Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) Universiti Sains Islam Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai jurulatih sambilan (JS) bagi Kursus Kokurikulum di Universiti Sains Islam Malaysia.
1. Jurulatih
2. Penolong Jurulatih
3. Pembantu Jurulatih
KURSUS KOKURIKULUM
Teras Kebudayaan : Seni Suara Islam, Nasyid, Seni Khat Arab, Teater dan Seni Lukis.
Teras Sukan : Bola Sepak, Bola Jaring, Futsal, Bola Tampar, Tenis, Memanah, Takraw, Taekwondo, Silat, Badminton, Tenpin Boling dan Boling Padang.
Teras Kesukarelawanan: Siswa Siswi Pertahan Awam (SISPA), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Bridget Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN)
Teras Kepimpinan : Transformasi Kepimpinan Mahasiswa Muda, Kepimpinan Holistik Mahasiswa Muslim dan Integrasi Komuniti 1Malaysia.
Teras Pengucapan Awam : Debat (Bahasa Melayu), Pidato (Bahasa Melayu), Debat (Bahasa Inggeris), Public Speaking, Debat (Bahasa Arab) dan Pidato (Bahasa Arab).
Teras Daya Usaha Dan Inovasi : Media Kreatif, Penyelesaian Masalah TRIZ, dan Pembangunan Laman Maya.
Teras Khidmat Komuniti : Pengurusan Masjid
Teras Keusahawanan: Agrosis Usahawan Tani dan Usahawan Siswa Industri Hiliran.
Borang Permohohonan Jawatan Sambilan yang telah dilengkapkan hendaklah di hantar kepada alamat berikut:
Pengarah
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan
Permohonan hendaklah diterima oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) selewatnya pada 22 Mei 2013 (Rabu).