.27 – RM3570.75
P2RM1444.90 – RM3781.10
P3RM1526.94 – RM3998.07

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1T6)
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon

1. Semua permohonan hendaklah mengemukakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Kaunter Pertanyaan, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Wisma MPKK, Jalan Taiping, 33000 Kuala Kangsar (waktu pejabat) dengan bayaran sebanyak RM2.00 atau dengan muat turun (download) melalui laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (www.mpkkpk.gov.my) dengan menyertakan bersama kiriman wang pos sebanyak RM2.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar sebagai wang proses. Borang permohonan adalah terhad.

2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil/Diploma/Ijazah dan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi yang diakui sah dan sekeping gambar berukuran passport dengan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem 60 sen.

3. Permohonan yang memohon lebih dari satu jawatan hendaklah menggunakan borang yang berasingan.

4. Permohonan berikut akan DITOLAK :
i. Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan
ii. Tidak lengkap atau tidak terang.
iii. Tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
iv. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi anggota kerja yang sedang berkhidmat
v. Tidak ditandatangani. 

Permohonan hendaklah sampai kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR,
WISMA MPKK, JALAN TAIPING
33000 KUALA KANGSAR.

Sebelum atau pada : 20 Mac 2013

a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
b) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.