Sunday, March 31, 2013

Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser April 2013

Tags


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. Jawatan : Pegawai Tadbir (Pegurus Pemasaran & Acara) N41 - Lelaki sahaja

2. Jadual Gaji : Minimum- RM1,910.02 - Maksimum- RM5,468.52

3. Imbuhan dan Elaun :
 Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) - RM300.00
Bantuan Sara Hidup - RM250.00

Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang boleh diperoleh dari Ibu Pejabat, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser, Bangunan JKR 300, Jalan Masjid, Kuantan dengan harga RM1.00 sekeping.

Permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan sampul surat putih berukuran 10cm x 23cm (4in x 9in) beralamat sendiri dan bersetem RM0.60.

Borang permohonan hendaklah diisi dengan selengkapnya dengan disertakan SALINAN SIIL YANG DISAHKAN dan GAMBAR BERUKURAN PASPORT (TERBARU) dan alamat kepada

Pengurus Besar
Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
Bangunan JKR 300,
Jalan Masjid,
25000 Kuantan.
(Tel: 09-5171623/624)

Tarikh tutup permohonan adalah 22hb. April,2013.