Sunday, March 31, 2013

Jawatan Kosong KTMB - Polis Bantuan

Tags


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Keretapi Tanah Melayu Berhad bagi jawatan berikut:- 

1. POLIS BANTUAN ( LELAKI SAHAJA) 

Syarat Kelayakan 
  • Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat kepujian di dalam Bahasa Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan (bagi calon luar) atau tidak tidak melebihi 35 tahun bagi kakitangan KTM Berhad;
  • Tinggi tidak kurang daripada 165 sm (tanpa memakai kasut);
  • Berat badan tidak kurang daripada 48kg;
  • Ukuran dada biasa 79sm, tarik nafas 84sm;
  • Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata;
  • Boleh berkomunikasi dan menulis di dalam Bahasa Malaysia;
  • Sedia ditempatkan ke mana-mana lokasi di rangkaian KTM Berhad;
Spesifikasi Tugas. 
  • Menjaga kawasan bit, pos bengkel, ibu pejabat, pejabat tunai, stesen, dan platform;
  • Menjalankan tugas-tugas mengiringi wang ke bank bersama penyelia;
  • Menjalankan tugas-tugas rondaan bersama penyelia di laluan komuter;
  • Mengeluarkan pas pelawat kepada orang-orang awam yang memasuki bengkel dan pejabat-pejabat di ibu pejabat KTM Berhad;
  • Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk di bengkel;
  • Membuat laporan kenyataan yang benar dalam buku catatan, buku harian, balai dan sebarang buku laporan.
Cara Memohon 

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 5 April 2013 ke alamat seperti berikut:- 

Pengurus Besar 
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur 

Tel: 03-22631368/03-22631312 

Sumber : http://www.ktmb.com.my