Monday, May 27, 2013

Jawatan Kosong Di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Jun 2013

Tags


Jawatan kosong sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Berikut adalah jawatan yang ditawarkan:-

1. PEGAWAI SOKONGAN OPERASI TEKNIKAL (SAMBILAN)

SYARAT LANTIKAN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
  • Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik ( Komputer ) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SENARAI TUGAS :
  • Mengurus dan menyelia sistem Bantuan Pengguna iaitu melalui Manage Engine Helpdesk System dan panggilan telefon semasa waktu bekerja kerajaan iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang 5 hari seminggu.
  • Memastikan semua modul dalam HIS sentiasa berfungsi dan boleh digunakan oleh pengguna.
  • Mengawasi masalah-masalah berkaitan modul masing-masing yang telah di log ke dalam Manage Engine dan mengambil tindakan sewajarnya sehingga selesai.
  • Membantu membuat kerja-kerja penyenggaraan pencegahan dan penyenggaraan perlindungan peralatan ICT yang berkaitan dengan kumpulan modul masing-masing.
  • Membantu menyelaras dan menyelia urusan perekodan inventory peralatan ICT projek HIS :
  • o Merekodkan peralatan
  • o Mengemaskini stok peralatan
  • o Merekodkan penyelenggaraan peralatan
  • o Merekodkan pergerakan peralatan
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

2. PEGAWAI SOKONGAN OPERASI BANTUAN PENGGUNA (SAMBILAN)

SYARAT LANTIKAN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
  • Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SENARAI TUGAS :
  • Membantu menyelaras dan menyelia Bantuan Helpdesk melalui panggilan telefon dan Manage Engine Helpdesk System selama 24 x 7 seminggu secara 3 syif (9 jam) sehari.
  • Membantu menerima aduan daripada pengguna dan melapor masalah HIS dalam sistem Manage Engine untuk pembaikan.
  • Membantu menyelaras dan menyelia masalah-masalah yang telah di log ke dalam Manage Engine supaya tindakan diambil sewajarnya sehingga selesai.
  • Membantu membuat kerja-kerja penyenggaraan pencegahan dan penyenggaraan perlindungan perkakasan ICT dalam projek HIS seperti membuat ‘back-up’, membaiki kerosakan dan lain-lain.
  • Membantu menyelaras dan menyelia urusan perekodan inventory peralatan ICT projek HIS :
  • o Merekodkan peralatan
  • o Mengemaskini stok peralatan
  • o Merekodkan penyelenggaraan peralatan
  • o Merekodkan pergerakan peralatan
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
PERKHIDMATAN :
  • Tempoh Perkhidmatan: 3 Bulan.
  • Bergantung kepada keperluan, peruntukan dan prestasi perkhidmatan akan disambung selama 3 bulan lagi.
  • Masa Bekerja: 9 jam sehari secara syif (1 jam rehat setiap syif) 5 hari seminggu termasuk Sabtu, Ahad & hari kelepasan am (hari cuti bergantung kepada jadual syif)
  • Gaji = RM54/Sehari (termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Pemohon boleh menghantar resume yang disertakan gambar terkini berukuran passport dan salinan sijil-sijil/transkrip yang telah disahkan ke alamat seperti berikut:

Ketua Unit
Teknologi Maklumat Unit Teknologi Maklumat
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Jalan Maran 28000 Temerloh
Pahang

Atau; Emelkan terus kepada : itadminhoshas@phg.moh.gov.my SEBELUM 4 Jun 2013 (Selasa) jam 5.00 Petang

TARIKH TEMUDUGA BAGI PEMOHON YANG BERJAYA : 6 Jun 2013 (Khamis) TEMPAT

TEMUDUGA : Bilik Mesyuarat Unit Teknologi Maklumat, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

** Sila bawa salinan sijil asal semasa temuduga

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Unit Teknologi Maklumat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh di talian 09-2955333 ext. 1364